Hari ni aku nak cerita pasal side income. Aku adala cita-cita nak berniaga tapi tak tau nak berniaga apa. Angan-angan kena ada. 9 daripada 10 rezeki tu kan berpunca daripada perniagaan kan. Kerja sekarang bukan la tak bagus, untuk selesa tu boleh tapi untuk kaya raya pakai kereta brabus tuh tak le eheh (kuat angan-angan aku).
Abang memang la berniaga sekarang ni. Dia banyak galakkan aku gunakan kebolehan aku ntuk generate income. Betul jugak cakap dia kan. Aku adalah kebolehan sket bab-bab buat hantaran, bunga telur, bunga manggar, sirih junjung, door gift, senang cakap kerja-kerja kreatif tangan ni la. Jadi aku pun ambil upah buat sikit-sikit kat rumah. Barang2 semer pelanggan beli di kedai yang aku tau murah. Aku cuma buat je. Modal tak de lagi.
Masa aku kawen dulu, bunga telur je aku buat 1500 batang, belum campur ngan door gift bagai. Murah dan ikut citarasa sendiri. Jangan tak percaya bunga untuk 1200 batang tu aku kait! Ntah berapa banyak gulung benang bulu aku pakai ntah. Aku tak ingat. Punya la nak kelainan. aku ingat lagik, minggu selepas aku kawen tu ada majlis Maulidur Rasul kat sekolah adik aku, memasing kena bawak bunga telur sorang sebatang. Majoriti budak bawak bunga telur aku tu hahahaha
Kengkadang balik Kelantan tu aku pergi Rantau Panjang atau Wakaf Che Yeh tengok design yang aku boleh tiru ehehe, beli la jugak material untuk buat kerja. Kan murah kat sana kan. Kalu sebungkus besar pot pouri (besar bantal) tak sampai RM 10 pun. Kat sini cuba tengok!
Buat masa sekarang ni aku banyak buat door gift masjlis kawen sedara mara ngan kengkawan ikut kehendak mereka. Kengkadang tu sengaja aku bagi hadiah kat sensapa aku kenal, bila diorang bagi kat tetamu sure nama aku naik kan, dapatlah aku panjangkan rantai perniagaan yang amat kecil ini.
Ni projek besar-besaran untuk majlis perkahwinan adik aku plak. Since dia dah lantik aku jadi wedding planner eheheh.. boleh la ku jadikan landasan untuk kenalkan kerja aku ni pada kengkawan dia dan kengkawan pada kengkawan dia dan sedara mara kengkawan pada kengkawan dia....Masa dia bertunang pun aku buatkan hantaran. Mudah dan simple. Letak dalam kotak, guna bunga segar sebagai hiasan. baju tunang dia pun aku jahitkan manik.
Angan-angan aku, bila dah cukup modal aku nak bukak kedai. Buat service benda2 camtu. Ada kawan aku ni pulak teror jahit menjahit langsir, tirai, baju semua. Boleh buat join venture kan. Baju-baju untuk aku pergi function pun banyak aku tempah kat dia. Itu angan-angan la, tapi start ngan angan-angan baru boleh jadi cita-cita kan. Boleh aku pakai brabus ahahahaha
Pendapatan aku? tak tentula, bergantung pada tempahan jugak. Tapi boleh la nak menampung keperluan aku kat sini. Especially keperluan yang banyaknya tak perlu pun ahahahaha. Yang pasti aku minat kerja-kerja tangan camtu. Aku enjoy buat. Orang kata kalau kita bukak perniagaan yang kita suka, senang nak berjaya. InsyaAllah.
Try upload gambar tak leh plak, nanti lah aku letak hasil kerja tangan aku.
No comments:
Post a Comment