Basikal oh basikal, sudah ada carrier untukmu berdua...
Jumaat lepas, aku balik Kuantan sorang-sorang. Jam 6.00 petang dari Putrajaya. jam 10.00 malam sampai di Kuantan. Singgah di R&R Temerloh membasah tekak, mencuci muka dan solat. Teruna, aku tinggalkan kat Klang. Agaknya kalau tak jem di Jalan Duta ngan BUlatan Batu Caves, jam 9 lebih aku dah boleh sampai. Abang kata drive slow-slow. Aku mmg drive slow pun, maintain 110kph jer.
Ceria hujung minggu, penuh dengan acara menghabiskan masa berkualiti bersama suami. Kami ke Pekan, meninjau tapak Kejohanan Mountain Bike. Abang pengarah teknikal kejohanan. kami jalan-jalan carik makan, carik pasal eheh. Lama sungguh tak ke Teluk Chempedak, memang ramai manusia. Pelukis jalanan, badut pun ada. Aku beli aiskrim, makan2 sambil jalan2 tengok orang! bukan tengok pantai hahaha...
Satu benda aku belajar, kalau dah tau lamb chop kat satu kedai ni sedap, jangan ngada2 nak makan kat tempat lain. Kau cuma akan dapat lamb chop yang terlebih garing, dengan sos black pepper yang pedas tahap dewa bersama kentang goreng hangit dan sayur kobis cincang dengan RM10 yang kau bayar. Ya.. aku belajar daripada kemalasan abang untuk carik parking di kedai yang selalu kami pergi tu.
Fiat Marea aku bukan Fiat Marea yang dulu. Fiat Marea aku sekarang ada carrier cap Thule di bumbungnya dengan 3 (ya.... 3) pemegang basikal. Dengan rupa terbarunya ini aku telah berjaya menipiskan akaun bank. Adalah beberapa ribu huhuhu.. Teruna aku dah tak boleh menjulurkan badannya kat bukaan sun roof dah hahahaha... bagus jugak! Lepas ni senang aku laki bini nak bawak basikal, tak payah dah bukak2, cabut2, simpan2, pasang2 setiap kali nak travel.
Petang semalam aku drive balik Klang lepas zuhur. Abang tepon aku pada kadar kekerapan setengah jam sekali (tak percaya yang isterinya ni drive slow eheh) Sampai rumah, teruna aku dah terpacak depan pintu... "Ibu...ibu...ibu..." Alahai.. merdunya suara tu.... satu malam menepek kat ibu, melepas rindu agaknya.
No comments:
Post a Comment