Tuesday, September 30, 2003

I'm back!!!! busy weekend but worth the efforts. But.. I'll spare you the details. The kenduri went well. Everybody was pleased. I was happy, to have a chance of meeting my relatives. Lama tak jumpa since I moved to Kuantan. I remember saying my grandmother will be great granny again. I remember saying 3 of my cousins are expecting. During the kenduri, I found out that 5 of my cousins are actually expecting. So there'll be 6 newborns... hoorrah

Have to key in students' attendance.. chow


Thursday, September 25, 2003

So many things to do in so little time. Tutorials to mark, documents to file, attendance to count, analysis and question papers to submit, the list goes on. and I'm whining like nobody's business. Is there any work without due dates out there?

Got on line with fellow gejuis just before lunch. We discussed things about interviews and choices of life, 2 unrelated topics but what the heck. I went through few interviews. Once, the interviewer asked me, " what will you be, in 5 years time, if we offer you the job?" Me, attending the interview for the thrill of it, not actually wanting the job answered " I'll be sitting where you sit, doing things you do... only better" I got the job, called the company, said thanx and turned the offer down.

It is hard to choose between 2 important things in life. Things we cherish equally.. the irony.. choosing is not a choise, it's a must. Who says life is easy?


Tuesday, September 23, 2003

Some things better left unsaid, some would say. But what if those things keep bothering you? Just a thought after an incident last week. It has been a while since my last entry. Busy, that is the lamest excuse I could give. The truth is, I seem to lose my touch in writing. I dont feel like writing. I dont have that drive to keep me writing. But not bad enough to make me say good bye to this blog. This month marks the first birthday of this blog. A friend gave birth to it, I just responsible to takes care of it. Thanx dear friend.

I'm going back to Klang this week. Take 2 days off for a wedding ceremony my mum hosts. By the way, it's the wedding of my sister's in law brother. I've finished making some bunga telur and souvenirs for guests. Just have to decorate the pelamin and the room on Saturday. Abang, well.. he'll be in his favourite department of course.. jabatan basuh pinggan eheh.. Ita will be back too. Last time I met her was in May. Can't wait to see her new look.

Workwise, final exam is around the corner. I've finished marking, I bet some students will come to my office with the same question. "Puan, kenapa carry mark saya rendah sangat, saya hantar semua tugasan" I will give them the same answer "setakat hantar tapi tak ikut spesifikasi, tak ikut due date, itulah markah yang awak dapat"

Got to taste a very delicious tamar from Mecca. Thanx Kak Iza. And I just found out how weak my arabic has become. heeeeelllllppppp...





Thursday, September 18, 2003

I was on my back the whole day yesterday, thanx to the cold and the cough and the headaches. My nose bled, my vision blurred.. oh my.. how I hated the feeling, the uneasiness. Luckily, I have a great 'nurse'. Back to work today, still dizzy thus my classes today would be the most part, signing attendance. That would take about 10 minutes.

Abang got an appointment letter from Malaysia National Cycling Federation (MNCF). Yup, he'll be flying to Sabah for Tour de Borneo 2003, scheduled in December. It'll be in the middle of semester break, but I can't go...ruginyerr iskh.. iskh.. Can't involve in Le Tour De Langkawi next year either... double rugi. Masa tu tunggu hari dah.

My condolence to Kak Iza, on the demise of her beloved mother in law. Al-Fatihah.




Tuesday, September 16, 2003

Campur - campur

Sukan Remaja Pahang minggu lepas memenatkan aku. Tapi aku puas dapat juga involve dengan sesuatu yang aku minat, events management. Aku seperti biasa ler, ditugaskan di bahagian teknikal - result. Dapatlah juga tambah2 duit saku dengan elaun yang diberi.

Hujung minggu yang santai. Melepas lelah di rumah sepanjang hari Ahad. Abang ke Taman Pertanian untuk 'race haram' katanya. Dah selesai tugas Sukan Remaja, dia dan memember teknikal pulak turun berkayuh di trek mountain bike - cross country. Basikal aku jugak yang bersalut lumpur.

'Pirates of Carribean' hmm.. menarik juga ceritanya. Aku suka lakonan Johnny Depp yang bersahaja. Orlando Bloom lebih hensem sebagai Legolas dalam Lord of the Rings eheh. Special effect part tukar jadi tengkorak then jadi orang tuh best, the transition is very smooth, cuma cam tak logik jer cahaya bulan tuh terang cam sport light. Apapun cerita dia ok lah. Aku lebih suka kalau masa ending tuh si Will pergi jadi lanun jugak.

Terpandang 3 pasang pengantin baru masa aku ke Megamall malam tadi. Saja berjalan2 mencari apa yang patut untuk si kecil. Inai merah ditangan dan kaki, kira romantik habislah... baru2 kahwin kan. Kalau boleh nak bekepit 24 jam. Memang jadi perhatian ler. Cuma yang kurang menarik... (ni boleh kira mengumpat ke?) si isteri tuh, aku assume isteri ler sbb nampak inai kan... pakaiannya amatlah tak sesuai dengan title isteri dan menantu. Jeans ketat separas betis dengan singlet ketat menampakkan perut. Sekejap2 tarik ke bawah. Dah kalau nak sangat pakai baju pendek.. tak payah ler tarik2. Kesian aku tengok... bayangkanlah beban digalas suami dek perangai isteri. Tegur2lah para isteri tu.... nak melawa boleh tapi biarlah kena pada tempatnya.

Sekarang nih aku kira addicted ngan cerita Orang Gaji 41 kat TV3. Memang klass lakonan Elly Suriaty. Dengan loghat dan costume dia tuh. Aku masih menunggu kalau2 Erra Fazira nak pegang watak camtuh. Kalau takpun jadi isteri yang susah kehidupannya membanting tulang untuk kehidupan. Minus the make-up, big bikes, fancy clothes etc. Boleh tak dia bawa watak tuh agaknya. Dalam soal hati dan soalnya siapa pun dia masih dibayangi watak perempuan kelas atasan. Tengok Elly Suriaty, Umi Aida dan beberapa lagi.. kalau pegang watak orang kampung memang cam orang kampung. Salute...

Tahniah untuk sahabat

- G-Ja and Jack atas pertunangan mereka. Semoga dipanjangkan jodoh.
- Paidi dan Rafidah atas perkahwinan mereka. Semoga kekal jodoh.
- Kak Iza yang telah selamat menjalankan ibadah umrah.
- Syita yang bakal jadi ibu.





Wednesday, September 10, 2003

Kebelakangan ni tahap sensitiviti aku dah nak sampai ke tahap nirvana. Benda kecik pun aku boleh hangin. Orang tak tolong aku hangin, orang tolong pun aku hangin juga. Aku tak suka betul rasa camnih. Selalu rasa hangin pastu nak marah, nak masam muka, nak naik suara, nak hempas semua benda. Agaknya kena duduk dalam gua aku nih... Ya Allah, peliharalah aku dari perbuatan sia-sia... Amin.



Tuesday, September 09, 2003

Kelantan : a short trip

Otakku perlu direndam sebab dah kering idea untuk menulis. Makin lama aku rasa blog ni cam private diary pulak... cuma apa yang aku buat sehari hari hmm.. tu yang agak lama tak update tuh (alasan?)

Balik dari Kelantan.. sampai rumah pukul 2 pagi. Takde apa pun yang sempat aku beli, cuma sehelai kain pasang. Aku dapat hadiah daripada teman sekerja, sehelai maternity dress yang bersulam cantik, harga pun murah jer di pasar Siti Khadijah tu. Bila balik Kubang Kerian nanti boleh ajak abang datang sini.

Aku suka keadaan di pasar Siti Khadijah ni. Rata2 peniaganya wanita baik yang anak dara atau yang dah berkeluarga. Ramah melayan pelanggan. Barang kemas mereka boleh juga menjulingkan mata eheh. Tawar menawar tu perkara biasa tapi kalau yang boleh kecek kelate tuh ada kelebihan ler. Biasalah, mereka tahu kita ni pelawat dan pelawat mesti bawa banyak duit untuk berbelanja kan. Perkara yang sama di Langkawi pun.

Pada sapa2 yang tak pernah samapi kat pasar nih, kalau datang KB jangan lupa singgah ler. Betul2 tengah bandar, bersebelahan dengan Pasar Kubu. Ada 3 tingkat. Tingkat 1 barangan basah cam sayur, buah etc. Tingkat 2 barangan kering dan tingkat 3 syurga wanita ler eheh.. baju, tudung kain, etc.

