28 April 2007..pukul 5.30 pagi aku rasa tak selesa, sakit pinggang dan ada contraction. Kejutkan emak, sama2 timing contraction sambil borak2. Pukul 6.30 aku kejutkan abang, dia pulak yang melompat dari katil. Bersiap dan terus ke hospital. Laju sungguh abang drive. Risau pulak nanti semua masuk ward. Sampai hospital, urusan itu ini, cek jalan bagai, sempat pulak masuk wad. Tapi ada la dalam setengah jam duduk kat ward tu aku rasa urge to push dan ada darah sikit. Panggil nurse, she checked and I was 8cm dilated. was rushed to dewan bersalin. Air ketuban masih intact. As soon as doktor pecahkan ketuban, and a push, Adneen Humaira selamat dilahirkan pada jam 8.50 pagi. Aku teringat abang cakap "baru nak isap rokok nurse dah panggil cakap ayang dah bersalin..tak sempat nak rasa suspen"
Bermula lah episod baru aku sebagai ibu untuk kali kedua dengan anak perempuan. Alhamdulillah dikurniakan sepasang cahaya mata. Adneen lahir seberat 3.4kg..botak je kepala dia kan..
Anak ini melengkapkan nikmat hidup aku sebagai seorang ibu dan juga kelangsungan usaha aku untuk meneruskan breastfeeding. Anak inu juga seperti abangnya, membesar hanya dengan susu ibu.
Anak ini membesar dalam rahim aku tanpa ayah disisi, dia juga membesar sehingga umurnya 3 tahun tanpa ayah disisi. Cuma berpeluang berjumpa ayah pada hujung2 minggu. Tapi anak ini juga si manja ayahnya..sejuk kata orang kan...makin manja lepas kami sekeluarga berpindah ke sini. Ya..anak itu pengikat kasih kan..
Semakin besar, semakin keletah..emak kata Adneen ni cerminan aku masa kecil. Saling tak ubah..Sekarang memang aku nampak kebenaran kata-kata emak. oh harap dia cuma cerminan aku yang baik..yang buruk tu biar lah aku saja.
Adneen bahasakan diri sebagai Kakak..ye..dia adalah kakak yang garang. tapi sangat penyayang. macam aku juga? Dia juga sangat determine dengan prinsip dan kehendaknya..macam aku juga?
Jika aku dalam kesedihan, kakak tak pujuk aku seperti abangnya, dia cuma akan cakap "sapa la buat ibu ni ye? nak kena ngan kakak ke? Ya..Kakak lebih agresif berbanding abang walaupun gegirl. Untung aku ada serikandi kecil yang sungguh2 pertahankan ibunya ni.
Kakak ni talkative, mudah mesra dengan sesiapa saja yang dia jumpa. Dan dia berani suarakan pendapat dia. Biasa saja kalau dia cakap "ibu ni garang macam kak ros lah" ye..menurun ke kamu lah nak...
Umurnya 3 tahun 6 bulan kakak benar-benar bergelar kakak. sangat penyayang, sangat sabar memujuk adik, cuma kakak cakap "ibu kenapa baby ada bird mcm abang..takde flower mcm kakak, sedih la camni" nanti lah nak..ibu usahakan baby flower untuk kakak ya..
Tahun ini..kakak dah 5 tahun. dah big girl..kakak dah boleh solat pun ikut ibu. Tiap2 malam tugas kakak baca doa tidur kuat2. Abang dan adik tolong aminkan..
Ibu minta maaf tahun ni masih tak sambut birthday kakak sebab nenek tengah sakit. Nanti kita sambut ok. Kita jemput kawan2 kakak.
Ibu bersyukur sebab Allah pilih ibu untuk jadi ibu pada kakak. Kakak adalah hadiah yang tak ternilai yang pernah ibu dapat. Ibu doakan kakak sentiasa dalam rahmat Allah. Sempena birthday kakak ni, Ibu doa semoga Allah beri Ibu kesihatan dan kekuatan untuk terus membesarkan kakak, memberi pelajaran pada kakak. Supaya kakak menjadi umat Muhammad yang boleh berjasa pada ibu dan ayah, pada masyarakat, dan kakak dapat doakan kesejahteraan ibu dan ayah bila kami dah tiada nanti..
Happy 5th birthday Kakak..
Ibu love you so much dear...
3 comments:
So sweet, hepi bday kakak moga jd anak yg solehah nnt amin
Happy 5th birthday, Adneen Humaira. Semoga terus membesar jadi anak yang solehah dan terus "agresif" menjaga ibu, ya nak :)
Happy birthday kakak, semoga menjadi anak solehah :)
Post a Comment