Friday, August 15, 2008

HERBALIFE

Berikutan entry pasal turun berat baru ni, ada yang bertanya aku pasal produk Herbalife yang aku ambil. Kalau tanya aku memang berkesan la tapi perlu disertakan dengan azam yang sangat la kuat. Sebab kalau ambil mana2 produk pun tapi tak ikut aturan dan belasah makan macam biasa pun tak jadi jugak kan..
Personally aku nak try Herbalife ni sebab ia selamat diambil oleh BF mom. Aku tak nak sebab nak kurus anak aku plak kena berenti menyusu badan. So bila aku dah puas hati dengan penjelasan yang diberikan aku pun cuba la. Antara penjelasan yang buat aku tertarik nak cuba
1. Bukan produk pelangsingan badan per say tapi supplement yang jugak boleh digunakan untuk tambah berat badan atau maintain berat badan bergantung pada aturan pengambilannya.
2. Kalori rendah tapi nutrition cukup untuk fungsi badan.
3. Selamat untuk ibu mengandung atau ibu menyusukan baby.
4. Tak menyekat pengambilan makanan biasa cuma kena kontrol mengambilan saja.
Adalah yang lain-lain tu. Aku pun tak tau sangat la. Kalo nak tau lebih lanjut kena tanya ngan distributor Herbalife ni. Sebab aku pun beli ngan member jer.
So aku pun cuba ambil ikut aturan yang dicadangkan. Aku tukar sarapan ngan makan malam dengan Herbalife. Makan tengahari macam biasa cuma aku kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak semua tuh. Aku minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Air kena banyak untuk buang toksin dalam badan. Dalam 2 -3 minggu awal tu memang rasa lapar in between meal time sebab perut baru nak adjust ngan jumlah makanan yang semakin kurang kan. Lepas tu biasa jer. Sekarang ni dah jadi rutin pun. Cuma kengkadang bila hubby ajak makan aku makan jugak cuma dalam kuantiti kecil. Kang kecik hati laki aku, seminggu sekali jumpa pun takmo makan ngan dia kan ekekekeke
Aku beri masa 1 bulan untuk try. Kalau aku rasa susu aku berkurangan memang aku akan berhenti ambil. Alhamdulillah production susu sangat bagus. Somehow aku rasa production semakin baik. Mungkin sebab nutrition yang aku ambil melalui produk ni mencukupi berbanding kalau aku makan macam biasa. Dan pulak minum banyak. Jadi aku teruskan sampai sekarang. Alhamdulillah sampai sekarang Adneen Humaira masih fully breastfed walaupun aku dalam rangka kerja berdiet. Dalam sebulan pertama tu berat aku turun 5 kilo masa aku timbang pada 2 Jun 2008. Kiranya 1 kilo seminggu la. Sangat teruja!
Aku pun bersenam jugak. Mana cukup jaga makan saja kan. So pepetang aku luang masa kejap la melompat sana sini. kebetulan plak ofis aku ada buat Sukan Jabatan. Jadi aku ambil peluang belasah main segala mak nenek games.
Harga dia boleh tahan la jugak. Satu set tu RM 370 kalau bukan ahli. Sebab aku beli ngan member, dan dia pun baik hati jadi aku dapat la murah sikit. Aku kan malas join2 jadi member ni.. tolong member bisnes la jugak kiranya.. Nampak mahal tapi pada aku berbaloi sebab dah nampak berkesan. Kalau tak hala duit ke situ pun habis jugak kat belanja makan kat opis kan.
Aku segan nak cerita lebih2 sebenarnya sebab aku masih dalam usaha turunkan lebih lagi. Dan kesan pada setiap orang tak sama juga.
Banyak blog yang dedicated pada produk ni sebenarnya antaranya ialah blog yoenna dan cikjah. Try la pegi blog mereka dan baca panduan dsb. Aku memang tak tau sangat. Tapi setakat nak tanya aku pasal pengalaman aku gunakan produk ni boleh la.
Selamat berhujung minggu...

No comments: