Wednesday, February 29, 2012

MIFDZAL ARIEF IS 8 YEARS OLD

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Dah 8 tahun umur abang Arief hari ni. Anak yang sangat istimewa sebab tarikh lahirnya yang hanya tiba 4 tahun sekali. payah juga nak terangkan pada dia kenapa cuma 4 tahun sekali ada birthdate dia. Sekarang dia dah faham.

8 tahun lepas..anak ini lah yang menukar status aku kepada ibu. Anak ini lahir selepas azan zuhur. Gembira tak terhingga aku sebagai ibu. Demi anak ini, aku belajar berkaitan penyusuan susu ibu, aku tekad untuk beri dia hanya susu ibu sehingga usianya 2 tahun. Semakin besar, anak ini mengidap reflux, bronchitis dan lactose intolerance... yang makin membulatkan tekad untuk aku beri dia hanya susu ibu. Alhamdulillah berjaya perjalanan kita kan.

Anak ini juga sedari usia 10 bulan sudah terpaksa hidup berdikari tanpa ibu dan ayah di sisi. Tinggal bersama nenek. Ibu sangat rasa bersalah tapi demi kelangsungan hidup kita sekeluarga terpaksa juga kan. hanya selepas anak ini berusia 3 tahun 2 bulan, dia dapat tinggal bersekali dengan ibu tapi masih berjauhan dengan ayah. Dan sudah punya seorang adik juga..

Anak ini tidak banyak kerenah, amat menurut kata dan amat sensitif dengan mood ibu. Dia sangat faham kalau ibunya begini atau begitu. Begitu kuat bonding dia dengan aku. Begitu kuat! Pernah aku tak boleh tumpukan kerja di opis dan aku balik awal..dia dalam buaian dengan bibir yang bengkak dengan kesan darah, jatuh tertumus masa main basikal.


Bukan sekali anak ini memeluk aku dan dengan lembut berkata "ibu jangan sedih, abang kan ada. kalau semua orang buat ibu pun ibu jangan sedih, abang kan ada"

Anak ini memulakan persekolahan, Alhamdulillah Ya Allah, Kau kurniakan dia kecerdasan. Amat mudah menerima pelajaran. Tidak sekali dua dia bertanyakan soalan yang aku pun susah nak memberikan jawapan.

Kini, Anak ini punya 2 adik. Subhanallah..terkadang dia lebih lembut dengan adik2 berbanding aku. Selalu dia lah yang menawar diri untuk menjaga adik2 kala aku menyelesaikan kerja rumah. Upahnya hanya ciuman. Ya..hanya ciuman..

Makan minum juga mudah, makan saja apa yang terhidang. Dan pastikan setiap pagi ada bekalan untuk ke sekolah. Kadang2 tanya ibu..."ibu penat tak? kalau penat takpe, tak payah masak, abang makan nasi ngan telur goreng ngan kicap pun ok" Ya Allah...terus gigih ibu memasak!

Yang namanya budak tetap budak..anak ini juga tak surut dari kenakalan2 seorang budak. Buktinya parut di tangan kanan akibat pembedahan masukkan besi sebab tangan patah. Serik? tak ada dalam kamus.

Tetap juga sekali sekala ibu menjerit ingatkan suruh mandi, suruh buat kerja sekolah, suruh wudhuk betul2, ingatkan itu ingatkan ini...dah namanya pun budak kan..

Hari ini 29 Februari 2012, abang dah berusia 8 tahun.

Ibu bersyukur pada Allah sebab dipilih untuk jadi ibu pada abang. Ibu bersyukur sebab dikurniakan anak yang baik, yang mendengar kata, yang hemsem jugak (ye semua anak adalah hensem di mata ibu mereka!)

Sempena hari lahir abang tahun ini, Ibu berdoa supaya Allah panjangkan umur ibu, beri kesihatan dan rezeki pada ibu, supaya ibu boleh besarkan abang, didik abang..supaya ibu boleh lihat abang membesar menjadi anak yang soleh, jadi abang yang boleh menjaga adik2 dan insan yang berguna. Supaya bila ibu menutup mata nanti, ibu ada bekalan yang best untuk ibu bawa ke alam di sana.

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 8 Muhammad Mifdzal Arief. Ibu sayang abang!!!!


