Wednesday, May 03, 2006

review..kenyir

Hujung minggu yang boleh dikatakan bestlah..

Sepatutnya aku naik bas ke Kuala Terengganu dan abang akan amik. Tapi kenapa aku bengong tak ingat yang Isnin tu cuti, makanya tiket bas semua habis. Mujur ada member kat MINDEF nak balik Kuantan. Maka aku tumpang dia. Kebetulan ada member abang akan ke Kenyir hari Sabtu. Maka aku tumpang dia. Sampai Pengkalan Gawi dalam pukul 12.30 tengahari, Sabtu 29/4. Abang tunggu dah. Check in dan terus ke Starting line acara down hill untuk seeding. Final run hari Ahad.

Bilik penginapan aku kat Kenyir Lake View Resort. Rate masa event ni RM 120 semalam. Chalet yang aku duduk tu balkoninya atas tasik. kalau bawak teruna aku memang tak boleh lepa lah.. mau dia terjun dalam tasik tu. Teruna aku kan 'hantu air'. Abang pun memancing dari balkoni jer, casting style. Tak dapat ikan pun hahahaha

Lake View Resrt ni ok, cumanya nak keluar masuk bilik tu leceh sebab kereta kena tinggal kat parking dan buggy akan hantar pergi dan balik. Lambat jugak menunggu sebab ramai guestkan.. aku berjalan jer lah. Jauh jugak nak sampai ke parking tuh..

Makan kat Pengkalan Gawi. Gerai2 kecik je. Memang ada disediakan makanan kat cafe tapi abang kata nak join bebudak basikal Pahang ngan Le Tua. Aku ok jer. Harga boleh tahan ler.

Memula aku kata nak menyibuk aja kan.. end up aku jadi technical MC. Kerja yang biasa jugak aku buat dalam memana race yang aku join. Kerja aku buat announcement yang panel commissaire arahkan dari semasa ke semasa sepanjang race. Biasanya panggil pelumba untuk sign on sheet, bike inspection etc, informasi pada marshal, apa jer lah berkaitan teknikal yang khalayak kena tau. MC biasanya ada 2, satu Race MC yang mengwar-warkan pasal race dan lagi satu technical MC yang kerja ngan commissaires untuk race technicalities (biasanya mereka yang tau selok belok undang2 berbasikal) Ok jugaklah, daripada aku terbangak-bangak sepanjang race menunggu abang habis kerja.

Sebelah malam tak de acara.. memanglah... jadi acara sendiri jer ehehehe

Ramai jugak star yang join race macam Nor Affandy Rosli, Shahruneeza Razali, Shahrom Abdullah, ada jugak beberapa pelumba Malaysia sekarang cam Nor Azian Alias, Ahmad Sayuti. Sepupu aku Mahazir Hamat pun datang jugak.. bawak team MSN. Aku tanya ngapa tak join cam fandy ngan eja.. dia kata "apa kelas main mountain bike".... HAMPEH ko wazir hahahaha

Balik ke Kuantan tumpang Pok Ya. Sampai dekat 2 pagi sebab ada accident kat Marang. 4 ke 5 buah kereta terlibat. Seriau aku tengok. eeiii..

Pelumba Pahang, Hafiz Rosli menang acara junior ngan terbuka lelaki. Abang dah jangka dia boleh menang. Yang paling manis sebab dia kalahkan pelumba Indonesia yang buat masa ni merupakan pelumba mountain bike terbaik Asia. Dapat cash RM 3500 ngan basikal 2 buah. Semalam sebelum aku balik Klang, sempat temankan abang bawak Hafiz pi shopping barang2 basikal kat Kuantan. Taulah bebudak dapat duit banyak... takut salah belanja. Aku cakap aku nak basikal yang dia menang tu...bulehke Hafiz?

Aku naik bas dari Kuantan pukul 3.30 petang. Sampai rumah pukul 9.30 malam tadi. Teruna aku dah tidur pun. Aku pun amik peluang ler.. penat seh..

Gambar2 nanti aku upload..

No comments: