Thursday, February 09, 2012

PUSING PUSING PAHANG

Macam boring pulak cerita pasal kerja kan.. tapi aku nak cerita jugak. Semalam pergi Putrajaya ada meeting utk muktamadkan peruntukan latihan. So aku dapat 2 juta utk tahun ni. So next step aku plak buat pelarasan peringkat negeri utk pilih kursus dan latihan sesuai untuk cater keperluan semua daerah. Tapi aku merempan gak kat meeting tu..Dah masa mintak maklumat cadangan kemain lagi..macam nak bagi 10 juta.. cer terus cakap peruntukan aku 2 juta, senang terus aku allocate utk setiap daerah. takde la 2 kali kerja camni kan..hampagas betoi. Anyway.. mlm tadi sampai rumah pukul 10.30 mlm. Setel itu ini dalam pukul 1.00 pagi baru boleh tidur. pagi ni pukul 8.00 dah terpacak kat opis siapkan laporan kehadiran mesyuarat. Pastu tido? jangan mimpi la Angah oiii...

Minggu depan straights outstation. Isnin ke Rompin, Selasa ke Temerloh, Rabu ke Jerantut, Khamis ke Bera, Jumaat ke Maran. Dan dalam masa yang sama siapkan semua dapatan dan hantar ke HQ Isnin minggu depannya tu. Wah! supermak betol ko ngah! dah kerja jadi jgn komplen..hadap je! Dengan abang yang takde sebulan ni kan..mujurnya Boss aku release aku drpd pegi site yang perlu bermalam.

Tapi tu la mcm oren cakap. Apsal la dalam kesebokan begini aku tak kurus? Rasanya sebab hati senang. Tetap happy regardless of any problems i am facing..tetiba omputeh?

Dan bulan ni aku tak ambil langsung order muffin. Tak menang tangan derr.. cuma akan buat red velvet cuppies with creamcheese frosting untuk goodies bag sempena birthday Arief untuk agih kat sekolah. Gigih kan..nak merasmikan sticker kecik Arineen's Delights jugek sebenarnya..errrr..segan plak ngan Jojoe hahaha. Sambil menyelam kita minum air. Sambil2 tu kan ke promosi bisnes kat cikgu2 kan..

Semalam aku berborak2 dengan sahabat kat Kementerian, pasal kidup as woman, wife and mother lah. Aku pun cerita pasal hobi aku menggodeh2..dan surf internet ni. Last year aku tengok satu clip parenting by Wardina Saffiyah. Dush! macam satu batu besar sudah hempuk atas muka aku! Clip tu pasal cara dia ajar anak berpuasa. Ok..perasan tak kita ni teruja untuk train anak berpuasa. Sampai ada antara kita yang suruh juga anak bertahan sebab sayang lagi satu dua jam lagi nak buka. PADAHAL MEREKA BELUM WAJIB PUASA! Tapi dalam masa yang sama kita TIDAK TEKANKAN PASAL SOLAT! seolah2 kita ni kata puasa tu wajib dan solat tu tidak.

Wardina kata, anak sulung dia tetap akan bersarapan pagi dan itu la sahur untuk dia. Bila balik sekolah kalau anak dia nak berbuka dia benarkan..but slowly dia ajar la pasal puasa guna pendekatan yang anak2 faham. Apa sebenarnya puasa, kenapa kena puasa dsb. Jadi anak tu akan faham kepentingan tu dan buat sebab dia faham, bukan sebab bila bulan ramadhan kena puasa..

Jadi aku pun praktikkan pada Arief last year. Betul jugak kan. Mereka belum wajib puasa jadi kenapa nak paksa2. baik tumpu pada solat dulu. Jadi aku cuba ambil pendekatan yang Wardina buat, sebaik mungkin aku terangkan pada anak2 kalau dia solat tu kenapa dia kena solat, kalau dia puasa tu kenapa dia kena puasa. Bila mereka faham, mereka akan buat dengan senang hati. Macam kita la dedulu..yang mak tak bagi tu la yang kita nak buat sebab kita tak paham kenapa dia tak bagi buat. yang dia suruh buat pulak kita tak buat sebab kita tak paham kenapa dia suruh kita buat...(berapa banyak buat daaa)

Benda ni pun aku cuba terapkan dalam hal2 lain pada anak2..kalau sempat la di celah2 aku membebel macam mak nenek tu hahaha.. Balik sekolah je Arief kena masukkan terus baju kotor dia ngan adik2 dalam mesin basuh. Lepas makan kena masukkan pinggan dalam sinki, Lepas solat buat kerja sekolah, masukkan baju untuk esoknya dalam beg, main or tengok tv sejam pastu tidur. memula dia tanya kenapa? Dah sebab kengkawan dia tak buat camtu. Aku terangkan la logik dia buat semua tu. Aku cuba sebenarnya didik dia untuk jadi bertanggungjawab.