Tuesday, February 28, 2012

BLOG PRIVATE ITU

Seperti yang ku katakan. Telah ku create 1 blog untuk kita share perihal nak menguruskan badan tuh..saja la bakar semangat sesama kita kan..jadi sila tinggalkan alamat email dalam ruangan komen untuk ku invite sebagai penulis.

Isi rupa paras menatang dalam blog tu nanti aku buat. Please comment wokeh.

DAN BLOG INI ADALAH PRIVATE. JADI NAK MENGGOSIP ALSO CAN!

Monday, February 27, 2012

BIRTHDAY DAN JOM KURUS

Ok..aku dah ok...tu la kengkadang bila sorang2 otak dan hati kita tak seiring kan..mula la ingat semua benda tak best..mula la setan masuk kepala..haih..takpe..terima kasih atas support korang semua.

Hari ni adalah birthday abang. So Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 38 (tua dah laki aku haha). Lin doakan abang diberi kesihatan yang berterusan untuk sama2 tengok anak-anak kita membesar.

Hadiah untuk encik suami? errr... tak payah expose sini lah.

Since dia pun tengah sebok ngan Le Tour De Langkawi jadi postpone lah sambutan. InsyaAllah buat 1hb ni sekali ngan Arief. Malam tadi call dan wish je lah. Anak-anak yang lebih excited.

Arief lagi la excited sbb tahun ni ada birthday dia kan. So emaknya ni plan lan sikit. Buat goodies bags untuk bagi kengkawan dia kat sekolah dan beli kek 3 kilo untuk potong dengan kawan2 kat KAFA. 1hb tu buat makan2. Race pun sampai Kuantan kan, jadi ajak la geng2 komisar makan malam sekali. Another cake utk ayah sekali.

Budak botak yang telah berusia 38 tahun pada hari ini

Ok cerita lain pulak..CERITA MARI KURUS!

Bukak blog joe cerita kurus, bukak blog dong cerita kurus, bukak blog arena pun cerita kurus. Jadi aku adalah sangat teruja untuk turut sama mencuba. Now..the fact that aku pernah sangat gemok dan aku berjaya turunkan berat sebanyak 20kg dalam masa setahun. And given the fact that makan hati juga satu faktor kepada penurunan berat jugak. Aku amik HL dan bersenam / berkayuh dan kurangkan makan. Tambah pulak dengan sekor berruk anonymous cakap aku sangap, gemok buruk lantak...sial kan budak kurus tu! Takpe..aku gemuk lawa, dia kurus muka huduh! kesian.

Ok..sekarang aku adalah gemuk. Dan aku a bit upset sebab dengan hormon imbalance ni aku susah nak turunkan berat. Takpe. Masih ada peluang juga sebenarnya. Cuma nak dengan tak nak je. Sebab budak kurus yang mulut puaka tu kan suka stalk aku...peminat setia la katakan..apa kata aku jadikan budak kurus tu pembakar semangat untuk aku kurus. Pastu boleh aku cakap haaa sekarang aku kurus dan lawa..ko pun kurus tapi tetap huduh! Tengok sapa yang sangap nanti.

Ok..ini adalah gambar aku masa berat aku dalam 61-62kg. Tinggi aku ialah 153cm saja. kalau nak ikutkan masih overweight kan. Tapi sebab aku kayuh gila2..tak nampak macam berat tu kan..muscle is 4 times havier than fat.  Aku nak macam ni semula. Dan untuk jadi camni aku kena turunkan dalam 10kg. Believe me kalau tak bersenam bentuk badan pada skala berat camtu akan lain sikit sebab takde toning. Perut adalah flat! huhuhu..gimme back my flat tummy!!!

Ok. Kalau dulu aku boleh kenapa sekarang tak? Tak boleh ada alasan. Kali ni aku nak try cara Kevin Zahri 'How To Lose 5kg in 5 weeks'. Aku tak nak guna apa2 produk walaupun sblm ni aku guna HL. Ok jom kita..

Wei guys..nak tak kita bukak 1 blog private..kita2 je. Utk track usaha kita kuruskan badan.

Saturday, February 25, 2012

HATI SAYU

Tetiba hati terasa sayu. Tetiba air mata menitik. Sedih? Bukan.. bukan sedih. Cuma penat.. letih.. ya hati dan perasaan aku sudah letih.

