Minggu lepas aku kerja 2 hari je. hari selasa tu terasa2 nak balik rumah. Tak taulah kenapa. Dok teringat2 kat teruna aku. Jadinya balik kerja tanpa singgah rumah sewa aku terus balik Klang. Sampai kat rumah aku pelik jugak kenapa teruna aku takde depa pintu macam biasa bila dengar bunyi kereta masuk. Aku masuk rumah tengok teruna aku dalam buaian. Bibir dia bengkak, masih tersedu-sedan. Aku tanya emak...
Teruna aku jatuh masa dok belari2, jatuh tersembam, gigi atas dia terbenam kat bibir, luka besar, menitis air mata aku tengok keadaan dia masa tu. Emak kata doktor dah check, dah dress the wound. Alhamdulillah. Patutlah aku terasa2 nak balik. Inilah naluri ibu agaknya, we can sense if something bad befalls our child(ren).
Teruna aku terdengar suara aku agaknya.. "ibu...ibu.." serak lemah suara dia daripada dalam buaian. Aku ambil dia dan dukung/pangku/peluk/cium/ dia sepanjang malam. Teruna aku dok mengadu "ulot abang akit... ibu.." Kesian anak ibu. Mujur cuma bibir luar, kalau sebelah dalam lagi lambat nak sembuh, lagi sakit dia.
Rabu dan Khamis aku cuti. Alhamdulillah aku ada 5 hari untuk dia. Aku call abang bagitau keadaan teruna kami. Abang tengah bersedia untuk rally berbasikal jadi aku yakinkan dia, teruna kami in good hands.
Teruna aku minum guna syringe. Makan bubur guna syringe. 2 hari jugaklah. Aku beli syringe besar. Kesian dia sebab appetite ada tapi dia takut nak buka mulut. Tengok orang makan biskut, buah, mee, dia nak tapi tak boleh makan. Sakit mulut katanya. Bila tak dapat dia menangislah. Aku pun ikut sama hujan...
Pantang hilang kelibat aku mesti menangis. Hatta aku nak berak, nak mandi, nak solat pun aku mintak izin dia. Buleh? Hari Jumaat, aku tengah solat Zuhur, dia start nangis carik ibu, last2 aku batalkan solat sebab emak pun tak boleh pujuk dah. Aku nak elak dia menangis banyak sebab bibir dia sakit. takut berdarah semula.
5 hari teruna aku dok melekat cam beruang koala. Nak berdukung, tidur cam biasalah sure jadi bantal peluk.
Alhamdulillah by Saturday dah boleh guna sudu untuk makan. Minum dah guna straw. Bengkak pun dah surut. Tinggal tunggu baik betul je. Punya susah nak yakinkan dia makan guna sudu tak sakit, minum guna straw tak sakit. Satu tahap aku paksa dia. Bila dah terbukti tak sakit baru nak.
Hari ni pun aku berbelah bagi nak ke pejabat. Aku gagahkan hati jugaklah. Emak aku ada. Hari ni aku kerja sampai 12 tgh malam. Malam ni tidur Putrajaya. Esok sampai Jumaat aku akan berulang dari Klang. Biar duit habis, janji aku dapat jaga anak aku walau sebelah malam. Aku nak anak aku tau, ibunya sentiasa ada....
Plan ke Ulu Yam ngan geng blogger tak dapat aku realisasikan sebab kena hadiri kursus seminggu kat Port Dickson. Aku dah sampai tahap boring pi kursus. Nak buat camne, bukan aku ada pilihan pun....
No comments:
Post a Comment