Tarik nafas.. entry yang agak panjang ni..
CERITA MASA SILAM
Khamis lepas balik Klang amik kanak2 ribena. Tak singgah kat mana2 pun sebab nak cepat sampai rumah.
Malam tahun baru yang syahdu sebab sampai je depan rumah anak2 aku meluru keluar jerit ibu! ibu!.. suara paling merdu abad ini, yang aku tunggu nak dengar sejak 10 hari sebelum tu. Huih.. pisah ngan suami 5 tahun pun aku tahan, pisah dengan anak 10 hari je dah menggelabah aku.
Kakak terus peluk aku, mintak dukung dan terus melekat macam beruang koala. "kakak rindu ibu, nape tak bawak kakak" manja sungguh baby girl aku tuh. Si abang kontrol macho haha.. tapi lepas kakak dah setel, dia pulak datang menepek. Hero aku yang manja.
Report 10 hari la lepas tu kan. Memacam cerita daripada binatang apa yang wonderpets selamatkan hari-hari sampai la menu makanan harian. Takpe, ibu suka dengar.
Jumaat tu cuma bantai mengemas baju dan barang2 lain untuk dibawa ke Kuantan. Perabot sikit2 tu abang aku akan bawak dengan lori bila rumah dah siap pasang gril dan sedia untuk diduduki. dalam 2 minggu lagi la..
Sabtu nak balik dah. Aku bertolak lepas Asar. Singgah kat Kedai basikal Cervelo Damansara Perdana dan terus shoot ke Kuantan. Sebak sungguh rasa masa bersalam dengan emak. Ya.. 5 tahun aku menumpang rumah emak, anak2 aku besar ditangan emak, sakit pening makan pakai aku anak beranak semua dibawah pengawasan emak. Memang aku emo sungguh. Lama aku peluk emak, minta maaf, minta halal makan minum aku anak beranak. Hish.. ni pun rasa nak meleleh air mata ni..azam aku nak balik jenguk emak 2 minggu sekali insyaallah.
Ahad ada Race Downhill kecik kat Teluk Chempedak. Aku pegi la kejap ngan abang buat result.
SEKOLAH ABANG KAKAK
Isnin pulak urusan persekolahan anak2. Yuran pendaftaran 2 anak untuk TABIKA dan TASKA lagi beberapa sen ngam RM 1000. Kalah sekolah rendah ngkauuuuu..takpe, yang terbaik untuk anak2 kan.
Abang akan hadiri TABIKA sebelah pagi, tengahari transit kat TASKA Kakak sebelum ke kelas Fardhu Ain sebelah petang. Bayaran sebulan untuk 3 benda ni RM220. Kakak plak duduk TASKA untuk 3 thn ke atas dengan bayaran RM180. RM400 sebulan untuk 2 orang pada aku murah la kan. Lebih murah dari belanja minyak ngan tol masa ulang alik Klang-Subang.
2 hari ni masa aku akan habis jenguk2 kakak dan abang especially masa transit tu. Nak pastikan well being anak2 kan..
Sempat poskan Medela Harmony pada Ana. Sori sayang.. lambat sbb public holiday. Medela PISA sepupu pinjam plak. Kalau tak boleh gak hantar. Apa sahaja untuk bantu sahabat breastfeeding. Rindunya la saat-saat menyusukan anak... hahaha dah ke lain dah ni..
TAHUN 2010
Aku takde azam yang khusus sebenarnya. Aku cuma berdoa agar Allah berikan yang terbaik untuk aku dan keluarga aku. Namun aku tetap set beberapa goal yang aku nak capai tahun ni. Aku nak tambah anak hihi..hmmm kalau aku tak misscariage hari tu, dah 8 bulan usia kandungan aku sekarang kan..but never lament the past because it already happened, and theres nothing I can do about it kan...usaha tangga kejayaan ye tak...
Yang lain-lain, ok.. aku nak join seberapa banyak program kayuhan sementara tak pregnant lagi ni kan..
Aku nak beli MPV, kalau kewangan mengizinkan.
Yang paling penting aku nak jadi angah yang lebih baik daripada Angah pada tahun 2009. Aku nak jadi isteri, ibu, menantu, kakak ipar yang lebih baik daripada sebelum ni. Aku dah tinggal kat sini kan, merekalah keluarga aku sekarang. Selama ni mereka support aku no matter what..most often than not, aku yang mereka bela berbanding abang hahaha.. bukan senang nak jadi menantu dan ipar yang disayangi tau..
Rahsianya? takde rahsia...bagaimana baik kita dengan keluarga sendiri, camtu la kita kena baik dengan keluarga mertua. InsyaAllah ok. Aku memang manja dengan mak mertua aku dan rapat ngan adik2 ipar aku. Aku doa agar hubungan baik ni sentiasa dalam rahmat Allah. Amin..
Banyak pulak azam aku ya hihi..
2 comments:
hepi dengar ko dpt balik ke kuantan to be with your small family :)
life aku skrg mmg kalut..sbb mira dh masuk skolah, darjah 1..ptg kalut pegi kafa plak..
this year mmg aku tak pegi la memana training luar dari penang..aku tak rasa mak aku larat nk jaga anak2 aku..lgpun mira skolah..kalo aku outstation, sapa nk hantar-amik dia kt skolah? bb pun masih xlusive bf..lepas 6 bulan nnti pun, aku berat hati nk tinggal anak2..so, skt tahun nih, rasanya mmg tak menariklah dari segi peningkatan professionalisme dlm kerjaya..asik nak terperap dlm opis saja..hihihi...
Alhamdulillah..
Sabar ye oren.. nanti2 ko akan fikir camne ko boleh survive buat semua benda ni dalam satu masa..
SKT profesional lantakkan la hahaha.. SKT sebagai ibu tetap tip top kan..
Post a Comment