Hari ni ada kat opis. Setelah berhari2 outstation buat siasatan tapak. Tu pun pagi pegi meeting pemantauan projek RMK10. Petang ni tengok meja yang penuh dengan surat dan arahan boss. Dan mula la sorting kerja2 untuk minggu depan dan setel maklumbalas yang mana boleh. Isnin ni pun aku kat HQ!
Oh semalam aku cuti. Sebab Arief demam. Kelmarin tu la masa kat Jerantut, dalam pukul 5.30 ptg, cikgu KAFA called kata Arief demam, tak makan tak minum asyik terbaring jek. Aku dah cuak dah. Terus cakap kat driver aku suruh pecut je balik. kalau kena saman aku bayar. Dan..dalam masa tak sampai 2 jam aku dah sampai Kuantan.
Blessing in disguise kan.. dengan anak aku demam, dan dengan aku cuti jaga dia semalam, dapat juga aku berehat. letih wooo...3 hari balik malam je. So semalam anak buah aku je pegi site. hari ni Arief masih cuti. Aku letak kat umah Anik dia.
Bila penat ni susu mula la nak merudum. Memang agak berkurangan sikit minggu ni. Tapi takpe, sebanyak mana atau sesikit mana susu yang aku pam, dah tertulis itu lah rezeki untuk Riefqi. Jadi aku kena bersyukur betul tak?
Berborak dengan seorang sahabat. Perihal anak-anak lah. ya memang beruntung mereka yang tinggal di Lembah Klang sebab banyak pilihan untuk hantar anak ke pra sekolah yang canggih manggih, banyak pilihan untuk hantar anak ke kelas kemahiran itu ini. Kat Kuantan ni memang takde semua benda tu. Tapi kawan..tak perlulah cakap aku rugi atau nanti anak aku tak pandai bila masuk sekolah, atau nanti anak aku tak up to date dengan education sekarang. Tak perlu.. soalan aku pada sahabat ini.."ko masukkan anak kat tadika tu sebab nak anak ko pandai ke, sebab ikut2 orang dan ko boleh bangga?"
Pelajaran tu penting, aku akui fakta tu. Anak aku masuk tadika kampung je pun. Pindah Kuantan ni pun masuk Tadika biasa je. Mungkin pandangan aku pada keperluan pembelajaran anak-anak pra sekolah ini agak kolot berbanding kengkawan lain. Tapi pada aku, aku nak anak-anak enjoy usia mereka. Tak payah la nak tekankan sangat akademik sampai budak 6 tahun punya kerja sekolah sama macam load budak darjah 6! Come on laaa...aku lagi suka anak2 aku belajar melalui pengalaman mereka main-main. Aku nak mereka tak jadi macam burung kakak tua - ulang je apa cikgu ajar. Aku nak anak2 aku boleh menganalisa. Dan mereka takkan dapat kalau cuma buat homework akademik sahaja.
Sebab tu aku bagi je anak aku main tanah, main hujan, sepahkan barang, kacau aku masak, asalkan aku dapat selitkan sedikit pengetahuan pada mereka. Biar mereka betul2 paham. Arief pernah tanya kenapa daun warna hijau? Agak2 kalau aku jawab sebab daun tu ada klorofil dia boleh paham tak menatang apa klorofil tu? jadi aku perlu jawab dengan logik akal, yang boleh diterima oleh pemikiran budak seusia dia.
Memang betul akademik, kebolehan membaca dan mengira tu pun penting..tapi kalau anak aku masih tak boleh membaca masa umur dia 6 tahun tu salah ke? pada aku lagi baik dia tak tau membaca daripada tak pandai hormat orang tua kan..setadika kampung anak aku pun, pandai dia ucap terima kasih setiap kali aku buat susu, pandai dia tolong aku setakat mana dia boleh. Rilek la kak oiii ..SPM lama lagik beb..
Satu jek la aku mintak...Kalau aku boleh hormat keputusan sahabat ni untuk pilih tadika mana dia nak campak anak dia, cuba2 la hormat keputusan aku..boleh tak?