Ya Allah.. berilah hamba mu ini kekuatan dan ketabahan hati Ya Allah.. agar hamba Mu ini dapat meneruskan kehidupan dengan tenang dan damai walaupun didepani ujian dari Mu Ya Allah..

Kuatkan aku hamba Mu yang lemah ini demi anak-anakku Ya Allah.

Hanya Engkau yg tahu apa yang terbaik untukku Ya Allah.

biarkan lah aku menangis malam ini..biarlah sayu ini pergi bersama air mata yg mengalir..biarlah ia pergi dan tak kembali lagi..

Ya..aku insan biasa yg punya hati dan perasaan..

Biarkanlah aku menangis mlm ini..


Sent from Yahoo! Mail on Android

Friday, February 24, 2012

TEWAS JUGA

Aku demam. Doktor bagi mc 2 hari, ubat seplastik dan nasihat sebakul. Semalam tetap wakil boss pegi meeting. Balik tu tak tahan dah. Pi klinik dan baring je sampai masa nk amik anak2.

Abang call sampai aku ckp tak payah call sbb aku nak rehat. Boleh? Sayang gak dia kat aku eh..haha

Lepas mkn ubat ok la rasa sikit. Tapi ubat adalah sgt mild sbb aku breastfeed.

Pagi ni tetap la jugak kena hantar anak2 kan. Cdg nk lepak opis tapi aku tukar pikiran. Adalah lebih baik lepak umah adik ipar dan tidur je. Kalau kat opis nnt mesti kena buat kerja takpun orang nk jumpa or call. Kalau kat rumah nnt aku plak tak berenti buat kerja rumah. Lepak umah adik ipar adalah best sbb dia ada maid hihi..

Untung aku kan..adik adik ipar pun sayang aku lebih dari abg derang.

Oh...tewas juga supermak angah akibat penangan pusing pusing pahang dan handle smua sorang sbb encik suami tiada disisi.

Ok makngah nak tido..


Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, February 22, 2012

I LOVE YOU

Tadi dapat sms "i luv u" dari encik suami. Bila berjauhan camni..rasa best gak haha..

Sent from Yahoo! Mail on Android

Friday, February 17, 2012

CERITA PUSING-PUSING

Hari ni ada kat opis. Setelah berhari2 outstation buat siasatan tapak. Tu pun pagi pegi meeting pemantauan projek RMK10. Petang ni tengok meja yang penuh dengan surat dan arahan boss. Dan mula la sorting kerja2 untuk minggu depan dan setel maklumbalas yang mana boleh. Isnin ni pun aku kat HQ!

Oh semalam aku cuti. Sebab Arief demam. Kelmarin tu la masa kat Jerantut, dalam pukul 5.30 ptg, cikgu KAFA called kata Arief demam, tak makan tak minum asyik terbaring jek. Aku dah cuak dah. Terus cakap kat driver aku suruh pecut je balik. kalau kena saman aku bayar. Dan..dalam masa tak sampai 2 jam aku dah sampai Kuantan.

Blessing in disguise kan.. dengan anak aku demam, dan dengan aku cuti jaga dia semalam, dapat juga aku berehat. letih wooo...3 hari balik malam je. So semalam anak buah aku je pegi site. hari ni Arief masih cuti. Aku letak kat umah Anik dia.

Bila penat ni susu mula la nak merudum. Memang agak berkurangan sikit minggu ni. Tapi takpe, sebanyak mana atau sesikit mana susu yang aku pam, dah tertulis itu lah rezeki untuk Riefqi. Jadi aku kena bersyukur betul tak?

Berborak dengan seorang sahabat. Perihal anak-anak lah. ya memang beruntung mereka yang tinggal di Lembah Klang sebab banyak pilihan untuk hantar anak ke pra sekolah yang canggih manggih, banyak pilihan untuk hantar anak ke kelas kemahiran itu ini. Kat Kuantan ni memang takde semua benda tu. Tapi kawan..tak perlulah cakap aku rugi atau nanti anak aku tak pandai bila masuk sekolah, atau nanti anak aku tak up to date dengan education sekarang. Tak perlu.. soalan aku pada sahabat ini.."ko masukkan anak kat tadika tu sebab nak anak ko pandai ke, sebab ikut2 orang dan ko boleh bangga?"

Pelajaran tu penting, aku akui fakta tu. Anak aku masuk tadika kampung je pun. Pindah Kuantan ni pun masuk Tadika biasa je. Mungkin pandangan aku pada keperluan pembelajaran anak-anak pra sekolah ini agak kolot berbanding kengkawan lain. Tapi pada aku, aku nak anak-anak enjoy usia mereka. Tak payah la nak tekankan sangat akademik sampai budak 6 tahun punya kerja sekolah sama macam load budak darjah 6! Come on laaa...aku lagi suka anak2 aku belajar melalui pengalaman mereka main-main. Aku nak mereka tak jadi macam burung kakak tua - ulang je apa cikgu ajar. Aku nak anak2 aku boleh menganalisa. Dan mereka takkan dapat kalau cuma buat homework akademik sahaja.

Sebab tu aku bagi je anak aku main tanah, main hujan, sepahkan barang, kacau aku masak, asalkan aku dapat selitkan sedikit pengetahuan pada mereka. Biar mereka betul2 paham. Arief pernah tanya kenapa daun warna hijau? Agak2 kalau aku jawab sebab daun tu ada klorofil dia boleh paham tak menatang apa klorofil tu? jadi aku perlu jawab dengan logik akal, yang boleh diterima oleh pemikiran budak seusia dia.

Memang betul akademik, kebolehan membaca dan mengira tu pun penting..tapi kalau anak aku masih tak boleh membaca masa umur dia 6 tahun tu salah ke? pada aku lagi baik dia tak tau membaca daripada tak pandai hormat orang tua kan..setadika kampung anak aku pun, pandai dia ucap terima kasih setiap kali aku buat susu, pandai dia tolong aku setakat mana dia boleh. Rilek la kak oiii ..SPM lama lagik beb..

Satu jek la aku mintak...Kalau aku boleh hormat keputusan sahabat ni untuk pilih tadika mana dia nak campak anak dia, cuba2 la hormat keputusan aku..boleh tak?

Thursday, February 09, 2012

PUSING PUSING PAHANG

Macam boring pulak cerita pasal kerja kan.. tapi aku nak cerita jugak. Semalam pergi Putrajaya ada meeting utk muktamadkan peruntukan latihan. So aku dapat 2 juta utk tahun ni. So next step aku plak buat pelarasan peringkat negeri utk pilih kursus dan latihan sesuai untuk cater keperluan semua daerah. Tapi aku merempan gak kat meeting tu..Dah masa mintak maklumat cadangan kemain lagi..macam nak bagi 10 juta.. cer terus cakap peruntukan aku 2 juta, senang terus aku allocate utk setiap daerah. takde la 2 kali kerja camni kan..hampagas betoi. Anyway.. mlm tadi sampai rumah pukul 10.30 mlm. Setel itu ini dalam pukul 1.00 pagi baru boleh tidur. pagi ni pukul 8.00 dah terpacak kat opis siapkan laporan kehadiran mesyuarat. Pastu tido? jangan mimpi la Angah oiii...

Minggu depan straights outstation. Isnin ke Rompin, Selasa ke Temerloh, Rabu ke Jerantut, Khamis ke Bera, Jumaat ke Maran. Dan dalam masa yang sama siapkan semua dapatan dan hantar ke HQ Isnin minggu depannya tu. Wah! supermak betol ko ngah! dah kerja jadi jgn komplen..hadap je! Dengan abang yang takde sebulan ni kan..mujurnya Boss aku release aku drpd pegi site yang perlu bermalam.

Tapi tu la mcm oren cakap. Apsal la dalam kesebokan begini aku tak kurus? Rasanya sebab hati senang. Tetap happy regardless of any problems i am facing..tetiba omputeh?

Dan bulan ni aku tak ambil langsung order muffin. Tak menang tangan derr.. cuma akan buat red velvet cuppies with creamcheese frosting untuk goodies bag sempena birthday Arief untuk agih kat sekolah. Gigih kan..nak merasmikan sticker kecik Arineen's Delights jugek sebenarnya..errrr..segan plak ngan Jojoe hahaha. Sambil menyelam kita minum air. Sambil2 tu kan ke promosi bisnes kat cikgu2 kan..

