Sunday, May 25, 2003

1st anniversary

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" [maksud hadis]

angah's online journal


25 Mei 2002. 11.30am

"Hello..abang kat mana nih?"

"Abang ada kat Karak nih. Lagi 2 jam sampailah"

"Oklah abang.. drive tu baik baik ok"

Si pengantin tau masih ada banyak untuk dia bersiap. Lepas Zuhur Mak Andam sampai. Dia call tunangnya untuk confirm. "Oh...abang dah sampai Shah Alam, takpe majlis lepas Asar, banyak masa lagi" Lepas Asar nanti boleh start make up...

"Allahu Akbar... Allahu Akbar...." Si Pengantin menunaikan solat Asar. Solat yang terakhir sebagai anak perempuan milik ibu bapanya. Selesai solat, dia berdoa pertama-tama untuk kesejahteraan ibu bapanya. Maghrib nanti....... solat pertama sebagai isteri, doanya nanti pertama-tama untuk suami.

"OK gi pakai baju tu, nanti kak make-upkan pulak." Si pengantin mengenakan baju kurung warna ungu. Hmm.. cantik. Menadah muka untuk dipalit warna2 yang tak pernah dikenakan sebelum ini. "pakai tudung pulak, pakai sendirilah ye, nanti kak betulkan" Pandang ke cermin, "eh.. lainnya muka aku"

Siap semua. Sekeping dua gambar buat kenangan. Duduk di birai katil diteman sahabat handai.

"Senyum sikit... pengantin dah sampai tu" Suara Mak Andam mengejutkan Si Pengantin daripada lamunan.

"Ya Allah... aku dah jadi isteri orang. berkatilah perjalanan hidupku yang baru ni Ya Allah" Si Pengantin rasa sebak... dia bukan milik ibu bapanya lagi, ditahan air mata agar jangan tumpah.

"Assalammualaikum...."

"Waalaikumsalam"

" Ha...serahkan duit mas kahwin tuh..pakaikan gelang ngan cincin tuh..." Pengantin hanya mengikut suruhan. Senyum bila bertentang mata.

angah's online journal


"Pengantin pompuan.. salam suami tuh cium tangan dia..." Dicium tangan suami, ibu mengesat air mata gembira.

angah's online journal


"OK.... cium isteri tu.. tak payah malu-malu kan dah dapat lesen" Kucupan di dahi dan debaran di hati. Tetamu dimuka pintu mengusik nakal. Pengantin berdua hanya mampu senyum... penuh makna.

angah's online journal


Naik ke singgahsana, kali pertama. Berdebar dada. Wakil pengantin mengalu-alukan rombongan. Disambut pihak sebelah. Termetra sudah ikatan yang sah, hubungan dua keluarga harap terjalin indah. Bergilir mereka menepung tawar tanda berkenalan, tanda restu.

angah's online journal


Sesi bergambar bersama keluarga. Klik, klik, klik, "mari bergambar dengan pengantin, mana mak ayah pengantin?" sibuk sekali juru gambar menjalankan tugas. Pengantin perempuan terasa sebak, dipandangnya ibu berjalan perlahan untuk mengabadikan kenangan. Kalaulah ayah ada waktu ini, tentu lebih meriah, tentu ibu berjalan dengan senyuman yang lebih manis.

"Abang balik dulu, nanti lepas isyak kita jumpa lagi". Si isteri cuma tersenyum, terasa malu... pelik..


25 Mei 2002. 9.00pm

Malam berinai dah tiba, Selepas solat maghrib, tangan mak andam rancak menarikan warna, si pengantin yang tak pernah kenal alat solek hanya menurut arahan. Baju biru pilihan malam ini... cantik. Kepala berkerudung, dihias mahkota dan net putih. Hampir tak kenal wajah sendiri bila melihat cermin.

Pengantin berdua didudukkan di singgahsana. Ditepung tawar tanda restu saudara mara. Tetamu menghulur salam mengucap tahniah. Masih pelik rasanya duduk berdua ditenung puluhan mata.

angah's online journal


"Selamat Pengantin Baru, semoga kekal selamanya"

Waktu menginjak pantas, majlis masih berlangsung. Klik, klik, klik lagi. Berbagai gaya disuruh juru gambar. Biarlah, sekali seumur hidup. selesai acara, harus tidur, esok hari besar, jangan mata merah pula pesan mak andam. Pengantin perempuan tidur bersama adik bongsu permata hatinya yang sedari pagi tadi seolah merajuk. Takut kakaknya yang seorang ni dibawa pergi.


