anak aku makan laksa tanpa kuah "edash laa ibu"
Setuju atau tidak kalau aku katakan :
1. Ibu lebih prihatin dengan kesihatan anak, ada natural instinct yang bisikkan, sesuatu perlu dilakukan untuk kesihatan anak. Ayah biasanya akan kata "ala demam biasa saja tu, kan dah pergi klinik" Akhir cerita..... ayah terpaksa angguk-angguk setuju dengan ibu.
2. Ayah kata kalau ibu nak minta tolong cakap saja. Tapi bila ibu minta tolong ayah kata itu semua kerja ibu, kerja isteri. (Ibu pun kerja office.. tau penat juga, kan rumahtangga tu perkongsian susah senang)
3. Ayah perdana menteri tetapi ibu menteri kewangan, menteri di jabatan perdana menteri, menteri kerjaraya, menteri sumber manusia, menteri luar, menteri dalam negeri......menteri itu menteri ini (aduhhh banyaknya jawatan)
4. Ibu buatkan ayah secawan kopi sebab tanggungjawab, sebab nak kejar title isteri solehah. Pernah tak ayah ambilkan ibu segelas air kosong untuk penghilang dahaga lepas penat balik kerja, memasak, melayan anak, melipat baju bla bla bla
5. Bila ayah sakit, ibu jagakan dia dan anak. Bila ibu sakit, ayah tetap pergi kerja. Anak pun ibu hantar dan ambil dari taska, sebab ibu cuti.
6. "Ayang, tolong kejutkan abang pukul 2.30 pagi nanti, abang nak tengok bola, final match"
7. ........
8. ........
(sila tambah mengikut selera, akan diupdate dari semasa ke semasa)
Disclaimer : Cuma sebahagian contoh yang selalu kita (isteri dan ibu) dengar, lihat dan alami. Bukan semuanya begitu, cuma sebahagian sahaja. Yang baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan.
No comments:
Post a Comment