Wednesday, February 29, 2012

MIFDZAL ARIEF IS 8 YEARS OLD

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Dah 8 tahun umur abang Arief hari ni. Anak yang sangat istimewa sebab tarikh lahirnya yang hanya tiba 4 tahun sekali. payah juga nak terangkan pada dia kenapa cuma 4 tahun sekali ada birthdate dia. Sekarang dia dah faham.

8 tahun lepas..anak ini lah yang menukar status aku kepada ibu. Anak ini lahir selepas azan zuhur. Gembira tak terhingga aku sebagai ibu. Demi anak ini, aku belajar berkaitan penyusuan susu ibu, aku tekad untuk beri dia hanya susu ibu sehingga usianya 2 tahun. Semakin besar, anak ini mengidap reflux, bronchitis dan lactose intolerance... yang makin membulatkan tekad untuk aku beri dia hanya susu ibu. Alhamdulillah berjaya perjalanan kita kan.

Anak ini juga sedari usia 10 bulan sudah terpaksa hidup berdikari tanpa ibu dan ayah di sisi. Tinggal bersama nenek. Ibu sangat rasa bersalah tapi demi kelangsungan hidup kita sekeluarga terpaksa juga kan. hanya selepas anak ini berusia 3 tahun 2 bulan, dia dapat tinggal bersekali dengan ibu tapi masih berjauhan dengan ayah. Dan sudah punya seorang adik juga..

Anak ini tidak banyak kerenah, amat menurut kata dan amat sensitif dengan mood ibu. Dia sangat faham kalau ibunya begini atau begitu. Begitu kuat bonding dia dengan aku. Begitu kuat! Pernah aku tak boleh tumpukan kerja di opis dan aku balik awal..dia dalam buaian dengan bibir yang bengkak dengan kesan darah, jatuh tertumus masa main basikal.


Bukan sekali anak ini memeluk aku dan dengan lembut berkata "ibu jangan sedih, abang kan ada. kalau semua orang buat ibu pun ibu jangan sedih, abang kan ada"

Anak ini memulakan persekolahan, Alhamdulillah Ya Allah, Kau kurniakan dia kecerdasan. Amat mudah menerima pelajaran. Tidak sekali dua dia bertanyakan soalan yang aku pun susah nak memberikan jawapan.

Kini, Anak ini punya 2 adik. Subhanallah..terkadang dia lebih lembut dengan adik2 berbanding aku. Selalu dia lah yang menawar diri untuk menjaga adik2 kala aku menyelesaikan kerja rumah. Upahnya hanya ciuman. Ya..hanya ciuman..

Makan minum juga mudah, makan saja apa yang terhidang. Dan pastikan setiap pagi ada bekalan untuk ke sekolah. Kadang2 tanya ibu..."ibu penat tak? kalau penat takpe, tak payah masak, abang makan nasi ngan telur goreng ngan kicap pun ok" Ya Allah...terus gigih ibu memasak!

Yang namanya budak tetap budak..anak ini juga tak surut dari kenakalan2 seorang budak. Buktinya parut di tangan kanan akibat pembedahan masukkan besi sebab tangan patah. Serik? tak ada dalam kamus.

Tetap juga sekali sekala ibu menjerit ingatkan suruh mandi, suruh buat kerja sekolah, suruh wudhuk betul2, ingatkan itu ingatkan ini...dah namanya pun budak kan..

Hari ini 29 Februari 2012, abang dah berusia 8 tahun.

Ibu bersyukur pada Allah sebab dipilih untuk jadi ibu pada abang. Ibu bersyukur sebab dikurniakan anak yang baik, yang mendengar kata, yang hemsem jugak (ye semua anak adalah hensem di mata ibu mereka!)

Sempena hari lahir abang tahun ini, Ibu berdoa supaya Allah panjangkan umur ibu, beri kesihatan dan rezeki pada ibu, supaya ibu boleh besarkan abang, didik abang..supaya ibu boleh lihat abang membesar menjadi anak yang soleh, jadi abang yang boleh menjaga adik2 dan insan yang berguna. Supaya bila ibu menutup mata nanti, ibu ada bekalan yang best untuk ibu bawa ke alam di sana.

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 8 Muhammad Mifdzal Arief. Ibu sayang abang!!!!


15 comments:

Papa, Mama & Azra said...

Angah, entry ni sangat menyentuh hati ai. Dalamnya kecintaan seorang ibu kepada anaknya kan esp anak yang menukar status kita dari hanya wanita dan isteri kepada wanita, isteri dan ibu (dan tarzan :D). Aku doakan korang sekeluarga anak beranak terus bahagia selamanya. Happy birthday abang long!!

Papa, Mama & Azra said...

Angah, baru 2 tahun kot umur dia. Muahahaha! Hadiah satu je ke dapat 4 terus?

mamalisa said...

mmg menyentuh hati...sejuk perut aku membacanya..rasa nak buat menantu plak hehehe

happy birthday mifdzal arief..you are special boy..
sambutla few times okay so that worth it birthday 4 thn sekali hehehe

nonie said...

He's a special child indeed... With special birthdate... Nama pun special... Happy birthday! Semoga terus membahagiakan angah sekeluarga...

Dinas Aldi said...

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke8, Mifdzal Arief. Semoga abang akan terus menjadi penyejuk hati ibu :)

Arena said...

Happy birthday abang Arief. Moga terus menjadi pelindung adik-adik dan permata hati ibu. U take care too sis. Kesihatan kena jaga..

Jiey^Mien said...

Syahdu sangat baca entry ni..
Kalau.. Kalaulah Rayyan Ariff juga bisa dijadikan anak sulung penyandar harapan..
Walau perkataan kalau itu terlalu besar untuk dia, namun itulah harapan seorang ibu.. :-)

Happy birthday Mifszal Arief!

Ummi said...

angah sebak plak akak baca entry ni

happy birthday mifdzal arief, semoga berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat

Unknown said...

Happy Birthday Arief!

oren said...

hepi besday arief..

aku dh komen marin, sekali tgk, tak keluar, eh???

Jojoe said...

tula bergenang air mata..

sib baik bukan aku sorg. hihi

Happy birthday Abang!

cun la ko pic ni ngah

A.Y.U.N.I.E said...

dah wish kat FB ko tadi...
tapi macam ko cakap dah terdelete..since ada post ni, aku as sahabat sebatch..wish heppi besday and heppy bornday pada arief a.k.a abang..
moga abang menjadi anak soleh yang telah dicorak sebaik-baiknya oleh kau angah..

-ayunie-

Irfa said...

ayat 'kalau ibu penat' tu sama cam ayat anak aku.bila nampak aku baring lepas solat maghrib 'dia tanya.umie masak apa malam ni?kalau umie penat abang makan biskut je lah yer'..penat hilang,gigih aku bangun masak w,pun cuma sepinggan nasi goreng letak telur.

tiap kali aku masak dia akan cakap 'sangat sedap'.itulah anak..w,pun ada ketika sgt sensitif dengan perasaan kita tp nakalnya tetap ada ;)

Irfa said...

ops..selamat hari jd abang.moga berjaya dunia akhirat.amin

Hambali ® said...

selamat happy belated besday arief dari abang yusman sekeluarga :D