Monday, May 21, 2012

TROUBLE SHOOT : SUSU MERUDUM



Gambar di atas adalah hasil pumping 3 kali pada 18 Mei 2012. Anak aku pada ketika ini berusia 19 bulan..ye..baby purba konsepnya. Semua sesi pam adalah dibuat dalam xtrail sambil memandu. Aku outstation 2 hari ke Putrajaya (17-18hb). Sesi pertama 18hb tu dari rumah mak ke Putrajaya. Pastu meeting. Abis meeting terus balik. Singgah isi minyak kat Gombak, pasang gajet dan pam lagi. Sesi 3 kat rnr Maran. Brhenti utk pasang gajet je, elok suction dah ok aku drive terus. Berhenti tepi jalan lepas 20 minit utk simpan susu. Jadi aku jimat sejam masa perjalanan. Sampai Kuantan terus amik anak2.

Ok sebenarnya nak cerita pasal masalah susu merudum. Aku pun biasa camtu. Bukannya semedang dapat banyak. Masa period mmg susu aku jejas sikit. Mujur stok frozen banyak. Itu la pentingnya stok.

Ada banyak sebab susu merudum. Yang aku listkan ni punca paling utama lah.

1. Tak pegang pada konsep demand and supply.

Pam tak konsisten atau selang masa antara sesi tu terlalu lama. Paling ideal ialah 2-3 jam sahaja. Kurang demand equals to kurang supply. Simple. Kebanyakan ibu akan pam bila rasa breast bengkak. BIG NO! sebab bila breast rasa bengkak itu adalah petanda kita dah terover masa (selang masa lama sangat) Bila biar lama2 susu akan kurang sebab apa? Sebab kurang demand. Jadi jangan tunggu breast rasa bengkak baru nak pam. Breast bengkak bukan petanda banyak susu. Pam lah ikut jadual walaupun rasa breast masih lembik.

Masa kat opis pun camtu jugak. Pastikan pam ikut time. Walau seteruk mana jadual kerja kita..CUBA untuk pam walaupun sekejap. Untuk pastikan susu sentiasa dihasilkan. memangtak dinafikan ibu2 yang kerja on call mcm nurse atau doktor susah nak buat tapi kena CUBA. No harm to try kan..Bentuk jadual pam sendiri. Sebab perjalanan BF kita ni semuanya unik dan tersendiri. jadual aku takkan sama ngan jadual orang lain. Bila dah dapat pattern..please adhere to that pattern.

2. Keadaan ibu. Penat, stress, tak ambil air yg cukup, diet, period atau pregnant.

Semua di atas adalah penyebab susu merudum? Kenapa? Camni..penyusuan berkait dengan hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (gembira) Bila kita penat, atau stress hormon jadi tak tentu arah, tak rembes dengan banyak. Tell me kalu kita penat / stress kita boleh happy ke? Tentu tak kan..jadi bila mengepam dalam keadaan camtu camne production nak banyak? Lepas tu bila tengok susu sikit kita lagi stress, bila main stress susu lagi la sikit..

Kadang2 susu merudum ni juga bagi kita signal yang kita ni sebenarnya penat dan perlu rehat. Kita tak sedar sebab dah terbiasa dengan rutin hidup kan. Jadi camne nak atasi? Simple..kalau penat kita rehat, kalau stress kita cari jalan untuk distress. makan coklat pun boleh buat kita happy. Tengok gambar anak ke, tengok movie ke..ikut kesesuaian lah..

Ambil makanan dan air yang mencukupi untuk buat badan kita bertenaga. Supplement pun ok. Aku pun amalkan GnC.

Tapi kalau period ngan pregnant tu tak dapek la den nak nolong. Aku sendiri pun susu kurang sikit kalau period. Haaaaa masa ni la pentingnya ada stok yang mencukupi. Jadi masa dalam pantang dan awal2 bulan kelahiran anak tu rajin2 lah buat stok ya.

3. Pam tak sesuai. Kengkadang suction menyakitkan. Pumping x optimum.

Kesesuaian pam pun main peranan walau tak besar. personally aku rasa double pumping adalah lebih baik dari segi stimulation dari single pum. Sebabnya? Masa LDR kan rasa dua2 belah tapi kalau kita guna single cuma sebelah yang dapat banyak kan..padahal masa LDR tu la susu memancut2 keluar..

Pilih pam yang sesuai dengan penggunaan kita. tak semestinya pakai yang ribu-riban boleh dapat hasil banyak. kalau jadual mengepam ke laut pakai la pam apa pun tak jadi jugak. Asalkan kita selesa ngan suction pam tu ok dah.

Teknik untuk banyakkan susu semula

1. Cari punca susu merudum dan atasi punca tu.

Buat postmoterm beberapa perkara. Jadual mengepam bagaimana? Kedarat ke kelaut? Pastu tengok diri kita ni penat ke stress ke? Bila dah dapat punca sila lah cari jalan atasinya. Kalau sebab pam tak konsisten kita konsistenkan semula.

2. Cuba teknik POWER PUMPING ATAU TANDEM PUMPING

Disamping konsistenkan jadual, cuba kaedah power pumping ( 10 minit pam, 10 minit rehat selama 1 jam) setiap hari dalam masa seminggu dua. Ini untuk hantar signal pada otak yang kita demand lebih susu. memula tu pam angin biasalah..teruskan juga. hasil bukan lah hari yang sama ya..lepas few days akan nampak hasil insyaAllah.

Boleh juga cuba kaedah tandem pumping. Sambil susukan anak tu pam yang sebelah. Macam kelakar kan..tapi berkesan.

3. Be positive

Sila berfikiran positif. Bila pam dan dapat tak sebanyak yang diharapkan jangan la cakap "ala sikitnya susu aku / susu aku tak banyak / susu tak cukup " apa saja yang negatif lah..cuba kita berlapang dada dan bersyukur dengan rezeki kita untuk hari tu..kang stress susu sikit lagi la susu taknak keluar.

Jangan bandingkan hasil kita dengan ibu yang lain. Sebab umur anak2 kita tak sama, keperluan anak2 kita pun lain. Kalau ibu lain dapat banyak tu sebab usaha dia nak dapatkan banyak. Jadi kita kena usaha juga. Ambil contoh aku sendiri lah..ada kawan yang cakap "Angah..susu ko masih banyak ek walau anak dah besar" Ye betul..masih mencukupi untuk anak aku..tapi tengok juga camne aku usaha untuk menten hasil..yang tau nature kerja aku camne tentu faham kan. hasil yang kita dapat tu adalah cerminan usaha kita betul tak?

Kalau tengok gambar stok ibu2 lain tu jgn rasa down pulak sebab stok kita sikit. Itu rezeki dia kan..kalaupun stok kita tak sebanyak tu tetap cukup untuk anak kan..jadi buat apa nak rasa down?

4. MILKBOOSTER????

Ramai ibu..dari pemerhatian aku lah..terus percaya bulat2 yang certain makanan dan minuman boleh bertindak untuk menambah susu. Betul..memang sesetengah tu dikatakan dapat menambah susu badan TAPI ia patut diambil seriring dengan semua cara yang aku dah sebut kat atas tu tadi. DEMAND AND SUPPLY tetap yang paling utama. Makan la sekebun makanan ke selaut minuman ke kalau pam tak konsisten tetap la hasil kelaut jugak. Siap pakaian dalam pun boleh banyakkan susu? Logiknya dimana?

Supplement yang diambil sebenarnya buat ibu rasa lebih bertenaga, dan ini sebenarnya yang diperlukan untuk hasilkan susu. Jangan mudah percaya dengan MILKBOOSTER sebab hasilnya tak sama untuk setiap ibu. nanti cuba pastu gagal stress pulak..lagi la susu malu2 nak keluar. SO PLEASE OBSERVE PUMPING AND FEEDING CONSISTENCY FIRST. Jangan sebab percaya sangat sampai dapat penyakit lain pulak.

