Awal pagi dah membelog..kelasss!!
Ok start minggu ni aku drive pegi kerja selama sebulan. Sebab abang pergi bertugas kat Asian Cycling Championship pastu sambung Le Tour De Langkawi. Tapi takpe sebab aku dapat helper. Adir ipar bongsu aku duduk kat rumah. Lega sikit sebab ada la Pok Su tolong tengok-tengokkan anak2 sementara aku membereskan kerja..
Cadang nak buat birthday abang ngan Arief on the 29th tu tapi tak boleh sebab abang ada kat Stage 6 di Genting Highland. Stage 7 (1 Mac) tu dari Bentong ke Kuantan so malam tu boleh la buat celebration sket kat rumah. Boleh ajak member2 Commissaire ngan bebudak basikal yang kenal rapat ngan Arief. Sure dia nak Uncle Nuar datang mcm tahun-tahun sudah.
Waaaa!!! aku sangat rindu dengan kerja-kerja dalam lumba basikal ni..Sejak beranak kecik ni aku dah lama tak join. Lama tak jadi Commissaire, dah nak berkarat UCI rules and regulations dalm otak ni.
Oh anyway..aku nak cerita pasal eksiden kan..hari tu masa cuti CNY, dalam perjalanan balik dari bawak family adik aku jalan2, tetiba DUMMM..satu motor sudah langgar kereta aku dari sisi. Kesahnya dia nak mencilok antara kereta aku ngan Gen2 yang parking senget tepi jalan. Tak lepas..kemek kereta aku..adeh laaa..Gen2 tu pecah lampu belakang. Dedua tuan Gen2 ngan motor tu mangkuk hayun! Satu bongok parking senget tepi jalan besar, satu lagi bongok sebab merempit tak hengat2. Dedua kena sembur ngan laki aku. So amik la no tepon setel kemudian sebab tengok jari budak motor tu terkoyak nampak tulang. Ujung bulan ni setel la.
Nak cerita gak la..letih tahap gaban minggu lepas (asik letih je ko ni Angah!) Selasa tu kan aku ke HQ utk meeting muktamadkan senarai penerima bantuan rumah tahun ni, Pukul 11.00 mlm sampai rumah. Pagi2 limun hari Rabu tu dah ke Rompin utk setel aduan bekalan air ngan jalan rosak. Ingat balik tu nak la setel kerja2 akhir sebab Khamis tu ada majlis melibatkan Sultan Pahang. Tapi boss call. Aku kena attend meeting kat HQ. Orang lain tak boleh pegi sebab banda ni aku yang handle. So...lepas mengucap panjanggggggg.. amik napasssssss...aku pun call Taska cakap Qiqi tidur sana, aku balik, packing, driver amik kat rumah dan zasssss ke Putrajaya. Abang hantar keperluan Qiqi kat Taska.
Haaaa...esok pun aku pergi HQ lagi! (Nanges!) Kalau sempat boleh jumpa abang hehe..(senyum!)
Cerita kakak la..nak kejut pagi lebih mudah dari abang dia tapi lepas pakai baju sekolah tu..dah masuk kereta..nak menten dia jaga tu yang payah sket. sebab kalau dia tertidur memang la liat nak masuk kelas. So pepagi kereta akan riuh ajak dia borak ke, bagi dia makan ke, apa-apa je la janji dia tak tidur. Ni menurun apak dia la ni..menurun aku pun ye haha..memang jodoh ketentuan Allah tu hebat kan..Kami laki bini ni bukan morning person. kalau ada peluang bangun lewat memang la heaven haha...jadi kalau anak pun camtu..hadap je la ye tak..
Anak dara ibu..slim mcm ayah dia..mujur kulit mcm ibu.. |
Semalam.. surfing la.. sambil susukan Qiqi..came accross this post by a friend kat FB. Nak tepek kat sini jugak la buat peringatan. Kata-kata ni dari Ustaz Azhar Idrus.
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia
Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak pasti
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
Jadi beringat lah sahabat - sahabat lelaki ku..jangan la buat wanita camni, berdosa. Apa perasaan anda kalau anak, adik atau kakak anda diperlakukan demikian oleh seorang lelaki. Tentu marah kan.. dan kepada wanita2 pula..kalau dah berkenalan dengan seorang lelaki tapi nampak dah takde komitmen ke arah hubungan yang halal..baik lupakan je la..kalau dia betul2 sayang dan nak jadikan kita ni isteri, dia takkan tunggu bertahun2, dia takkan bawa kita ke sana sini tanpa pengetahuan mak ayah kita, dia takkan tabur janji manis pada kita. Umur kita makin meningkat, silap2 kita kena tinggal utk pucuk muda. Lagi parah kalau lelaki tu suami orang..ingat senang2 dia nak tinggalkan isteri dia untuk kita? Renung2kan lah..
4 comments:
LIKE! Esp tang kata2 hikmah tu ;)
kata2 hikmah tu kita leh bagi je lah angah...tp kalau dh setan merasuk...apa pun x boleh...dorg nak buat, dorang buat jugak...inilah realiti skrg nih.
Peh. Byk cerita satu entri. Kehkehkeh.
Semoga semuanya setel la. Accident ni memang menyesakkan hati dan otak. Huhu. Nasib baik angah dan family tak ada apa2. Huhu.
Amboi. Anak dara comel sungguh. Hihi.
hari tu, aku dah sagat sendiri ketaku..adeehh..pecah rekod sungguh..bajet tak lepas, sekali zass..kemek jugak la depan tuh..
aku kan, dh mcm takde perasaan..hahaha..ada dan takde, dah takde makna..
Post a Comment