Wednesday, May 09, 2012

MUDAHKANLAH URUSAN PERKAHWINAN

Baca paper hari ni pasal statistik orang bujang berumur 25 tahun ke atas kat Msia ni, kenapa tak kawin2 lagi. Yang lelaki faktor utamanya adalah kekangan kewangan. Yang pempuan banyaknya sebab takde calon sesuai. pastu ada lah faktor lain macam kerjaya, dah selesa hidup bujang dan faktor keluarga.

Tak dinafikan memang semua faktor tu betul. Sapa tak nak kawen kan..kalau tak de halangan semua pun nak kawen dan hidup bahagia bersama suami/isteri dan anak2.

Cuma nak luahkan kegusaran sikit pasal faktor2 penyumbang statistik ni je sikit especially bab kewangan tu. memang kalau kita tengok sekarang ni belanja perkahwinan boleh dapat sebijik kereta! Kita mulakan dengan hantaran kahwin koman2 pun sekarang ni RM10K...sepuluh ribu ringgit okay!, campur pulak dengan barang2 hantaran yang boleh menjulingkan biji mata yang melihat, dengan persediaan baju, pelamin, katering, cenderahati dan sebagainya lah..memang menyesakkan poket!

Budak2 baru grad umur 23 kot eh..dapat kerja starting dalam RM3K lah katakan..pastu nak bayar hutang belajar, nak beli kereta, nak bagi mak ayah, sewa rumah, makan/minum, minyak kereta, simpanan bla bla..tingal seposen bila ujung bulan. Waduhhh..berapa tahun baru dapat kumpul duit hantaran? Baru duit hantaran, belum lagi kenduri kendara kan....pulak tu tekanan kiri kanan untuk wedding of the year..wahhhh terus sign personal loan!

Kahwin plak feeling2 artis, semua nak yang ngetop! ya ongkosnya pun ngetop jugak lah..permintaan keluarga pun mengarut2 gak..taknak kalah ngan wedding anak cikjah kampung sebelah.

Aku sampai terpikir kebanyakan majlis perkahwinan sekarang ni banyak membazir. Banyak perbelanjaan yang sebenarnya tak perlu pun dibuat sebab nak nampak gah. Seronok majlis sehari, orang puji2 lebih2 pun seminggu dua tapi yang menanggung susah, menanggung kos tetaplah pengantin dan family kan. Esok2 anak dah berderet utang tak selesai lagi pastu gaduh laki bini ungkit itu ini..sendiri yang susah. Orang lain tengok je la..

Majlis yang WAJIB iaitu MAJLIS AKAD NIKAH dah jadi majlis tempelan je sekarang  ni. Highlightnya majlis bersanding tu lah. Walhal majlis akad nikah tu la yang pentingnya kan.

Apa salah dipermudahkan urusan perkahwinan tu. Kalau urusan rumahtangga pun senak, masak air pun hangit, mesin basuh ngan peti sejuk pun tak boleh beza tak payah la letak sampai 10K..kalau pelamin ciksenah mak andam pun sama cantik ngan pelamin wedding planner tersohor, guna je la ciksenah. Kalau kemampuan tu pakai beg carlo rino takpayah la berpinjam duit sebab nak beg LV. Kalau sememangnya mampu tak salah pun..bukan lah kata suruh ala kadar sangat tapi ukurlah baju dibadan sendiri. Kalau dah ketahap membebankan tu tak patut lah.

Mak ayah pun permudahkanlah urusan perkahwinan anak2. Kalau nampak anak2 dah gatal gelenyar nak berlaki berbini tu bagi la green light. Untuk elak perkara maksiat kan.

Yang pasal takde calon sesuai tu pun aku agak setuju jugak. Lelaki dah tak ramai. Jantan banyak. Perempuan dah tak ramai, betina banyak. Tapi kalau jantan dapat betina tu sesuai..melungkup dua2 sekali. Tapi kalau sendiri tak usaha cari calon mana nak jumpanya..pempuan sekarang pulak ramai berjawatan tinggi, takut lelaki nak dekat hihi..berkawan lah, bila dah berkawan tu tapis2 lah untuk jadikan calon. Sbg contoh dah tau laki orang jangan layan, dah tau minah tu perangai agak huduh, cari la lain. Main rembat je pun tak boleh kan..bukan macam pilih ikan kat pasar. Eh pilih ikan pun susah tau!

