Wednesday, August 27, 2008

Sawang...

Lama tak memblog. Aku pergi Kursus kat Intan. Kursus yang seronok. Banyak pengetahuan baru dan kenal ramai orang jugak.

Serius aku takde benda nak cerita.

Nanti ada cerita ku memblog balik la....




Tapi nak letak gambar jugak ehehe..

Ni masa Hari Keluarga opis aku 27 Julai arituh. Ni dah dalam 69kg rasanya. Target aku 65kg sampai raya nih. Kuatkan la azam aku nih haaaaa

UPDATE!!!

Atas permintaan nero, aku letak gambar yang aku jumpa kat dalam tepon ni ha. Masa berat aku 81kg tuh la. Takde gambar aku sensorang la.. bila dah boolat perasaan nak bergambar pun takde la kan..
Masa ni bulan 3, birthday budak baju kuning tu la. Aku yang boolat ket belakang tu. So bandingkanla sendiri kan. Very the boooolllaaaaatttt. Tengok peha sudah.

Friday, August 15, 2008

HERBALIFE

Berikutan entry pasal turun berat baru ni, ada yang bertanya aku pasal produk Herbalife yang aku ambil. Kalau tanya aku memang berkesan la tapi perlu disertakan dengan azam yang sangat la kuat. Sebab kalau ambil mana2 produk pun tapi tak ikut aturan dan belasah makan macam biasa pun tak jadi jugak kan..
Personally aku nak try Herbalife ni sebab ia selamat diambil oleh BF mom. Aku tak nak sebab nak kurus anak aku plak kena berenti menyusu badan. So bila aku dah puas hati dengan penjelasan yang diberikan aku pun cuba la. Antara penjelasan yang buat aku tertarik nak cuba
1. Bukan produk pelangsingan badan per say tapi supplement yang jugak boleh digunakan untuk tambah berat badan atau maintain berat badan bergantung pada aturan pengambilannya.
2. Kalori rendah tapi nutrition cukup untuk fungsi badan.
3. Selamat untuk ibu mengandung atau ibu menyusukan baby.
4. Tak menyekat pengambilan makanan biasa cuma kena kontrol mengambilan saja.
Adalah yang lain-lain tu. Aku pun tak tau sangat la. Kalo nak tau lebih lanjut kena tanya ngan distributor Herbalife ni. Sebab aku pun beli ngan member jer.
So aku pun cuba ambil ikut aturan yang dicadangkan. Aku tukar sarapan ngan makan malam dengan Herbalife. Makan tengahari macam biasa cuma aku kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak semua tuh. Aku minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Air kena banyak untuk buang toksin dalam badan. Dalam 2 -3 minggu awal tu memang rasa lapar in between meal time sebab perut baru nak adjust ngan jumlah makanan yang semakin kurang kan. Lepas tu biasa jer. Sekarang ni dah jadi rutin pun. Cuma kengkadang bila hubby ajak makan aku makan jugak cuma dalam kuantiti kecil. Kang kecik hati laki aku, seminggu sekali jumpa pun takmo makan ngan dia kan ekekekeke
Aku beri masa 1 bulan untuk try. Kalau aku rasa susu aku berkurangan memang aku akan berhenti ambil. Alhamdulillah production susu sangat bagus. Somehow aku rasa production semakin baik. Mungkin sebab nutrition yang aku ambil melalui produk ni mencukupi berbanding kalau aku makan macam biasa. Dan pulak minum banyak. Jadi aku teruskan sampai sekarang. Alhamdulillah sampai sekarang Adneen Humaira masih fully breastfed walaupun aku dalam rangka kerja berdiet. Dalam sebulan pertama tu berat aku turun 5 kilo masa aku timbang pada 2 Jun 2008. Kiranya 1 kilo seminggu la. Sangat teruja!
Aku pun bersenam jugak. Mana cukup jaga makan saja kan. So pepetang aku luang masa kejap la melompat sana sini. kebetulan plak ofis aku ada buat Sukan Jabatan. Jadi aku ambil peluang belasah main segala mak nenek games.
Harga dia boleh tahan la jugak. Satu set tu RM 370 kalau bukan ahli. Sebab aku beli ngan member, dan dia pun baik hati jadi aku dapat la murah sikit. Aku kan malas join2 jadi member ni.. tolong member bisnes la jugak kiranya.. Nampak mahal tapi pada aku berbaloi sebab dah nampak berkesan. Kalau tak hala duit ke situ pun habis jugak kat belanja makan kat opis kan.
Aku segan nak cerita lebih2 sebenarnya sebab aku masih dalam usaha turunkan lebih lagi. Dan kesan pada setiap orang tak sama juga.
Banyak blog yang dedicated pada produk ni sebenarnya antaranya ialah blog yoenna dan cikjah. Try la pegi blog mereka dan baca panduan dsb. Aku memang tak tau sangat. Tapi setakat nak tanya aku pasal pengalaman aku gunakan produk ni boleh la.
Selamat berhujung minggu...

Thursday, August 14, 2008

Sibuk katanya...

Lama tak berentry sebab aku pegi menginterbiu orang. Penat tapi berbaloi. Nasihat aku pada sesiapa yang rasa nak kerja gomen, be prepared.
Memandangkan minggu depan aku akan pergi berkursus makanya minggu ni sibuk gila vavi la mendelegate kerja untuk anak2 buah. Staff aku plak sorang bersalin, sorang dapat lantikan tetap, sorang nak kena bedah, jadi kena la delegate kerja bebetul among them yang tinggal biar tak terjejas kerja unit aku nih.
Lama tak berkursus nih rasa best la jugak. Selain dapat ilmu baru dapat jugak aku lepaskan beban kerja opis kat kepala ni kan... macam gateway jugak la. Dan cukup sudah 7 hari wajib berkursus untuk tahun ni. Boss.... saya nak cemerlang tahun ni bleh? saya nak sambung belajar....
BASIKAL BARU
Angah sekarang bukan angah yang dulu. Angah sekarang ada mountainbike baru cap Merida XC. Thanx abang... luv u very much! Dah lama nak kayuh sebenarnya, baru ni ada peluang. Malam semalam pi Suria KLCC beli padded short pant kat Oakley sebab ada penghabisan stok mountainbike stuff. Diskaun sampai 40% tuh. So sambar 2 untuk abang dan aku.
Abang pun dah setting trainer untuk aku kayuh tiap hari dalam sejam. Penat giler ngkauuuuuu kayuh atas trainer tuh...tapi sebab aku kena fit untuk ikut dia pegi masuk hutan, naik bukit maka aku kena ikut program training yang abang buat. So sekarang ni pukul 5 jek berdesup aku balik hehehe..
BERAT BARU
Baca blog nonie pasal berat badan. Actually aku dah mula balik usaha turunkan berat badan yang macam dipam2 lepas aku makan pil Norriday akhir tahun lepas yang menyebabkan aku membelon. Gila tak gila berat aku naik sampai 81kg ok!
So Akhir bulan 4 lepas aku dah pasang alat kontraseptif yang lain... aku mula usaha turunkan berat. Aku amik produk Herbalife. Elin yang kenalkan kat aku. aku tengok diri sendiri pun rasa macam nak nangis tau...
25 April 2008 = 81 kg
14 Ogos 2008 = 68 kg
Jumlah pengurangan = 13 kg
Bukan mudah sebab aku paksa diri aku bersenam dan jaga pemakanan jugak. Aim aku ialah 60 kg menjelang akhir tahun ni. Kalau dapat range 55-59 kg itu bonus untuk aku. wish me luck guys...harap akan tercapai sebab aku kan dah start kayuh.

Monday, August 04, 2008

Kids Free

Sabtu lepas aku ngan hubby were kids free. Mujur adik aku setuju jadi baby sitter sepetang. Dapatla aku suami isteri pegi merendek berdua-duaan. Cadangnya nak tengok Dark Knight, sekali sampai Jaya Jusco sudah full la plak. Lain kali la nampaknya...
So we decided to ronda2 jer la. Sale tengah hebat plak tu. Tapi sebab sesi merabakkan poket dah berlangsung minggu sebelumnya, window shopping saja la. Pelik pulak rasa tak bawak kanak2 ribena dua orang tuh.
Dalam pada window shopping tu sempat juga belikan mainan abang dan adik. Untuk abang ofcourse la Ultraman dan untuk adik mainan blok2 tuh la.
Aku ke tempat cadar2 sebab nampak sign 70% off untuk bedsheet n comforter Windsir. Aku kan pantang nampak set cadar ni semua. Masa belek2 tu salesgirl yang sangat peramah telah memberitahu aku "kak... akak pilih mana akak suka lepas tu akak bayar lepas pukul 8.00 nanti sebab malam ni Happy Hour sampai pukul 10. Dapat 30% off lagi lepas 70% ni." Aku pun sengih sampai telinga tepon adik aku cakap balik lewat sejam daripada yang dijanjikan..
So kesimpulannya...harga asal RM 470.00, lepas diskaun 70% dapat RM 141.00. Diskaun 30% lagi aku dapat set cadar Windsir (fitted sheet + comforter) queen size, 250 threadcount dengan cuma membayar RM 98.70 sahaja. Very good bargain kan...tanya la aku beli berapa muahahahaha
Oh sebelum tu sempat juga beli setokin sukan aku dan bangle abang dan juga miniature perfume Euphoria Blossom yang amatla sweet baunya.... I like....
Sepetang dapat berdua-duaan walaupun hanya di shopping complex cukup la buat aku ngan hubby spent some quality time together.....and I am happy...

Friday, August 01, 2008

Soklan Cepu Berlian

Malam semalam anak bujang aku mintak dailkan nombor ayahnya. Aku pun dailkan dan buat loud speaker. Dia pun terus menyoal ayahnya dengans atu soalan yang tak terjangkau minda kami ibu ayahnya
Arief : Ayah.. boleh tak kalau ibu menandung (mengandung) lagi?
Ayah : *ketawa bagai nak gila* kenapa pulak?
Arief : Abang nak beradik-beradik, nak boy, nak main dengan abang la
Ayah : Adneen kan ada..
Arief : Adneen girl laaa, tak boleh main ganas-ganas
Ayah : Ibu nak ke?
Arief : *tanya aku* Ibu nak menandung tak?
Aku : tunggu la adneen besar sket, bila dia dah pandai macam abang boleh la ibu mengandung
Arief : Ayah, ibu kata tunggu adneen besar macam abang
Ayah : ok
Arief : Abang nak 2 ya..
Kesian anak aku... sunyi takde kawan lelaki untuk memain ngan dia rupanya. Lepas tu abang tanya aku... "nak menandung ke yang?" aku jawab... "bawak-bawak bertenang la bang" muahahahaha

Shopping Raya

Tahun ni tema warna biru muda. Abang bagi duit dan aku membawa diri menyopping. Untuk abang dan anak bujang, kain polos saja beli kat Maya Silk Shah Alam. Aku suka kainnya yang ada texture.. beli 7 meter terus untuk 2 orang tu.
Untuk aku, kebetulan singgah menyinggah kat SACC Mall masa lunch, Pi la merewang dalam Gulatis dan nampak satu kain chiffon yang sangat menarik pada mata aku. Harga pun not bad lepas diskaun, dapat free lining lagi. Sambar terus la..
Untuk anak dara aku, kain kapas saja.. budak kecik mana selesa pakai baju kurung lama2 kan.. so belikan la buat syarat saja untuk sama kaler ngan mak, pak dan abang..
Aku sangat teruja tengok baju bebudak pompuan kat Parkson. Amat teruja nak membeli tapi tahan la nafsu sikit ekekekeke...sure comel anak dara aku dilaramkan nanti kan.. dia pun dah dapat kaki.

Commissaire

Semalam abang called. Nama aku naik untuk kursus Commissaire bulan 11 nanti, gunakan kuota negeri Pahang. Alhamdulillah. Kalau dari tahun 2000 aku ikut Kejohanan Lumba Basikal sebagai urusetia la, liason officer la, accomodation officer la, protocol la, memacam laaaa... kalau aku lulus kursus dan exam tu nanti, ada la peluang aku join kejohanan lepas ni sebagai commissaire macam abang.

Sure ada yang akan tanya commissaire tuh apakebendanya... wokeh.. bahasa mudahnya pengadil lumba basikal la.

So kursus 8 hari kat Melaka. Buleh ajak abang kot ek.. jadi cikgu tuition aku. Tapi hubby aku garang kalo mengajar. even ajar aku naik basikal pun garang jugak huhuhhu... atara sebab aku takmo belajar berenang ngan dia. Tapi sebab nak lulus kena la jugak tution dari sekarang. Kena download rules and regulation terkini dari UCI nih... HARUS LULUS!

Basic knowledge of all rules and regulations aku dah tahu sebab selalu sangat ikut abang pegi kejohanan dan menempek masa derang buat result semua. Banyak kena belajar hal2 teknikal especially trek ngan mountain bike, road aku dah boleh kot... benda2 macam lap scoring, communique yang aku kena tuition lebih...

Ada tak peluang jadi commissaire masa Jelajah Malaysia 2009 bulan Januari nanti? tunggu jer laaa

Bulan Outing

Bulan ni aku akan banyak keluar opis. Best jugak sekali sekala bertukar angin kan. Duduk terperuk mengadap kerja pun senak juga kepala. Lagi pulak dalam bulan 7 ni aku naik turun Balai Polis bagi statement dan bukti atas kes penipuan tanah. Tandatangan aku dipalsukan untuk transaksi tanah yang 7 angka harganya. Takper... aku anggap pengalaman la. Dengan masalah dalaman aku sendiri yang alhamdulillah aku dapat juga tangani.

Jadi minggu depan aku akan menemuduga orang selama 4 hari. Dekat jer kat Putrajaya. Janji keluar dari opis ehehehe...last aku jadi panel masa pregnant 7 bulan.. bulan 2 tahun lepas.

Lepas tu 19 - 21hb aku pergi Kursus Perundingan Berkesan kat Intan Kiara. Tahun ni baru 5 hari aku berkursus, at least kena ada 2 hari lagi. Tak cukup 7 hari setahun kang LNPT tak bagus plak.

Yang pasti aku nak lupakan hal kerja hakiki aku kejap.... in a way to keep my sanity in check.

Breastfeeding Week

1 sampai 7 Ogos 2008 ialah minggu penyusuan ibu sedunia. So happy breastfeeding and continue the effort sampai ke titisan terakhir....

Yang penting cuba sedaya upaya, 2 bulan ke 2 tahun ke itu rezeki anak masing masing. Asalkan sudah cuba sedaya upaya.