11 comments:
sbb tu aku selalu elak bila org sembang2 bab education anak2 ataupun yg terlalu parenting sgt..nnt semua x nak kalah...tapi, kalau sembang psl mcm mana nk suburkan didikan Islam yg murni dlm jiwa anak2..aku x kisah nk join..hal dunia di mana2 boleh cerita...hal akhirat, sukar sekali :)
Aku letih orang cam ni tau. Kalau ko tak buat camana yg dia buat utk anak dia, maka, ko tak beri yg terbaik. Aku ada banyaaakk kawan2 cam ni kadang2 dia tak perasan dia buat cam tu. pastu ckp, aku tak nak ko terlepas something. Aku sayang kawan2 aku, podahhh.
takpe tadika kat mana-mana pun ok.. janji parents tau atur. anak-anak kalo advance sangat pun aku rasa tak ok jugak.. unless dia advance cepat , pastu bole cari duit sendiri hehehe... barulah ada beza kot. ni kena gak tunggu SPM yedak
sori komen berdouble atas
tadika mana tu x kesah la ngah. tp ni ditekankan jugak oleh cousin aku cikgu sekolah rendah. dia kata kalu buleh pastikan masuk darjah 1 3M dah buleh. mak seriauuu jugak nihh. x tau la sekolah2 kat kuantan but i guess kurikulum mst sama kan? sbb masa darjah 1 ada test yg diorg segregate bebudak nih ikut 3M tuh la. kalu dah buleh, alhamdulilah. boleh la fast pace sikit kot. bkn mcm kita jaman dolu2 tala je semua budak sama rata. so, something for us parents to ponder on lahh. hihihi ;)
-mimi-
hmm, susahkan? skang ni bab skolahkan anak dah jadi macam peer pressure for parents plak...kalau anak kawan masuk smart reader, little caliph or CIC (just to name a few), anak ko pun kene enroll, takut "ketinggalan" nanti..
pada aku, terpulang pada ibu bapa masing2, tp bak kata ko angah, janganlah nak kondem pilihan orang kan?? Ada telinga dengar..org tanya pandangan baru bagi, betul??
Luna
Setuju..nak sembang pun aku takde hal..tapi tolongla jangan kondem parents lain.
Arena
Suka statement ko cenna. nak suruh kita pakai baju dia adalah salah kan..so biar la kita pakai baju kita sendiri
Jojoe
Yup..kena gak tunggu SPM. Bila advanced sangat nanti kat sekolah dia boring..dah demotivate dia untuk ke sekolah
Mimi
Yang tu aku setuju..basic 3M memang kena tau. Yup memang ada test especially dengan pelaksanaan KSSR ni. Mereka di ajar ikut kebolehan semasa. So takde yang akan tercicir. Cuma aku terkilan dengan sikap majority parents yang membangga diri sangat dengan kat mana mereka hantar anak utk preschool..bangga sangat dengan apa yang anak dah boleh buat pastu compare ngan anak orang lain.
Aida
Tak apa nak hantar kat mana pun, even kalau nak upah cikgu datang umah sekali pun..tapi jgan la impose benda tu pada orang lain. is that too much to ask? kaaann
semua org nak yg terbaik utk anak mereka.alasan aku hantar kakak kt kg tak semua org boleh terima.kalau aku boleh terima alasan org,pls la respek alasan aku jugak.
aku ada alasan kukuh kenapa hantar kakak kt kg.kami laki bini dah pikir 600 kali sblum buat keputusan.setakat ni aku belum nyesal :)
so pekak kan telinga je org nak kata apa..
sapa tak rindu anak weh..toksah citer bab rindu la..
psl advance tu aku pun sama.
baru bulan Feb,anak aku darjah 1 dah komplen..'umie.abang dah bosan la tulis yang sama je macam abang kat tadika'..apa aku boleh buat,itu baru tadika biasa..kalau tadika lagi advance mesti dah blajar add math kot
Post a Comment