Perkahwinan ni kan sunnah RasulAllah..tapi perlu la kena pada caranya..permudahkan urusan perkahwinan bila dah dapat calon terbaik, dah dapat restu keluarga..biarlah perkahwinan tu dimulakan dengan berkat bukan beban hutang..

Wah...dah macam ustajah!



10 comments:

Irfa said...

setuju ;)
aku suka tgk lad kawen zaman skrg.kreatif dan harganya pun kemain mahal tapi penyudah dalam tong sampah jugak..

bab pilih pun kena pandai jugak..pilih ikan pun kena tahu cara.jgn main pilih yang mata dah nak pecah tu..perut pun dah nak terburai

masih ada 2 adik yg dah bekerja tp belum jumpa jodoh.harap mereka jumpa jodoh yang sesuai.amin

Dinas Aldi said...

Kahkahkah akak adalah salah sorang yg termasuk dalam statistik tuh!

pB said...

kak pB ada 4 anak dara ...

doa-doa agar semuanya dipermudahkan ...

tentangseseorang said...

setujuk

nonie said...

suka plak ayat ni: "Lelaki dah tak ramai. Jantan banyak. Perempuan dah tak ramai, betina banyak." ahahaha... mintak dijauhkan la anak2 kita mendapat perangai macam si jantan & betina tu...

mizura said...

aku pun suke ayat jantan betina ko tuh... klasik! hihi

oren said...

i read u, ustajah..

Anonymous said...

pendapat aku. Tak semua kehidupan manusia smooth macam puan angah
a) Nak kawin tapi tak da calon
b) Tak jumpa orang sesuai yang memahami jiwa atau seia sekata
c) macam nak rak bercinta tapi mak ayah tak restu.
d) Pompuan yg kaya berkerjaya kena hati-hati gak- silap haribulan dapat lelaki yang makan pakai sume bini yang tanggung/ bayar. Bukan kes lelaki takut tapi kalau yang berkerjaya lelaki memang suka le boleh kurangkan tanggungan dia.
e) Orang sedap2 tuduh pompuan memilih/ jual mahal bila ada orang yang berkenan kat dia- padahal yang duk berkenan kat dia tu laki orang/ orang tua yang sebaya dgn usia datuk dia/ bujang tapi kerja tak tetap@ menganggur (ni sure tanggung biawak hidup)/kasanova etc.
f)Ada gak yang beri peluang untuk orang lain kenal dirinya dan dia kenal diri orang lain tapi last-last dikecewa dan dipermainkan
g)Hantaran dan belanja mahal tu aku setuju la, tapi takkan lah mak bapak tak leh paham. Baik bagi mas kawin je. Hantaran tak perlu.

Angah said...

Irfa
Haah setuju..zaman aku kawen dulu wangi2 tu wajib haha..ye lah kita doa la adik2 kita dapat jodoh yang baik2 dan mudah urusan mereka

KDinas
You have your own solid reason and I admire that dear :)

Kak PB
Mudah-mudahan kak

Ady
Ko mmtg la setujuk kan dik haha

Nonie
Perumpamaan yang paling mudah menggambarkan situasoi sekarang ni kaaannnnn

Mizura
hihi..like jugak

Anonymous
Hidup aku tak la smooth mana pun cuma selagi boleh nak la mudahkan haha..(walupun susah grrrr)
Setuju ngan point2 ko tu..memang susah nak cari pasangan, kalau dapat yang baik pihak kedua ketiga plak banyak hal. Yang hal hantaran tu memang sekarang ni naik juling bijik mata bila dengar..kussss semangat siap tawar2 pulak mcm beli barang.

Unknown said...

Eh eh ade jugak perempuan fikir macam nie....tak sangka....sebab besenye perempuan lah yang nak tu nak ni nak semua bnde. Lelaki nye....hmmm....yelah ikut awak lah