Semalam aku berborak2 dengan sahabat kat Kementerian, pasal kidup as woman, wife and mother lah. Aku pun cerita pasal hobi aku menggodeh2..dan surf internet ni. Last year aku tengok satu clip parenting by Wardina Saffiyah. Dush! macam satu batu besar sudah hempuk atas muka aku! Clip tu pasal cara dia ajar anak berpuasa. Ok..perasan tak kita ni teruja untuk train anak berpuasa. Sampai ada antara kita yang suruh juga anak bertahan sebab sayang lagi satu dua jam lagi nak buka. PADAHAL MEREKA BELUM WAJIB PUASA! Tapi dalam masa yang sama kita TIDAK TEKANKAN PASAL SOLAT! seolah2 kita ni kata puasa tu wajib dan solat tu tidak.

Wardina kata, anak sulung dia tetap akan bersarapan pagi dan itu la sahur untuk dia. Bila balik sekolah kalau anak dia nak berbuka dia benarkan..but slowly dia ajar la pasal puasa guna pendekatan yang anak2 faham. Apa sebenarnya puasa, kenapa kena puasa dsb. Jadi anak tu akan faham kepentingan tu dan buat sebab dia faham, bukan sebab bila bulan ramadhan kena puasa..

Jadi aku pun praktikkan pada Arief last year. Betul jugak kan. Mereka belum wajib puasa jadi kenapa nak paksa2. baik tumpu pada solat dulu. Jadi aku cuba ambil pendekatan yang Wardina buat, sebaik mungkin aku terangkan pada anak2 kalau dia solat tu kenapa dia kena solat, kalau dia puasa tu kenapa dia kena puasa. Bila mereka faham, mereka akan buat dengan senang hati. Macam kita la dedulu..yang mak tak bagi tu la yang kita nak buat sebab kita tak paham kenapa dia tak bagi buat. yang dia suruh buat pulak kita tak buat sebab kita tak paham kenapa dia suruh kita buat...(berapa banyak buat daaa)

Benda ni pun aku cuba terapkan dalam hal2 lain pada anak2..kalau sempat la di celah2 aku membebel macam mak nenek tu hahaha.. Balik sekolah je Arief kena masukkan terus baju kotor dia ngan adik2 dalam mesin basuh. Lepas makan kena masukkan pinggan dalam sinki, Lepas solat buat kerja sekolah, masukkan baju untuk esoknya dalam beg, main or tengok tv sejam pastu tidur. memula dia tanya kenapa? Dah sebab kengkawan dia tak buat camtu. Aku terangkan la logik dia buat semua tu. Aku cuba sebenarnya didik dia untuk jadi bertanggungjawab.

Bebudak ni kan..bila kita bagi satu task, dia akan build up self esteem sebab kita percayakan dia. Pastu puji2 la sikit "bagusnya abang tolong ibu masukkan pinggan dalam sinki, bangga ibu tau, besar pahala tolong ibu tau..meh kiss sket" dengan senyum meleret dia sua pipi kat aku..after few times dengan sendirinya dia akan bawak pinggan letak kat sinki tanpa disuruh. Siap sound adik dia "kakak boleh kan letak pinggan kat sinki, pahala tau tak tolong ibu..nanti ibu kiss"

Tak ke rasa nak peluk dia masa tu gak..

Tak ke rasa mengenang air mata..

Tak ke rasa tak pe la aku tak de apa pun..aku ada anak yang baik..

Tuesday, February 07, 2012

ACCIDENT, ACCIDENTALLY

Awal pagi dah membelog..kelasss!!

Ok start minggu ni aku drive pegi kerja selama sebulan. Sebab abang pergi bertugas kat Asian Cycling Championship pastu sambung Le Tour De Langkawi. Tapi takpe sebab aku dapat helper. Adir ipar bongsu aku duduk kat rumah. Lega sikit sebab ada la Pok Su tolong tengok-tengokkan anak2 sementara aku membereskan kerja..

Cadang nak buat birthday abang ngan Arief on the 29th tu tapi tak boleh sebab abang ada kat Stage 6 di Genting Highland. Stage 7 (1 Mac)  tu dari Bentong ke Kuantan so malam tu boleh la buat celebration sket kat rumah. Boleh ajak member2 Commissaire ngan bebudak basikal yang kenal rapat ngan Arief. Sure dia nak Uncle Nuar datang mcm tahun-tahun sudah.

Waaaa!!! aku sangat rindu dengan kerja-kerja dalam lumba basikal ni..Sejak beranak kecik ni aku dah lama tak join. Lama tak jadi Commissaire, dah nak berkarat  UCI rules and regulations dalm otak ni.

Oh anyway..aku nak cerita pasal eksiden kan..hari tu masa cuti CNY, dalam perjalanan balik dari bawak family adik aku jalan2, tetiba DUMMM..satu motor sudah langgar kereta aku dari sisi. Kesahnya dia nak mencilok antara kereta aku ngan Gen2 yang parking senget tepi jalan. Tak lepas..kemek kereta aku..adeh laaa..Gen2 tu pecah lampu belakang. Dedua tuan Gen2 ngan motor tu mangkuk hayun! Satu bongok parking senget tepi jalan besar, satu lagi bongok sebab merempit tak hengat2. Dedua kena sembur ngan laki aku. So amik la no tepon setel kemudian sebab tengok jari budak motor tu terkoyak nampak tulang. Ujung bulan ni setel la.

Nak cerita gak la..letih tahap gaban minggu lepas (asik letih je ko ni Angah!) Selasa tu kan aku ke HQ utk meeting muktamadkan senarai penerima bantuan rumah tahun ni, Pukul 11.00 mlm sampai rumah. Pagi2 limun hari Rabu tu dah ke Rompin utk setel aduan bekalan air ngan jalan rosak. Ingat balik tu nak la setel kerja2 akhir sebab Khamis tu ada majlis melibatkan Sultan Pahang. Tapi boss call. Aku kena attend meeting kat HQ. Orang lain tak boleh pegi sebab banda ni aku yang handle. So...lepas mengucap panjanggggggg.. amik napasssssss...aku pun call Taska cakap Qiqi tidur sana, aku balik, packing, driver amik kat rumah dan zasssss ke Putrajaya. Abang hantar keperluan Qiqi kat Taska. 

Haaaa...esok pun aku pergi HQ lagi! (Nanges!) Kalau sempat boleh jumpa abang hehe..(senyum!)

Cerita kakak la..nak kejut pagi lebih mudah dari abang dia tapi lepas pakai baju sekolah tu..dah masuk kereta..nak menten dia jaga tu yang payah sket. sebab kalau dia tertidur memang la liat nak masuk kelas. So pepagi kereta akan riuh ajak dia borak ke, bagi dia makan ke, apa-apa je la janji dia tak tidur. Ni menurun apak dia la ni..menurun aku pun ye haha..memang jodoh ketentuan Allah tu hebat kan..Kami laki bini ni bukan morning person. kalau ada peluang bangun lewat memang la heaven haha...jadi kalau anak pun camtu..hadap je la ye tak..
Anak dara ibu..slim mcm ayah dia..mujur kulit mcm ibu..
Semalam.. surfing la.. sambil susukan Qiqi..came accross this post by a friend kat FB. Nak tepek kat sini jugak la buat peringatan. Kata-kata ni dari Ustaz Azhar Idrus.


Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia
Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak pasti
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

Jadi beringat lah sahabat - sahabat lelaki ku..jangan la buat wanita camni, berdosa. Apa perasaan anda kalau anak, adik atau kakak anda diperlakukan demikian oleh seorang lelaki. Tentu marah kan.. dan kepada wanita2 pula..kalau dah berkenalan dengan seorang lelaki tapi nampak dah takde komitmen ke arah hubungan yang halal..baik lupakan je la..kalau dia betul2 sayang dan nak jadikan kita ni isteri, dia takkan tunggu bertahun2, dia takkan bawa kita ke sana sini tanpa pengetahuan mak ayah kita, dia takkan tabur janji manis pada kita. Umur kita makin meningkat, silap2 kita kena tinggal utk pucuk muda. Lagi parah kalau lelaki tu suami orang..ingat senang2 dia nak tinggalkan isteri dia untuk kita? Renung2kan lah..

Sunday, February 05, 2012

14 Rabiulawal 1433H = 10 tahun

Alhamdulillah...10 tahun memegang status isteri. Doakan aku agar terus menjadi isteri yang solehah. InsyaAllah..


Sent from Yahoo! Mail on Android