Tuesday, September 09, 2003

Kelantan : a short trip

Otakku perlu direndam sebab dah kering idea untuk menulis. Makin lama aku rasa blog ni cam private diary pulak... cuma apa yang aku buat sehari hari hmm.. tu yang agak lama tak update tuh (alasan?)

Balik dari Kelantan.. sampai rumah pukul 2 pagi. Takde apa pun yang sempat aku beli, cuma sehelai kain pasang. Aku dapat hadiah daripada teman sekerja, sehelai maternity dress yang bersulam cantik, harga pun murah jer di pasar Siti Khadijah tu. Bila balik Kubang Kerian nanti boleh ajak abang datang sini.

Aku suka keadaan di pasar Siti Khadijah ni. Rata2 peniaganya wanita baik yang anak dara atau yang dah berkeluarga. Ramah melayan pelanggan. Barang kemas mereka boleh juga menjulingkan mata eheh. Tawar menawar tu perkara biasa tapi kalau yang boleh kecek kelate tuh ada kelebihan ler. Biasalah, mereka tahu kita ni pelawat dan pelawat mesti bawa banyak duit untuk berbelanja kan. Perkara yang sama di Langkawi pun.

Pada sapa2 yang tak pernah samapi kat pasar nih, kalau datang KB jangan lupa singgah ler. Betul2 tengah bandar, bersebelahan dengan Pasar Kubu. Ada 3 tingkat. Tingkat 1 barangan basah cam sayur, buah etc. Tingkat 2 barangan kering dan tingkat 3 syurga wanita ler eheh.. baju, tudung kain, etc.

Aku spent dalam sejam jer dalam tuh. Sesuatu yang menarik, depan pasar tu ada kawasan lapang, depan dataran KB tuh... Masa aku lalau nak ke pasar dalam pukul 5 petang, tempat tuh lapang jer, aku lalu semula lepas sejam, kawasan tuh dah penuh dengan gerai makan, bukan baru nak mula niaga tau.. dah ramai pelanggan makan pun. Memang efficient. Makanan cam nasi campur, nasi kerabu etc tak dihidang dalam pinggan tapi dibungkus. Bukan untuk ditapau bawa balik, pelanggan masih makan disitu. Baguskan.... tak payah penat2 cuci pinggan mangkuk.

Bila waktu maghrib tiba.. yang ni lagi aku respect. Kawasan tu lengang. Semua berduyun pergi sembahyang. Peniaga boleh jer tinggalkan barangan jualan mereka tanpa rasa risau. Satu ciri yang aku rasa cuma ada di Kelantan jer. Citer kat pak mertua aku, senyum jer dia.

Workwise, kursus train the trainers yang aku ikuti tuh cam dulu jugakler, cuma ada sedikit pengubahsuaian silibus.


Rencam

+ Aku habiskan hujung minggu dengan berehat di rumah. Sempat menghadiri majlis sambut menantu Ame dan Izzat di Kuantan nih. Cantik ler warna baju pengantin....

+ Emak call semalam, pakcik aku meninggal dunia, sakit batu karang. Al-Fatihah. Aku tak dapat balik. Cuma sempat call makcik aku ucap takziah.

+ Ita, adik aku pulak call dari JB. Dah lama dia batuk.. itu aku tau. Pergi klinik dan doktor suspek batuk kering (TB). Ya Allah, terkejut aku. Aku call abang aku dan suruh dia ke JB bawak Ita balik. Kalau positif, biar dia dirawat di hospital yang dekat dengan rumah. Kalau negatif, biar dia rehat di rumah. Aku akan usahakan juga dia dapat MC seminggu dua. Kesian adik aku.

+ Semalam ada lawatan kualiti dari UTM datang. Seperti biasalah, semua pengajar kena menyerah diri, membawa fail subjek untuk dipersembahkan kepada deligasi tuh. Ok jer. Sempat beri demo perlaksanaan sistem maklumat pelajar, sistem pemarkahan, sistem kehadiran, sistem pendaftaran subjek etc.

+ Sukan Remaja Pahang 2003 dah bermula. Sukan untuk cungkil bakat ke SUKMA di N 9 thn depan. Aku urusetia teknikal lumba basikal. Macam biasa kerja aku untuk sediakan communique (borang2, maklumat2, keputusan2) perlumbaan. Sebelah petang dan malam jer kerja aku. Malam tadi dah bersengkang mata menyediakan senarai mula, pelumba, borang keputusan etc untuk acara ujian masa untuk hari nih. Abang ketua komisar kali nih. CAY aku jadi kereta KOM 1 sebab ada sun roof. Takler ketua komisar kena bertenggek kat tingkap keter untuk pantau perjalanan perlumbaan.

Banyak giler aku tulis ek...



No comments: