Tuesday, May 30, 2006

I'm Back

I was in PD for a course, thus the silence. Nothing much to story, just a course. Full Stop. BUT since it was a co-joint program with Australia High Commission in KL, we didn't have classes at night (omputeh mmg tak suka kelas malam). So there we were, a bunch of gomen officers taking
every chance there was to enjoy ourselves. For a start, we watched Da Vincci Code in Seremban. From PD to Seremban just to watch a movie!, then a stroll on the not so beautiful beach (no offense yeah, it's just my opinion). Day in day out... 4 days were gone. We were scheduled to check out on Friday but why wait till Friday! I checked out on Thursday.


4th Wedding Anniversary

Alhamdullillah. Allah has bestowed his blessing upon us, hubby and me. How time flies..... it has been 4 years since we tied the knot, it's a long journey ahead of us... no doubt.. it won't be a bed of roses but we'll storm it anyway. Ya Allah, peliharalah mawadddah dan rahmah dalam rumah tangga kami, jauhkanlah fitnah dan hasad dengki daripada keluarga kami, kurniakanlah anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyambung kebahgiaan rumah tangga kami.. Amin....

Thank you dear friends for all wishes via e-mail, sms, call, card etc. We appreciate all thoughts and doa' from you guys..

Well...back to the story. Remember.. I checked out on Thursday. It was 25th May, I wanted to celebrate the day I became a wife. I was with a friend from PD to Klang. He dropped me at Jusco Bukit Raja as abang was already there. Planned to watch a movie, well... we watched X-Men.. can do lah the movie. For a person who collects the comic and been following the sequel.. kureng kick lah... but I still drools over Logan (Wolverine) hahahaha..

We went window shopping after the movie. I was head over heels on a Timberland's sandals I tried on. A bit pricey.... nope... too pricey. So that was it. We decided to head home, rindu kat our teruna some more.

Abang handed me the parking ticket, saying he wanted to go to the toilet. I paid and waited for him. What I saw, made me want to hug him there on! He walked towards me with a Timberland paper bag! He bought me the sandals as a wedding anniversary gift. It's just a pair of sandals but the way he presented it..... the element of suprise...I likeeeee. Thank You sooo much abang. The day after, he admitted... "abang sebenarnya tak tau nak belikan apa kat ayang, dah nampak ayang minat ngan sandal tu, abang belikanlah"

And me to him, I gave him... me.... hahahahaha. I bought him an Oakley, cost me a fortune.. phew!!! but for the loved one, price does not matter. At least he'll remember me when he goes cycling.

So our celebration this year is simple... a movie and a gift... which one do I prefer? I certainly prefer his LOVE and AFFECTION.


Move on Angah!

This week will see me running around finishing tasks delayed. Need to finish everything up before Friday since I'll be taking days off next week. A whole week to spent with my other half and our teruna. Half of it in Kelantan and another half in Kuantan. RM will spill over my pocket
like nobody business but the look on our faces is priceless. I'll be spending a lot.. I mean A LOT in Kelantan. Not for me lah... for my sister's wedding. Door gifts, materials for bunga telur, decorative items for hantaran.... don't let me start! Abang said he'll rent a lorry!

Did I say I'll be running around this week... I better start running now!

Friday, May 19, 2006

Masih disini

I'm still here, in the office, on duty, until 12.00 midnight. And I'm still gonna be here, tomorrow, until 6.00 p.m. I'll be in Port Dickson from Sunday until Friday, and back to work on Monday. Boy! I can die standing! but who am I to whine... this is the path I've chosen...*sigh* I MISS BOTH MY BABIES!!!

BUT.. I'll be on leave from 3rd to 10th June. Going back to Kelantan for an uncle's wedding. Because I pity my son, since it'll take hours of journey, thus I'll be on 10.30am flight. There goes my ringgit. Takperlah...sekali sekala..

I have plan ehehe.. I'll make sure to give a tour to Rantau Panjang, Pasar Siti Khadijah and Wakaf Che Yeh. Need to buy my goat's milk soap. So cheap you know.... Hopefully I'll get a chance to meet kasutvincci.

What else to blog? nothing! Oh there's one... I'll be celebrating my 4th wedding anniversary in Port Dickson ALONE...well, the celebration has to wait another day.

Happy wedding anniversary to spyz and engku... wei!!! bila nak pi triple date nih?

have a good weekend everyone..

Wednesday, May 17, 2006

Commissaire's wife

Beberapa gambar bersama suami terchenta masa International Mountain Bike Challenge 2006
Buat lap scoring, saja belajar dari Abang sebab aku cadang nak amik jugak kursus ngan test commissaire nih. Kat Australia tuh.. sapa nak sponsor angkat tangan !

Acara belum bermula, dok lepak2 jer lah sambil makan jeruk jabit (anggur). Budak 2 orang kat depan tuh team Le Squadra Le Tua, Nua ngan Keros



Buat announcement masa nak mula acara, dok panggil pelumba yang belum sign on sheet


Pandangan daripada balconi bilik member abang. Aku dok kat chalet yang nampak bumbung tuh

Tuesday, May 16, 2006

best ke?

Ingat best sangat ke jadi ptd ni?

Satu jer jawapan aku.... PENAT! PENAT OTAK! PENAT EMOSI!

Meh lah buat kerja yang kami buat seminggu.. lepas tu nilai semula.

I rest my case.


Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar aku, yang menjadikan aku seorang ORANG.
Untuk guru yang paling best dalam dunia Puan Hapbasah binti Pardi dan Encik Muhammad Mifdzal Arief bin Mazlan kerana mengajar aku dengan cara mereka sendiri. Mereka mengajar tanpa kelas, tanpa papan putih, tanpa buku latihan. Mereka mengajar aku dengan kasih sayang tanpa syarat. Terima kasih emak... terima kasih anak ibu...Both of you are my greatest teachers...
Untuk guru-guru sekolah rendah, menengah dan zaman U aku. terima kasih atas ilmu yang dikongsi.
Untuk guru-guru itu.... selamat melayari bahtera rumah tangga. Saya doakan dapat cahaya mata. I forgive both of you but I shall never forget your doings towards my family and me. Case Closed.

Aku suka kata-kata ini :

Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared,is doubled.

If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy.

"Today is a gift, that's why it is called the present."

Monday, May 15, 2006

Kesian Anak Ibu

Minggu lepas aku kerja 2 hari je. hari selasa tu terasa2 nak balik rumah. Tak taulah kenapa. Dok teringat2 kat teruna aku. Jadinya balik kerja tanpa singgah rumah sewa aku terus balik Klang. Sampai kat rumah aku pelik jugak kenapa teruna aku takde depa pintu macam biasa bila dengar bunyi kereta masuk. Aku masuk rumah tengok teruna aku dalam buaian. Bibir dia bengkak, masih tersedu-sedan. Aku tanya emak...

Teruna aku jatuh masa dok belari2, jatuh tersembam, gigi atas dia terbenam kat bibir, luka besar, menitis air mata aku tengok keadaan dia masa tu. Emak kata doktor dah check, dah dress the wound. Alhamdulillah. Patutlah aku terasa2 nak balik. Inilah naluri ibu agaknya, we can sense if something bad befalls our child(ren).

Teruna aku terdengar suara aku agaknya.. "ibu...ibu.." serak lemah suara dia daripada dalam buaian. Aku ambil dia dan dukung/pangku/peluk/cium/ dia sepanjang malam. Teruna aku dok mengadu "ulot abang akit... ibu.." Kesian anak ibu. Mujur cuma bibir luar, kalau sebelah dalam lagi lambat nak sembuh, lagi sakit dia.

Rabu dan Khamis aku cuti. Alhamdulillah aku ada 5 hari untuk dia. Aku call abang bagitau keadaan teruna kami. Abang tengah bersedia untuk rally berbasikal jadi aku yakinkan dia, teruna kami in good hands.

Teruna aku minum guna syringe. Makan bubur guna syringe. 2 hari jugaklah. Aku beli syringe besar. Kesian dia sebab appetite ada tapi dia takut nak buka mulut. Tengok orang makan biskut, buah, mee, dia nak tapi tak boleh makan. Sakit mulut katanya. Bila tak dapat dia menangislah. Aku pun ikut sama hujan...

Pantang hilang kelibat aku mesti menangis. Hatta aku nak berak, nak mandi, nak solat pun aku mintak izin dia. Buleh? Hari Jumaat, aku tengah solat Zuhur, dia start nangis carik ibu, last2 aku batalkan solat sebab emak pun tak boleh pujuk dah. Aku nak elak dia menangis banyak sebab bibir dia sakit. takut berdarah semula.

5 hari teruna aku dok melekat cam beruang koala. Nak berdukung, tidur cam biasalah sure jadi bantal peluk.

Alhamdulillah by Saturday dah boleh guna sudu untuk makan. Minum dah guna straw. Bengkak pun dah surut. Tinggal tunggu baik betul je. Punya susah nak yakinkan dia makan guna sudu tak sakit, minum guna straw tak sakit. Satu tahap aku paksa dia. Bila dah terbukti tak sakit baru nak.

Hari ni pun aku berbelah bagi nak ke pejabat. Aku gagahkan hati jugaklah. Emak aku ada. Hari ni aku kerja sampai 12 tgh malam. Malam ni tidur Putrajaya. Esok sampai Jumaat aku akan berulang dari Klang. Biar duit habis, janji aku dapat jaga anak aku walau sebelah malam. Aku nak anak aku tau, ibunya sentiasa ada....

Plan ke Ulu Yam ngan geng blogger tak dapat aku realisasikan sebab kena hadiri kursus seminggu kat Port Dickson. Aku dah sampai tahap boring pi kursus. Nak buat camne, bukan aku ada pilihan pun....

Tuesday, May 09, 2006

Sejak minggu lepas aku cuba publish entry tapi tak boleh. Tengok blogger lain on jer. Opis aku block blogger.com ke? musykil sungguhlah.. banyak kali jugak nak letak gambar di Kenyir tu but to no avail. Nak je rasanya guna host lain eeiiii..

Cerita seminggu yang takde apa yang menarik. Semua rutin. Sabtu lepas ke Kampung Kundang, Banting meraikan pernikahan kawan. Aku buatkan sirih junjung untuk dia. Hari Ahad cuma bermalas-malasan dengan teruna aku.

Hujung minggu ni pun takde menda sangat. Ingat nak balik Kuantan tapi abang terlibat ngan Rally Berbasikal sempena Hari Belia Negara 2006 peringkat negeri Pahang. Tahun ni acara bawak baton amanat dari 3 zon di Malaysia (Timur, Utara, Selatan) untuk diserahkan pada bakal angkawasan Malaysia sebelum mereka bertolak ke Rusia. Kensel plan aku.. eeiiii
Aku tengok jugak masa abang buat line up pembawa baton kat semua check point daripada Cherating ke Gombak. Pembawa baton semuanya pelumba basikal Pahang dan adalah belia setempat yang mengiringi. Tak buat camtu kang tak larat pulak belia-belia tu nak berkayuh berpuluh kilometer ke check point seterusnya. Siap sediakan lori untuk angkut mereka yang dah tak larat eheh. Acara berakhir kat Bukit Jalil.

Start minggu ni aku kena bertugas di bilik gerakan sampai 12.00 tengah malam. Mujur kena 3 kali jer sepanjang 2 minggu ni. Apa... cuti? Takde nye cuti... kerja macam biasa ler keesokannya tu. Aku kan menurut perintah....eeiiii. Kengkawan sekelian, kalau masa gathering kat Ulu Yam nanti aku cam bengong sket... maafkanlah aku... sesungguhnya aku mungkin tak cukup tido sebab malam sebelum tu syif aku huhuhu...
Lama aku tak masuk gym... dekat sebulan jugaklah sebab dok pergi outstesen. Semalam aku gagahkan minda untuk pergi. Dapatlah sejam. balik rumah satu badan sakit... lama sangat tak exercise. Rasa berat dah badan ni. Makan pulak lajuuuuu jer. Kalau terus camni memang tambun ler aku. target aku nak dapatkan 55 kilo ntah bila nak tercapai. Berat aku 59kg-60kg sejak bulan Januari. Nampaknya kena tukar rejim senaman plak lah. Badan dan mangli dengan rejim senaman sekarang. Walau tak turun at least berat maintain ler dah 4 bulan ni (pujuk hati nih eheheh)

Ada member cadangkan makan S*n**yu *ing**. Aku tak berani sebab tengok testimonial pengguna tu cam tak logik jer. 2 bulan turun 10 kilo? Ada jugak member lain cakap beberapa pengguna kena diagnos buah pinggang tak berfungsi dengan baik sebab kurang liquid dalam badan. Aku tak nak ambik risiko. Biarlah aku buat camni... jaga pengambilan kalori dari sumber2 bukan lemak dan bersenam. Kalau aku tak kurus sangat pun badan aku fit, stamina aku ok.

Lusa hari lahir emak yang ke 55. Apa aku nak bagi?

Wednesday, May 03, 2006

review..kenyir

Hujung minggu yang boleh dikatakan bestlah..

Sepatutnya aku naik bas ke Kuala Terengganu dan abang akan amik. Tapi kenapa aku bengong tak ingat yang Isnin tu cuti, makanya tiket bas semua habis. Mujur ada member kat MINDEF nak balik Kuantan. Maka aku tumpang dia. Kebetulan ada member abang akan ke Kenyir hari Sabtu. Maka aku tumpang dia. Sampai Pengkalan Gawi dalam pukul 12.30 tengahari, Sabtu 29/4. Abang tunggu dah. Check in dan terus ke Starting line acara down hill untuk seeding. Final run hari Ahad.

Bilik penginapan aku kat Kenyir Lake View Resort. Rate masa event ni RM 120 semalam. Chalet yang aku duduk tu balkoninya atas tasik. kalau bawak teruna aku memang tak boleh lepa lah.. mau dia terjun dalam tasik tu. Teruna aku kan 'hantu air'. Abang pun memancing dari balkoni jer, casting style. Tak dapat ikan pun hahahaha

Lake View Resrt ni ok, cumanya nak keluar masuk bilik tu leceh sebab kereta kena tinggal kat parking dan buggy akan hantar pergi dan balik. Lambat jugak menunggu sebab ramai guestkan.. aku berjalan jer lah. Jauh jugak nak sampai ke parking tuh..

Makan kat Pengkalan Gawi. Gerai2 kecik je. Memang ada disediakan makanan kat cafe tapi abang kata nak join bebudak basikal Pahang ngan Le Tua. Aku ok jer. Harga boleh tahan ler.

Memula aku kata nak menyibuk aja kan.. end up aku jadi technical MC. Kerja yang biasa jugak aku buat dalam memana race yang aku join. Kerja aku buat announcement yang panel commissaire arahkan dari semasa ke semasa sepanjang race. Biasanya panggil pelumba untuk sign on sheet, bike inspection etc, informasi pada marshal, apa jer lah berkaitan teknikal yang khalayak kena tau. MC biasanya ada 2, satu Race MC yang mengwar-warkan pasal race dan lagi satu technical MC yang kerja ngan commissaires untuk race technicalities (biasanya mereka yang tau selok belok undang2 berbasikal) Ok jugaklah, daripada aku terbangak-bangak sepanjang race menunggu abang habis kerja.

Sebelah malam tak de acara.. memanglah... jadi acara sendiri jer ehehehe

Ramai jugak star yang join race macam Nor Affandy Rosli, Shahruneeza Razali, Shahrom Abdullah, ada jugak beberapa pelumba Malaysia sekarang cam Nor Azian Alias, Ahmad Sayuti. Sepupu aku Mahazir Hamat pun datang jugak.. bawak team MSN. Aku tanya ngapa tak join cam fandy ngan eja.. dia kata "apa kelas main mountain bike".... HAMPEH ko wazir hahahaha

Balik ke Kuantan tumpang Pok Ya. Sampai dekat 2 pagi sebab ada accident kat Marang. 4 ke 5 buah kereta terlibat. Seriau aku tengok. eeiii..

Pelumba Pahang, Hafiz Rosli menang acara junior ngan terbuka lelaki. Abang dah jangka dia boleh menang. Yang paling manis sebab dia kalahkan pelumba Indonesia yang buat masa ni merupakan pelumba mountain bike terbaik Asia. Dapat cash RM 3500 ngan basikal 2 buah. Semalam sebelum aku balik Klang, sempat temankan abang bawak Hafiz pi shopping barang2 basikal kat Kuantan. Taulah bebudak dapat duit banyak... takut salah belanja. Aku cakap aku nak basikal yang dia menang tu...bulehke Hafiz?

Aku naik bas dari Kuantan pukul 3.30 petang. Sampai rumah pukul 9.30 malam tadi. Teruna aku dah tidur pun. Aku pun amik peluang ler.. penat seh..

Gambar2 nanti aku upload..