Meminjam status seorang ibu " Seorang LC (Lactation Counselor) kata baby yang hasilkan susu ibu, bukan ibu itu" maknanya apa tu? maknanya kan bila baby hisap susu ibu maka susu akan terhasil lagi . Bila ibu kosongkan breast susu akan terhasil lagi. Jadi milkbooster sebenarnya ialah hisapan bayi dan pumping. Again DEMAND AND SUPPLY

Jadi..bila kita rasa susu macam merudum please trouble shoot the problem first. Macam yang aku cerita berjela2 kat atas tu haaa...jangan terus cakap susu tak cukup maka kena beli formula milk. Takkkk..aku tak cakap pun yang formula milk tak bagus. Kita semua nak yangterbaik untuk anak. Jadi usahalah untuk atasi kemeruduman susu ibu dahulu. Lepas dah usaha sedaya mungkin dan bertawakal, kita kena redha lah kalau perjalanan breastfeeding kita sampai tahap tu je. Itu rezeki yang Allah dah tetapkan untuk anak kita kan.

YANG PENTING USAHA!

Selamat mencuba :))

13 comments:

mamalisa said...

Setuju 1000x....demand vs supply...masa anak yg dulu aku stress sgt sebab susu sikit dan duk compar dgn susu kwn yg mewahhh...argghh bodohnya bila diingat ingat...

Sekrg ni aku selalu yakin yg susu aku cukup utk anakandaku..

Thanks for ur sharing dear

KLMari said...

Silent reader tapi sangat suka baca blog Angah sebab banyak info on BF...entry terbaeeekkk !!!! thanks for sharing...:)

Jojoe said...

aku pong take notes gak. thanks angah!

Set Menyusu , Berpantang & Milkbooster Shaklee said...

betul! demand & supply! Tahniah! Jom kita Bf =)

~Making the best of everything we have~
www.surijunior.com

" Seindah Pandang Pertama " said...

Saya juga nak terbaik untuk nak sy...rasa nak nangiss...jom support each other...

Anonymous said...

Terbaek..sy doktor dan ibu kpd 3 org anak semuanya mnm susu ibu shj sampai 6 bln. Sangat setuju dgn konsep demand-supply. Sgt tidak suka dgn sogokan bahawa ibu perlu milk booster supplement. Kesian tgk org hbskan beratus2 ringgit..

Anonymous said...

Perkongsian yang sangat menarik. Sekarang ni ramai juga ibu-ibu yang ambil jalan mudah. Baby tak nak menyusu badan, cepat je suakan dengan susu formula. Kesian baby..

Penyusuan susu ibu adalah terbaik.
htt://umminiena.wordpress.com

www.mamaashraf.blogspot.my said...

info yg sgt menarik. Sy mmg tgh alami susu merudum skang nie. tp xnk panik.lps buat sedikit post mortem br perasan sy x ikut scheduled pumping yg konsisten. Skang tgh train diri ikut jadual pumping plus add 1 lg sesi pumping.

http://mamaashraf.blogspot.com/

Unknown said...

assalamualaikum,
Menyusukan anak sangat seronok..miss time mengepump..kumpul ebm byk2...Terbaik.... More tips reagarding breastfeed..come to visit my lovely blog

http://apapayahsangat.blogspot.com/

Tq.

Unknown said...

Betul, jangan beli milkbooster kalau xamalkan teknik kosongkan miss B tiap 2-3 jam 😊

syuhada said...

konsep demand vs supply mmg penting...kalau tak mkan la apa pun, susu mesti camtu gak...:)

Unknown said...

Betul, yang paling penting supply & demand sis. Thanks tipsnya :D

www.ayachalo.com

Anonymous said...

Betul. Yang paling penting adalah kekerapan penyusuan untuk menggalakkan susu ibu meriah. Terima kasih sharing :)