Thursday, August 14, 2008

Sibuk katanya...

Lama tak berentry sebab aku pegi menginterbiu orang. Penat tapi berbaloi. Nasihat aku pada sesiapa yang rasa nak kerja gomen, be prepared.
Memandangkan minggu depan aku akan pergi berkursus makanya minggu ni sibuk gila vavi la mendelegate kerja untuk anak2 buah. Staff aku plak sorang bersalin, sorang dapat lantikan tetap, sorang nak kena bedah, jadi kena la delegate kerja bebetul among them yang tinggal biar tak terjejas kerja unit aku nih.
Lama tak berkursus nih rasa best la jugak. Selain dapat ilmu baru dapat jugak aku lepaskan beban kerja opis kat kepala ni kan... macam gateway jugak la. Dan cukup sudah 7 hari wajib berkursus untuk tahun ni. Boss.... saya nak cemerlang tahun ni bleh? saya nak sambung belajar....
BASIKAL BARU
Angah sekarang bukan angah yang dulu. Angah sekarang ada mountainbike baru cap Merida XC. Thanx abang... luv u very much! Dah lama nak kayuh sebenarnya, baru ni ada peluang. Malam semalam pi Suria KLCC beli padded short pant kat Oakley sebab ada penghabisan stok mountainbike stuff. Diskaun sampai 40% tuh. So sambar 2 untuk abang dan aku.
Abang pun dah setting trainer untuk aku kayuh tiap hari dalam sejam. Penat giler ngkauuuuuu kayuh atas trainer tuh...tapi sebab aku kena fit untuk ikut dia pegi masuk hutan, naik bukit maka aku kena ikut program training yang abang buat. So sekarang ni pukul 5 jek berdesup aku balik hehehe..
BERAT BARU
Baca blog nonie pasal berat badan. Actually aku dah mula balik usaha turunkan berat badan yang macam dipam2 lepas aku makan pil Norriday akhir tahun lepas yang menyebabkan aku membelon. Gila tak gila berat aku naik sampai 81kg ok!
So Akhir bulan 4 lepas aku dah pasang alat kontraseptif yang lain... aku mula usaha turunkan berat. Aku amik produk Herbalife. Elin yang kenalkan kat aku. aku tengok diri sendiri pun rasa macam nak nangis tau...
25 April 2008 = 81 kg
14 Ogos 2008 = 68 kg
Jumlah pengurangan = 13 kg
Bukan mudah sebab aku paksa diri aku bersenam dan jaga pemakanan jugak. Aim aku ialah 60 kg menjelang akhir tahun ni. Kalau dapat range 55-59 kg itu bonus untuk aku. wish me luck guys...harap akan tercapai sebab aku kan dah start kayuh.

No comments: