Monday, January 18, 2010

WEEKEND CHEF

Hujung minggu yang sangat produktif I would say.

Sabtu bangun lewat (err tak produktif sungguh!)Siapkan anak2 lepastu keluar makan kat Restoran Zaman. Kat Kuantan ni restoran ni memang terkenal ngan nasi lemaknya. Sentiasa full house. Pada aku rasanya boleh la, tak la superb sangat.

Lepas tu pegi Kedai Basikal Rahim yang baru je dibuka. Aku sudah jatuh cinta pada crank KCNC double chainring itu.. harganya RM850. Waduh..mesti hensem basikal aku kalau dapat pakai kan.. nafsu sungguh.

Balik rumah dan buat donat. Kesian anak aku merengek nak donat dah 2 3 hari. Satu adunan je, separuh aku celup coklat separuh lagi buat yang biasa. Licin ngkauuuu.. puas hati rasa memasak.

Sebelah malam lepas masak sup utk makan malam aku lepak2 tengok Avatar sambil balut buku sekolah Arief. Anak aku ni merungut bosan sebab cikgu ajar benda dia dah belajar masa 5 tahun. Ye la member dah boleh membaca, sekali belajar susun suku kata mau dia tak boring haha..

Hari Ahad lagi la sibuk memasak. Sebelah pagi dimulakan dengan makaroni goreng. 4 bungkus sekali masak. Umatnya kan ramai.

Tengahari masak nasi kerabu plak. Adik ipar aku pun datang makan kat rumah. memang seronok. Buat daging bakar, rebus telur masin dan goreng keropok. Haaaa makan sampai sendat perut tu.

Untuk anak2 aku yang tak biasa makan nasi kerabu aku masakkan sup sayur dan goreng ayam saja.

Sebelah petang buat donat lagi. Yang semalamnya tu tak cukup haha. Kali ni donat konvensional je, yang semalam tu perasa strawberi. Pun licin jugak.

Malam cuma tanak nasi sebab segala menda nasi kerabu tu masih banyak.

Well.. aku enjoy memasak kat sini sebab ramai yang makan. Masa kat Klang dulu cuma aku ngan emak je, baik la beli seringgit kalau terasa nak makan kuih tu kan.

Entry pasal memasak dan makan saja ya..saja nak tunjuk aku pun terer masak jugak among other things haha

3 comments:

ibuVouge said...

ahahaah
lepas ni nak buat hse warming boleh masak seniri lah ye.

lagi sedap sekiranya memasak dengan kasih sayang.

tolong tempek recipe donut.. dengan picts sekali

bola2api said...

allo.. aku masih fail buat donut. sila beri tunjuk ajar

Angah said...

IV
memasak dengan kasih sayang.. i like that..ok lain entry angah letak resipi ngan gambar sekali

Aini
buleehhhhh