Sejak minggu lepas aku cuba publish entry tapi tak boleh. Tengok blogger lain on jer. Opis aku block blogger.com ke? musykil sungguhlah.. banyak kali jugak nak letak gambar di Kenyir tu but to no avail. Nak je rasanya guna host lain eeiiii..
Cerita seminggu yang takde apa yang menarik. Semua rutin. Sabtu lepas ke Kampung Kundang, Banting meraikan pernikahan kawan. Aku buatkan sirih junjung untuk dia. Hari Ahad cuma bermalas-malasan dengan teruna aku.
Hujung minggu ni pun takde menda sangat. Ingat nak balik Kuantan tapi abang terlibat ngan Rally Berbasikal sempena Hari Belia Negara 2006 peringkat negeri Pahang. Tahun ni acara bawak baton amanat dari 3 zon di Malaysia (Timur, Utara, Selatan) untuk diserahkan pada bakal angkawasan Malaysia sebelum mereka bertolak ke Rusia. Kensel plan aku.. eeiiii
Aku tengok jugak masa abang buat line up pembawa baton kat semua check point daripada Cherating ke Gombak. Pembawa baton semuanya pelumba basikal Pahang dan adalah belia setempat yang mengiringi. Tak buat camtu kang tak larat pulak belia-belia tu nak berkayuh berpuluh kilometer ke check point seterusnya. Siap sediakan lori untuk angkut mereka yang dah tak larat eheh. Acara berakhir kat Bukit Jalil.
Start minggu ni aku kena bertugas di bilik gerakan sampai 12.00 tengah malam. Mujur kena 3 kali jer sepanjang 2 minggu ni. Apa... cuti? Takde nye cuti... kerja macam biasa ler keesokannya tu. Aku kan menurut perintah....eeiiii. Kengkawan sekelian, kalau masa gathering kat Ulu Yam nanti aku cam bengong sket... maafkanlah aku... sesungguhnya aku mungkin tak cukup tido sebab malam sebelum tu syif aku huhuhu...
Lama aku tak masuk gym... dekat sebulan jugaklah sebab dok pergi outstesen. Semalam aku gagahkan minda untuk pergi. Dapatlah sejam. balik rumah satu badan sakit... lama sangat tak exercise. Rasa berat dah badan ni. Makan pulak lajuuuuu jer. Kalau terus camni memang tambun ler aku. target aku nak dapatkan 55 kilo ntah bila nak tercapai. Berat aku 59kg-60kg sejak bulan Januari. Nampaknya kena tukar rejim senaman plak lah. Badan dan mangli dengan rejim senaman sekarang. Walau tak turun at least berat maintain ler dah 4 bulan ni (pujuk hati nih eheheh)
Ada member cadangkan makan S*n**yu *ing**. Aku tak berani sebab tengok testimonial pengguna tu cam tak logik jer. 2 bulan turun 10 kilo? Ada jugak member lain cakap beberapa pengguna kena diagnos buah pinggang tak berfungsi dengan baik sebab kurang liquid dalam badan. Aku tak nak ambik risiko. Biarlah aku buat camni... jaga pengambilan kalori dari sumber2 bukan lemak dan bersenam. Kalau aku tak kurus sangat pun badan aku fit, stamina aku ok.
Lusa hari lahir emak yang ke 55. Apa aku nak bagi?
No comments:
Post a Comment