26 Mei 2002. 2.00pm

Penat masih terasa dek majlis semalam, namun pengantin masih tersenyum. Hari besar kata ibu. "Senyumlah, biar cerita baik yang mereka bawa pulang"

Mendung hari ini, harap-harap tak hujan. Pengantin mula bersiap, baju ungu untuk hari besar. Warna pilihan pengantin sekarang mereka kata. Duduk menanti di dalam bilik, sahabat handai, saudara mara masuk mengucap tahniah.. sambil-sambil bertanya itu ini, modal bercerita agaknya.

Kompang dipukul tanda rombongan lelaki dah tiba. Pengantin perempuan dibawa keluar. Nampak kekok bertumit tinggi. Merah muka ditenung tetamu dan keluarga suami. Bergandingan tangan berjalan ke singgahsana. "kenapa sejuk tangan?" "berdebar" jawapan ringkas.

"Cantik pengantin.....biasalah..orang tak pernah make up memang naik seri bila disolek" Pengantin yang mendengar bersyukur dia tak salah memilih Mak Andam.

angah's online journal


Kali ketiga bersanding, debaran semakin kurang. Deretan barang hantaran di depan pelamin dijeling. Menarik. tetamu datang dan pergi, menepung tawar tanda restu. Tiba giliran ibu, ciuman dikiri kanan pipi tanda kasih tak berpenghujung. Abang dan adik, tulang belakang majlis pengganti ayah menepung tawar. "jaga adik abang ni elok-elok" pesan abang pada adik iparnya yang baru. Pengantin perempuan menahan air mata agar jangan nampak dek tetamu. Selesai bersanding, acara makan beradap pula.

angah's online journal


"Abang.....dah penat lah..sakit pinggang ni ha" Pengantin berbisik ke suaminya.

"Sabarlah ayang..dah adat..kita ikut ajalah"

Tengahari menginjak petang, pengantin masih tersenyum melayan tetamu, bersalaman dengan sanak saudara di depan, di dalam rumah, di dapur memperkenalkan suaminya. Tetamu semakin surut tanda majlis akan berakhir. Azan kedengaran, masa untuk bertukar pakaian. Habis tempoh menjadi raja sehari.

Solat berjemaah yang pertama untuk mereka. Indahnya... Doa suami diaminkan isteri. Bekal langkah pertama ke alam perkahwinan.

"Ya Allah, Kau suburkanlah mawaddah dan rahmah antara kami, berkatilah perkahwinan kami Ya Allah"


25 Mei 2003
Memori majlis setahun lepas masih segar di ingatan. Mana mungkin aku lupakan saat itu. Perancangan yang dibuat berjalan lancar alhamdulillah.

Setahun berlalu dengan pantas. Setahun aku meniti alam baru ini. Setahun yang indah disisi orang yang aku sayangi. Ya.. kalau ditanya bulan madu di mana, jawapan ku dimana2 manapun, bila2 masa pun aku masih berbulan madu, sampai saat ini.

Sedangkan lidah lagi tergigit. Marah dan rajuk pasti ada.. tapi itu boleh diketepikan. Boleh diselesaikan. Aku kan cuma manusia yang mencuba yang terbaik untuk keluarga. Aku akan terus mencuba untuk jadi isteri terbaik buat abang.. sebagai kawan dan kekasih insyaallah.

Doakan kebahagiaan kami keakhirnya....


Friday, May 23, 2003

Sejarah itu mudah

Hari ni kerja aku cuma merayau. Merayau membaca jurnal. Baca pasal pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah dalam blog jigo. Kemudian jumpa juga dalam blog rudy.

Masa sekolah dulu nak kata aku minat subjek ni taklah juga. Tapi aku boleh absorb ler apa yang diajar cikgu. Aku rasa yang buat student bosan ialah sebab cara pengajaran yang direct. Terus bagitau tarikh dan apa yang berlaku waktu tu. Bila exam itu jugalah yang ditulis pelajar. Cuma hafal dan tulis tanpa faham betul2 pasal sejarah tu. Maka betullah kalau pakar tu kata kita kena tau persekitaran semasa sesuatu itu berlaku dan kemudian jadi sejarah.

Masa kat U dulu aku majoring dalam English Language and Literature. Aku tak pernah belajar sastera sebelum tu. Mula2 susah tapi lama2 aku enjoy. Tapi apa kaitannya dengan sejarah? Well... nak belajar sastera kena tau sejarah. Tak tau sejarah susah nak faham sastera. Bila aku belajar sastera, secara tak langsung aku akan belajar pasal sejarah. Pening? ok aku bagi contoh. Biasanya topik penulisan akan menjurus pada situasi semasa. Sebelum merdeka, para penulis banyak menulis tentang cerita yang boleh menaikkan semangat patriotisme, cerita tentang kehidupan zaman penjajahan etc. Jadi kalau nak memahami ceita dari segi plot, subjek, makna etc, kenalah tau sejarah. Apa yang trigger penulis tu untuk hasilkan penulisan dia.

Dengan belajar sastera juga aku belajar banyak pasal negara aku ni. Tau tak salah satu sebab Sabah dan Sarawak masuk Malaysia? Apart from what we have read from text book. Aku baca buku Rehman Rashid, 'A Malaysian Journey' dan aku dapat tau mengenainya. Cari buku tu dan baca.

Aku juga belajar sastera Inggeris, Amerika dan beberapa picisan kaum di di dunia. Kenapa filem amerika kebanyakannya berunsur frontier, penyelamat dunia? sebab dari segi sejarahnya mereka nak lari dari bayangan yang mereka gelar the old world (England). Mereka nak bina identiti baru, tak mahu dikaitkan langsung dengan motherland. Yes.. sastera buat sejarah mudah dipelajari ikut pengalaman aku.

kalau tak silap aku, sekolah menengah sekarang dah terapkan pelajaran sastera dalam silibus. Aku rasa ianya boleh digunakan untuk jadi salah satu daripada medium pengajaran sejarah. Sebagai contoh. 'Salina' oleh A Samad Said. Tahun Salina ditulis, apa signifikan tahun itu, apa suasana sosial, politik dan ekonomi waktu itu yang membuatkan salina ditulis... itu sejarahnya.

Manusia dapat mengingat dengan mudah jika dapat menggambarkan sesuatu yang ingin diingatinya. Gunakan cerpen, sajak, novel, filem etc sebagai gambaran yang diperlukan untuk mengingati fakta sejarah. Itu pendapat aku. Kan menarik kalau filem Sarjan Hassan tu dapat digunakan dalam kelas untuk mengajar bab pendudukan Jepun di Tanah Melayu....


Cerita Klasik

Congratulation buat Nana dan Azlan yang akan melangsungkan perkahwinan awal bulan 6 nanti. Sepanjang bulan 5 dan 6 ni banyak sungguh undangan perkahwinan yang aku terima. Ada yang aku pergi, ada yang tak.

Cuti-cuti Malaysia... minggu ni aku nak pergi melancong. Lama tak melancong. Masa buat events dulu kerap juga pusing semenanjung tapi itu urusan kerja. tak best. kali ni aku nak bersantai...


Hari Jumaat yang indah buat aku sebab aku dah settle semer kerja. Markah semua dah siap jadi aku boleh bercuti dengan senang hati. Aku akan bercuti sampai Selasa depan. Blog ni pun akan sunyi. Selamat berhujung minggu semua.

p/s Terima kasih sahabat atas kemurahan hati menolong aku hujung minggu ni :D


Tuesday, May 20, 2003

Selamat Hari Ibu

Mungkin dah basi untuk perkatakan tentang hari Ibu kan. Tapi aku masih nak perkatakan. Tiap tahun family aku buat double celebration masa hari Ibu sebabnya bitrhday emak akupun 11 Mei jugak. Tahun ni aku beri emak hadiah spesel sket tanda ingatan aku padanya. Selamat ulangtahun kelahiran dan selamat Hari Ibu emak...sayang mak.

Selamat Hari Guru

Kalau tanya aku, cikgu mana yang paling aku ingat tentu aku bagi 2 nama. Cikgu yang paling aku sayang dan cikgu yang paling aku benci. Cikgu yang paling aku sayang erm... tentulah Cikgu Zabedah. Cikgu masa aku darjah satu. Dia best. Ngajor cam mak jer rasa. Aku pernah terserempak ngan dia sekali beberapa tahun lepas. Aku gi salam dan kenalkan diri. Biasalah dia cam ingat2 lupa gitu. Tapi bila aku ingatkan dia pasal rambut aku yang panjang cecah punggung baru dia ingat. Best ah jumpa dia masa tu. Sempat aku belanja dia makan kat emporium makan kat klang. Terima kasih cikgu..

Cikgu yang paling aku benci... nama dia Cikgu Ah*mad Bah*tiar . Cikgu sekolah rendah. Orang Sabak Bernam. Dia tak mengajar aku pun. Aku benci kat dia sebab dia tipu aku, bukan sebab dia cikgu. End of the story. I think people can guess ler kan. Hampeh betul.. buang masa dan kederat aku jer bertahun tahun. Dulu aku benci giler kat Cikgu Ah*mad Bah*tiar nih tapi sekarang benci tu dah neutral. Dah takde makna dah. Aku pun dah happy sekarang. At least dia berjaya demonstrate pada aku betapa rendahnya seseorang tu boleh pergi untuk selamatkan his own a**. Terima kasih cikgu :P

Cerita Klasik

Minggu lepas aku cuti lima hari. Tak buat apapun kat rumah. Semua rutin harian. Penat juga rupanya jadi suri rumah tangga sepenuh masa ek... tapi best sbb dalam 5 hari tu abang dapat makan tengahari kat rumah. Biasanya dia makan kat kedai jer. Kesian abang.

Sebelah petang aku akan lepak kat belakang bengkel abang. Kawasan tu abang dah terangkan, letak kerusi meja tempat lepak. Ada buaian gantung lagik. Sementara abang buat kerja kat bengkel atau duduk santai mengadap Sungai Kuantan (yup, bengkel tuh dalam 5 meter jer dari tebing sungai) aku marking paper final student. Banyak tak banyakler dalam 200 skrip. Pening kepala aku nak setel semer. Buat kat rumah bukan tak boleh ye tak... saja jer.

12 Rabiul Awal 1424H (14 Mei 2003) ialah ulangtahun pertama perkahwinan aku ikut kalendar Islam. Pagi2 lagi dah dapat SMS ucap selamat. Terima kasih sahabat. Aku tak celebrate pun. Sekadar buat sarapan yang dan makan tengahari yang agak spesel. hujung minggu ni baru ada rancangan. :)

Hari Sabtu lepas, abang balik rumah terhencot-hencot. Terseliuh masa main bola. Malam tu pergi urut. Aku soh pi klinik tak mo pulak. Hari Ahad dah makin bengkak dah tapi masih boleh jalan lagik. Aku dah makin risau. Semalam aku heret dia gi sepital x-ray. Aku takut retak ke apa ke. Alhamdulillah, cuma muscle tore jer. Takperlah bang.. sakit tu penghapus dosa kecil kan. Sabar jerlah ek. Maka dengan rasminya aku kena drive seniri merangkap driver abang untuk seminggu dua nih.


Tuesday, May 13, 2003

Ignore jer entry nih..

Aku pernah dicop show off kerana post satu komen kat gesbuk satu jurnalis yang aku dah kenal bertahun. Yang jadi housemate aku dalam 2 tahun lebih. Marah tak? memula marah sebab apa hak mereka untuk cop aku apa-apa. Tapi aku cool down sebab aku tau mereka nih tak tau situasi sebenar. Tak tau niat aku... biasalah.

Kebelakangan ni pulak mereka yang cop aku show off tu pulak show off.. Apa cerita?


Isnin minggu lepas aku dapat email daripada penyelaras IT. Dia kata mana2 student yang attendancenya lebih daripada 70% aku boleh consider untuk bagi depa sit final exam. Aku jadi serba salah. Adil ke aku kalau aku bagi mereka ni sit test? Adil ke aku pada student lain yang tak ada perangai, yang selalu attend kelas. Aku tanya iza dia kata depends on studentlah, kalau rasa dia layak boleh. Akhirnya aku buat keputusan, Aku akan play by the rule. kalau dah mereka tak lepas, maka tak lepaslah mereka. Jumpa lagi semester depan. Bukan aku tak kesian ngan student.. tapi kengkadang mereka ni akan belajar the hard way. Sekali terkena mesti serik punyalah.

Sepanjang minggu lepas ada juga yang datang jumpa aku, mintak tolong lepaskan mereka sit exam. Aku malas nak layan. Aku kata bukan aku yang buat keputusan, bukan aku yang bar mereka tapi mereka sendiri. Ramai ler yang pujuk rayu.. aku buat tak layan. Kejam... biarlah aku kejam.. I'm cruel to be kind.



Aku ada cerita dulu kan, aku nak ke Sabah untuk lumba basikal bulan 6 nih. Bila aku tepon Uncle A kat Bukit Aman dia kata dah tunda bulan 9. Berita di TV dan surat khabar mengesahkannya. Tour De Borneo berstatus 2.6 maknanya tak panjang dan sedikit jer pasukan profesional akan masuk sbb pertandingan tu tak janjikan mata untuk pelumba untuk menentukan ranking dunia. Walau bagaimanapun aku tabik ngan Persatuan Lumba Basikal Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah. Lepas Sukma hari tu, beberapa commissaire dan pegawai teknikal mereka terlibat ngan penganjuran Jelajah Perlis dan Jelajah Malaysia. Aku kenal mereka pun kat dua kejohanan nilah. Aku ikut abang masa tu dan aku juga race announcer masa Jelajah Malaysia tahun lepas. Abang berkemungkinan besar pergi. Aku harap kuota untuk keluarga yang dijanjikan tu masih on. Boleh aku ikut, kalau tak bertugas pun (baca: boleh aku shopping ngan jenjalan eheheh) Kalu pergi boleh aku berganding lagi ngan Pak Alang dan Pak Uda.

Tapi aku terkilan ler sket sbb Gamuda Eagle Tour dibatalkan. Memangler SARS tu boleh dijadikan sebab. Tapi aku nampak cam anak Malaysia sendiri tak yakin ngan kemampuan pihak yang berkenaan menangani isu SARS nih. Bukan ke Malaysia dah dikeluarkan daripada senarai negara yang dibelenggu SARS nih. Entahlah.. sebagai peminat sukan, aku terkilanlah.



Malam tadi aku marathon tengok tv. Aku jengkel ngan beberapa perkara beberapa hari ni. Aku tengok 999, Misteri Nusantara, Jangan Biarkan Rembulan Menangis, Survivor. Tapi aku tengok dengan kepala kosong jer. mata jer tengok, kepala tak compute pun apa yang aku tengok. Dah boring tapi masih nak tengok TV jadinya aku pun pasang cd 'Tears of the Sun' Tengok yang ni bersama kepala aku.

Kalau nak ikut jalan cerita ngan effect semer memang bestlah. tapi dah stereotaip hollywood dan Amerika untuk portray mereka sebagai penyelamat dunia. Betapa mereka ni (pasukan penyelamat S.E.A.L) sanggup bergadai nyawa untuk selamatkan refugee Nigeria nih, walaupun terpaksa melawan orang atasan mereka. Tak banyak beza ngan cerita heroism yang lain. Tapi aku tengok juga, aku put aside semer benda tu sbb aku suka tengok action movie. Yup, plot dan jalan ceritanya biasa jer. Tapi pengarahan, props, lakonan meraka ni patut diambil sebagai contoh oleh produser tempatan. Nampak cam askar betul ler kiranya. Tak ler cam cerita kita kat sini. yes, mungkin kita boleh kata budget kita kecik tapi itu bukan satu alasan yang besar. Asal saja watak tu boleh dibawa dengan baik. Dialog pun ok. Tak pun pakai standard English per say. banyak bahasa colloquial. tak ler cam baca buku teks. Aku masih tunggu filem tempatan yang lari dari semua ni.. ada bebarapa cam Layar Lara, Jogho, Spinning Gasing etc.. tapi filem sebegini tak berapa laku di panggung... again.. buatlah camne pun tapi kalau mentaliti penonton masih dalam kepompong 'cinderella' (ending mesti happily ever after, memang kita akan berada ditakuk lama sampai bebila...

Esok aku start cuti panjang. Sampai hari Ahad. Cuti dari datang opis jer aku tetap kena marking paper final yang bertimbun nih. "Abang.. tolong marking paper boleh?"


Tuesday, May 06, 2003

Penat sungguh aku hari ni weh... kena fotostat kertas final. Ni ada meeting kejap lagik.. saja gatal tangan nak menulis ehehe. Malam tadi aku kepenatan. Aku terpaksa menyetelkan semer kerja rumah yang tak dibuat orang yang sama2 duduk ngan aku sepanjang aku balik Klang 2 hari. Sabar angah.. sabar... kalau marah2 pun bukan boleh ubah keadaan pun.


Monday, May 05, 2003

Dah kembali ke opis. pagi tadi rasa nak sengkang mata ngan batang mancis.. kena datang awal sbb ada perhimpunan pagi. kenapa.. tak percaya eh? kat tempat aku ni ada perhimpunan perkhidmatan cemerlang minggu pertama setiap bulan. Dengar ucapan dari radio jer ekekeke..

Sampai Kuantan malam tadi, enjoy the ride lah katakan. Singgah kat Karak beli jambu sekilo. Lantak makan jambu sampai kekenyangan. Takpe, makan buah tak menggemukkan. Kat rumah aku sembahyang isyak pehtu terus tido.. penat seh..

Cerita Cuti
Hari Rabu ni cuti umum kat Pahang sempena hari Hol. Cuti lagik. Minggu depan lagi best, cuti 2 hari Rabu ngan Khamis. Aku plan nak sambung cuti sampai hari Ahad. Aku nak lepak kat rumah sementara student peksa final nih. Ingat tak aku cerita aku gi Training of Trainers BTN hari tu.. aku dapat cuti gantian dari majikan aku. 8 jam bersamaan 1 hari. Makanya aku dapat 6 hari cuti tambahan untuk tahun ni. Oleh kerana hujung bulan ni student dah cuti semester, aku pun dah settle semer documentation maka aku nak bercuti lagi seminggu. Ingat nak ke tempat yang menarik dekat2 sini.. most probably Tioman. Lagipun tarikh tu penting buat aku dan abang.. harap2 cuti lulus ler...



Saturday, May 03, 2003

LAma sungguh aku tak update blog.. bukan takde masa tapi tak de cerita yang menarik. Semua rutin harian jer. Minggu lepas balik dari KL menanda paper exam kat Impiana. Kerja aku habis awal jadi masa yang lebih tu aku habiskan meronda ler. Aku gi Mid Valley Megamall ngan Watie. Aku gi Ampang Park, reunion ngan beberapa kawan masa belajar dulu. Thanx Nida and hubby, Musa, Nate, Nana, Ila.

Hari Selasa lepas masa kat Impiana, aku dapatlah peluang berjumpa ngan seorang sahabat. Terima kasih ek, sanggup luangkan masa, parking jenjauh kat atas Pudu Raya tu. Tak banyak yang diperkatakan, cuma bertanya khabar. Ihiks.. suprise yang aku janjikan untuk sahabat aku tu memang betul2 suprise baginya. lain kali ada masa dan kelapangan kita jumpa lagi, jika diizin Allah.

Sekarang ni aku ada kat rumah pakcik aku (adik emak). Anak dia bertunang. Aku pun baru jer sampai lebih kurang kol 2 tadi. nampak komputer ni menganggur, aku pun bagi kerja. Aku sebagai sepupu yang bagus, dan kebetulan cadar masa aku kawin dan baju aku nikah dulu masih ada, dan muat pulak ngan Along, maka aku pun bagiler dia pakai. Jimat kan. Teringat pulak masa aku nak bertunang 2 tahun lepas. Ehehehe.. wahai sahabat 'wink' ko bila lagik?

Aku nampak emak happy jer tadi... aku tau kenapa.. semua anaknya balik. Esok aku nak gi rumah sepupu aku kawin pulak. Kena balas kunjungan ler. Masyarakat jawa masih teguh ngan ikatan kekeluargaannya. Biasanya mereka bagi sedikit duit sumbangan. Dan si pengantin akan beri pulak jumlah yang serupa atau lebih bila si pemberi tadi buat kenduri kahwin. In a way, menolonglah juga.

Esok juga akan balik Kuantan. Tapi minggu depan relax sebab dah minggu ulangkaji. Aku cuma kena siapkan markah kerja kursus pelajar jer. Oh ye... hari ni ngan esok Kuantan mesti sesak giler dek Karnival Sure Heboh TV3 tuh. Kengkawan aku sibuk ajak pergi tapi memandangkan aku ni tak suka sangat ke tempat yang terpaksa berasak2, berpanas2 makanya aku tolak jerlah pelawaan mereka tu. Mujur abang pun tak minat benda2 camtu. Baik tengok wayang katanya. Tengok wayang.... aku nak tunggu X-Men 2 keluar. Lama gaks aku tunggu sejak yang pertama tuh. Kalau ada geng jurnal minat komik pedang setiawan ker, apa ker.. aku dulu kumpul komik X-Men. Tapi sekarang mahal giler.. baik aku beli barang dapur ekekeke..