Tuesday, June 16, 2009

MARUAH

Panggilan apa yang layak untuk orang yang meletakkan maruah dirinya sebagai alas kaki? Mungkin perumpamaan yang salah sebab alas kaki pun ada tugas yang mulia iaitu membersihkan kaki yang kotor...

Lalu bila maruah itu sudah tidak penting sehingga perbuatan sumbang pun dengan megah dijaja tanpa rasa bersalah (kalaupun tidak rasa bersalah kepada orang lain, tak ke rasa bersalah pada Allah?) dimanakah letaknya maruah itu?

Lalu apakah panggilan yang layak buat orang ini?

Ketahuilah bahawa cinta dan nafsu itu maksudnya berbeza. Orang yang benar benar faham cinta akan menjaga maruah dirinya, menutup aibnya. Tapi yang tersalah faham nafsu sebagai cinta....itu bagaimana? Boleh kekal lamakah perhubungan yang bertunjangkan nafsu? Biasanya yang seronok-seronok ni tak kekal lama betul tak?

Kita bukan hidup untuk diri kita sahaja. Kita juga hidup untuk orang lain. Lalu apa kesannya dari perbuatan buruk kita pada orang lain?

Tapi berapa ramai daripada kita yang benar-benar berfikir menggunakan akal fikiran anugerah Allah sebelum berbuat sesuatu, ya tentang baik buruk perbuatan kita tu.

Berapa ramai daripada kita yang telah terbukti bersalah tapi masih berdolak dalih dengan helah menyelamatkan diri. Bukankah lebih baik akui kesalahan dan berazam untuk tak mengulanginya.

Mungkin mereka ni rasa otak adalah sekadar perhiasan...ntah..

8 comments:

Ummi said...

inilah manusia yang tidak boleh mengawal nafsu, sanggup membuat apa saja untuk puaskan nafsu mereka

tanpa berfikir baik atau buruknya, menyakiti hati orang lain, tidak fikirkan perasaan orang tersayang dan sebagainya

mereka adalah orang yang hanya sementara sahaja akan gembira, lama kelamaan nafsu itu akan memakan diri mereka sendiri

masa inilah baru mereka sedar, tapi rasanya sudah terlambat

jangan terlalu menyakiti hati orang kerana doa orang yang teraniaya akan di makbulkan oleh Allah

whatever it is, ummi harap angah sabar dan berserah kepada Allah :)

cik puan daun said...

dia adalah seorang yang sadis.. hmmm

Anonymous said...

aku tak paham komen komen koraneg semua ni. Ade gaduh ngan laki ke?. Gaduh ngan penjual basikal ke?. Gaduh ngan jiran ke?. Basikal pancit tengah jln ke?.

Tapi la, pada pendapat I la, kalau gaduh hal rumah tangga, biasala. Lebih lebih laki kalau bini pun cyclist. Laki jadi jeles, sbb bini join geng yg banyak org laki. Geng basikal lak, otak kuning gurau lucah lucah, tak hormat bini org. I dont know la, tapi semenjak I kene krisis, I kayuh ngan anak anak jek.

Angah said...

Ummi
Kalau mereka boleh ebrfikir tentu tak jadi kan..

Daun
Sadis.. I like that..

Anon
sedapnya cakap..jgn buat assumption melulu bila baca entry orang. And please berani la sikit letak nama :)

Luna said...

that's life angah..
kdg2 mmg kita bingung memikirkan kenapa wujud nya org2 mcm ni. apa x de hati dan perasaan ke?x de iman?x ingat balasan Allah?

hmm..apapun di sbalik tu kita bersyukur sbb Allah jdkan hati kita, tidak seburuk itu, maka, kejadian ni kita jd kan sempadan...dan buat kita lebih mengenali setiap satu sifat manusia.


apa yg org tu dh buat dan tgh buat, mmg dia x kan bahagia. sbb dia buat dgn niat yg x baik. so dia akan dpt blk apa yg dia dh buat.

Angah said...

Luna
thanx :).. kata2 awak menyejukkan hati...

oren said...

bagi aku, senang jek...

dia buat kat kita, sok2 dia akan dpt balik la balasan dia..kalo tak kat dia pun, pada keluarga terdekat, adik2 dia ka...

hukum alam begitukan...

tapi kalo tak dpt kat sini, nuh kat akhirat sana, mmg dh ada bahagiannya..

take care...

kingbinjai said...

bangsat mungkin