Aku spent dalam sejam jer dalam tuh. Sesuatu yang menarik, depan pasar tu ada kawasan lapang, depan dataran KB tuh... Masa aku lalau nak ke pasar dalam pukul 5 petang, tempat tuh lapang jer, aku lalu semula lepas sejam, kawasan tuh dah penuh dengan gerai makan, bukan baru nak mula niaga tau.. dah ramai pelanggan makan pun. Memang efficient. Makanan cam nasi campur, nasi kerabu etc tak dihidang dalam pinggan tapi dibungkus. Bukan untuk ditapau bawa balik, pelanggan masih makan disitu. Baguskan.... tak payah penat2 cuci pinggan mangkuk.

Bila waktu maghrib tiba.. yang ni lagi aku respect. Kawasan tu lengang. Semua berduyun pergi sembahyang. Peniaga boleh jer tinggalkan barangan jualan mereka tanpa rasa risau. Satu ciri yang aku rasa cuma ada di Kelantan jer. Citer kat pak mertua aku, senyum jer dia.

Workwise, kursus train the trainers yang aku ikuti tuh cam dulu jugakler, cuma ada sedikit pengubahsuaian silibus.


Rencam

+ Aku habiskan hujung minggu dengan berehat di rumah. Sempat menghadiri majlis sambut menantu Ame dan Izzat di Kuantan nih. Cantik ler warna baju pengantin....

+ Emak call semalam, pakcik aku meninggal dunia, sakit batu karang. Al-Fatihah. Aku tak dapat balik. Cuma sempat call makcik aku ucap takziah.

+ Ita, adik aku pulak call dari JB. Dah lama dia batuk.. itu aku tau. Pergi klinik dan doktor suspek batuk kering (TB). Ya Allah, terkejut aku. Aku call abang aku dan suruh dia ke JB bawak Ita balik. Kalau positif, biar dia dirawat di hospital yang dekat dengan rumah. Kalau negatif, biar dia rehat di rumah. Aku akan usahakan juga dia dapat MC seminggu dua. Kesian adik aku.

+ Semalam ada lawatan kualiti dari UTM datang. Seperti biasalah, semua pengajar kena menyerah diri, membawa fail subjek untuk dipersembahkan kepada deligasi tuh. Ok jer. Sempat beri demo perlaksanaan sistem maklumat pelajar, sistem pemarkahan, sistem kehadiran, sistem pendaftaran subjek etc.

+ Sukan Remaja Pahang 2003 dah bermula. Sukan untuk cungkil bakat ke SUKMA di N 9 thn depan. Aku urusetia teknikal lumba basikal. Macam biasa kerja aku untuk sediakan communique (borang2, maklumat2, keputusan2) perlumbaan. Sebelah petang dan malam jer kerja aku. Malam tadi dah bersengkang mata menyediakan senarai mula, pelumba, borang keputusan etc untuk acara ujian masa untuk hari nih. Abang ketua komisar kali nih. CAY aku jadi kereta KOM 1 sebab ada sun roof. Takler ketua komisar kena bertenggek kat tingkap keter untuk pantau perjalanan perlumbaan.

Banyak giler aku tulis ek...



Tuesday, September 02, 2003

Sampai ke Kuantan pukul 5.30 petang. Seperti yang aku jangka, jalan menuju ke Kuala Lumpur memang sesak. Kat Karak jer jam dekat 4 kilometer... tak bergerak kereta... kat Temerloh, kat Maran... aku cukup bersyukur sebab melawan arus. Seronok juga tengok gelagat pengguna jalan raya, yang berhenti dibahu jalan membeli buah terutama rambutan dan durian... aku rasa nak nyampaikan ke destinasi mau habis rambutan yang dibeli eheh... tak pun lemas dek bau durian yang mencucuk hidung.

Balik kampung kali ni memang seronok. banyak benda yang aku borakkan dengan emak, banyak benda yang aku buat ngan Noni. Sempat juga rewang kat rumah jiran sebelah. Dapat menantu sulunglah katakan... semuanya dibuat besar besaran.

Aku memenuhi jemputan teman serumah masa belajar dulu ke majlis walimah mereka. Serentak pulak kedua2nya. Tahniah buat Ame dan Izzat.... tahniah juga buat Adlina dan Azmy. They both were so lovely.... so pretty.

Angah doakan jodoh berkekalan, murah rezeki. Memang best.... dapat pulak jumpa coursemate yang lain. Kiranya sekarang ni majlis perkahwinan memember dah jadi majlis reunion. Apapun aku happy. Lepas nih boleh konvoi balik ke Klang Ame ek.... :)

Petang ni aku akan ke Kota Bharu, ada kursus Training of Trainers untuk Skim Latihan Graduan, anjuran PSMB. Takper, naik bas SUK selesa sikit. Nak balik packing baju... chow..