Bebudak ni kan..bila kita bagi satu task, dia akan build up self esteem sebab kita percayakan dia. Pastu puji2 la sikit "bagusnya abang tolong ibu masukkan pinggan dalam sinki, bangga ibu tau, besar pahala tolong ibu tau..meh kiss sket" dengan senyum meleret dia sua pipi kat aku..after few times dengan sendirinya dia akan bawak pinggan letak kat sinki tanpa disuruh. Siap sound adik dia "kakak boleh kan letak pinggan kat sinki, pahala tau tak tolong ibu..nanti ibu kiss"

Tak ke rasa nak peluk dia masa tu gak..

Tak ke rasa mengenang air mata..

Tak ke rasa tak pe la aku tak de apa pun..aku ada anak yang baik..

10 comments:

Unknown said...

sangat tersentuh baca post ni..
perkongsian yang baik.>:)

Unknown said...

sangat tersentuh baca post ni..
perkongsian yang baik.>:)

Jojoe said...

la ingat cite pahang ko pegi tempat2 adventure.. sekali bagi jadual je hehe.. aku jakun sket ceruk2 mesia ni.. best.

semoga bisnes angah bertambah maju.

Arena said...

Hebatla mak2 zaman sekarang ni. Harap2 bapak2 takla complacent and take their wife for granted ye. Hehehe. If only they all read this kan. Hishh.. Anyways, semoga allah berikan ko kekuatan mental dan fizikal utk jadi working mom and wife nih..

nonie said...

Cik abg out station mmg sgt tak bestkan... Angah memang supermak lah!Nonie nasib baik masih ada mak yg sihat blh tolong banyak settlekan macam2...

Papa, Mama & Azra said...

Aku pun tengok video tu ngah...pastu ada lagi satu yang dia cerita part mendidik anak dia tentang solat...dulu aku ada share video tu kat blog aku...dia cakap dia amik cuti masa birthday anak dia yang ke-7 sbb nak monitor anak dia solat cukup 5 waktu ke tak...video ustaz Don pun menyentuh perasaan...yg pasal anak aset syurga atau neraka...huhu...tu yang aku insaf hantar Azra masuk sekolah agama tu...hihi..

oren said...

baiknya anak lelaki ko..

my boys, mmg susah..sbb depa tau, depa ada kaka mira utk buat semua..aku mmg nak sgt ajar semuanya buat sendiri..

tapi bila the boys mandi, tanpa disuruh, depa rajin jek tabur sabun byk2, pastu gonyoh lantai..ewah-ewah..patut la sabun cepat habes..ggrrr....

tang solat,aku start suruh seminggu nih..sbb seingat aku, masa mira umo 6 tahun, aku dh gerak utk subuh..walopun subuh kul 7 lebih, tetap kejutkan..tapi the boys nih, baru nak solat yg mlm lah..tapi kalo hari cuti, zuhur dan asar, mesti..cuma subuh jek belum prektis..mebi bila dh konsisten buat solat siang mlm, then, buleh ajak utk bangun subuh..

tapi mmg beza tau mira and the boys..mira dulu, tak byk sonegh bia=la suh solat..the boys nih, aku angkat takbir jek, berdesup lari..pi mana pon tak tau..elok aku bagi salam, elok jek depa pon bagi salam..adeeehhhh....

Irfa said...

betul tu..solat itu tiang agama.tp ada org yg sibuk paksa anak posa tapi solat dibiarkan je.

Anonymous said...

Hi my family member! I wish to say that this article is awesome, nice written and come with almost all vital infos. I would like to see more posts like this . auto insurance in florida

Anonymous said...

angah..kesat air mata.. touchingnya

betul kata arena.. jgn amik kesempatan eih .
ibu alya