Monday, May 14, 2012

BERSANGKA BAIK

Petang semalam bertolak dari rumah emak lepas Asar. Amik abang kat Shell Gombak tu terus balik. Kesian Arief nak makan McDonald tapi orang punya lah ramai. Kat drive through pun sama jadi postpone lah. Qiqi tengah lena so biarkan je la..aku lepak seat belakang ngan abang n kakak.

Berhenti makan kat RnR Gambang. pastu straight balik. Sampai rumah terus siapkan beg budak2, gosok baju dan tidur. Penat! Laundry tak buat sebab tukang laundry tersayang dah balik hihi..

Minggu ni jadual akan penuh dengan jadi tukang dengar dan tukang catat kat Persidangan Dewan Undangan Negeri. Gilir2 ngan kawan se-opis. Makanya akan ku lepak kat bilik Setiausaha Dewan lah haha..Untung aku kan ada member2 kat situ jadi boleh je tengok persidangan melalui tv sambil aku buat kerja2 opis. Duduk dalam dewan tu tak boleh buat apa. Sangap!

Ujung minggu ni aku dapat jemputan untuk bagi talk..errr more of sharing session pasal Penyusuan Susu Ibu bagi Wanita Bekerjaya kat Sungai Buloh. Aku dah cakap yes tapi ada plak sikit halangan. Maka tak boleh pegi. Satu kerugian untuk berdakwah di situ. Takpe lah..lain kali ada peluang kot eh.

BERSANGKA BAIK

Bila baca entry Jojoe dan Mawar dan Oren..aku rasa nak berkongsi kisah la sikit...

Ada sahabat..actually ramai sahabat yang bertanya camne la aku boleh sabar dan hadap je semua yang berlaku sejak 4 tahun lepas. Ye memula memang perit la..nangis / jerit / monyok / you name it semua pun aku dah buat sebab hati sakit gila vavi.

Tapi kan aku cerita aku berborak ngan seorang ustazah yang sudah aku anggap seperti sahabat. Dia kata..among others lah..cuba kita bersangka baik dengan orang yang sakitkan kita tu. Bukan berbaik..bersangka baik sahaja. Kita dah tau apa yang berlaku kat kita ni adalah ujian dan dugaan dari Allah. Dan kita juga kena percaya apa yang dia/mereka sedang lalui /lakukan juga ujian dan dugaan dari Allah. Kan ujian dan dugaan Allah ni bermacam2 bentuk dan rupa. Cuba kita kasihani mereka ni..

Aku pun pelik gak..nak kesian kat orang yang sakitkan aku dan keluarga aku? APAKAH!

Ya..kita kena kesian kat mereka kata ustazah tu sebab kita dah sedar yang kita sedang diuji, tapi mereka belum! Kita selalu rasa kalau ditimpa bencana tu ujian, disakitkan tu ujian..sedangkan ujian kesenangan dan kegembiraan tu juga adalah ujian. Anak tu pun ujian! Jadi kita doakan lah mereka. Mereka rasa ok dengan perlakuan sendiri dan tak sedar perlakuan mereka tu menyakitkan orang lain, beri kesan pada orang lain. Kadang2 kita nasihat pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri..lagi best kita pulak yang disekolahkan..jadi kita doakanlah hari mereka terbuka untuk sedar yang mereka sedang diuji Allah..kita doakan mereka..pahala kita pun bertambah sama kan..hati kita pun tenteram.

Meminjam status Wardina Safiyah..

Buat baik dibalas baik itu biasa
Buat baik dibalas jahat itu biasa
Buat jahat dibalas jahat tu biasa
Buat jahat dibalas baik itu LUAR BIASA

Buat apa kita nak jadi yang biasa-biasa..kan lebih baik kita jadi yang LUAR BIASA!

Renung-renungkan dan selamat mencuba..

6 comments:

Anonymous said...

ko dh tgk the vow? sbb ada dialog dlm citer tu yang mengingatkan aku kt ko. bukan nk citer pasal hero yg superrr hot ataupun heroine nya. tp cite pasal parents of the heroine. kisahnya, ayah dia curang dgn bestfren si heroine then dia lari dr rumah. bila dia found out, dia tanye mak dia, "why do you stay?". and the mother said, "i chose to stay for ALL the things he done right, when he did only ONE thing wrong". tarus ku teringat ko. soklan yg sama pernah ku tanya ko. is this also one of the reason?

-mimi-

nonie said...

SUPERLIKE ;)

nonie said...

Angah... I just found this in fb ;)

A man broke his wife's heart into pieces but her reply to him was "I shall remember you not as the one who broke my heart but as the one who taught me how to live with a broken heart."

Angah said...

Mimi
Yup! I think its not one of the reason but its the only reason

Nonie
Indeed..

oren said...

sudah dtg...

sudah baca..

sedang dan cuba digest..status: tak pasti..hati hitam sgt kut?

i like yg nonie share tu..

Luna said...

terima kasih utk entry ini..aku terima nasihat ko sebaik mungkin...mmg itu yg aku praktikkan selama ni cuma kdg2 bila mslh yg sama dtg wrong time..aku pun leh lupa..terima kasih sekali lagi