Monday, August 04, 2008

Kids Free

Sabtu lepas aku ngan hubby were kids free. Mujur adik aku setuju jadi baby sitter sepetang. Dapatla aku suami isteri pegi merendek berdua-duaan. Cadangnya nak tengok Dark Knight, sekali sampai Jaya Jusco sudah full la plak. Lain kali la nampaknya...
So we decided to ronda2 jer la. Sale tengah hebat plak tu. Tapi sebab sesi merabakkan poket dah berlangsung minggu sebelumnya, window shopping saja la. Pelik pulak rasa tak bawak kanak2 ribena dua orang tuh.
Dalam pada window shopping tu sempat juga belikan mainan abang dan adik. Untuk abang ofcourse la Ultraman dan untuk adik mainan blok2 tuh la.
Aku ke tempat cadar2 sebab nampak sign 70% off untuk bedsheet n comforter Windsir. Aku kan pantang nampak set cadar ni semua. Masa belek2 tu salesgirl yang sangat peramah telah memberitahu aku "kak... akak pilih mana akak suka lepas tu akak bayar lepas pukul 8.00 nanti sebab malam ni Happy Hour sampai pukul 10. Dapat 30% off lagi lepas 70% ni." Aku pun sengih sampai telinga tepon adik aku cakap balik lewat sejam daripada yang dijanjikan..
So kesimpulannya...harga asal RM 470.00, lepas diskaun 70% dapat RM 141.00. Diskaun 30% lagi aku dapat set cadar Windsir (fitted sheet + comforter) queen size, 250 threadcount dengan cuma membayar RM 98.70 sahaja. Very good bargain kan...tanya la aku beli berapa muahahahaha
Oh sebelum tu sempat juga beli setokin sukan aku dan bangle abang dan juga miniature perfume Euphoria Blossom yang amatla sweet baunya.... I like....
Sepetang dapat berdua-duaan walaupun hanya di shopping complex cukup la buat aku ngan hubby spent some quality time together.....and I am happy...

No comments: