Semalam aku pergi meeting. Cet! macam tak pernah pergi meeting plak. Yang aku nak cerita aku travel pegi balik sejauh 320km untuk meeting kat Pejabat Daerah Bera. Mujur ada driver yang berdedikasi hahaha..aku ajak abang je sbb aku tak tau jalan dan pulak semua kereta jabatan pergi lain-lain daerah. Ini akan jadi sebahagian rutin kerja aku dalam negeri yang besar ni. Takpe.. SYMP katanya..
Meeting habis dekat2 zuhur. Aku kenalkan diri pada Pengerusi jawatankuasa, ADUN2 dan lain-lain ketua jabatan. Ye la aku kan orang baru. Pukul 2 lebih bertolak balik ke Kuantan. Rutin ni akan aku lalui benyak kali. Lenkali buat meeting kat Cameron Highland ya hehe..
Anak2 aku tinggalkan dengan Tokmi derang. Ponteng sekolah la semalam dua beradik tu. Aku keluar awal pagi, sekolah pun tak bukak lagi. Seronok sangat mak mertua aku bercerita pengalaman sehari dia jaga cucu. Kakak kan banyak cakap, lagi seronok la melayan. Alhamdulillah aku dapat mak mertua yang sangat la sporting. Sabtu ni kita buat nasi kerabu ya Ummi..nasi kerabu dia mmg to die for la I tell u..
KLINIK 1 MALAYSIA
Harapan aku agar servis yang diberikan untuk rakyat lebih efisien. Memang ratio pegawai perubatan dengan pesakit tu tinggi. Tapi itu bukan alasan untuk tidak beri yang terbaik pada rakyat kan.
Aku rasa banyak penambahbaikan yang boleh dibuat dari segi prosedur kerja untuk jimatkan masa menunggu terutamanya.
Kita sebagai penerima servis pun kena peka dengan hak kita. Jangan duduk diam saja. Contoh mudah aku sendiri la. Masa aku berurusan dengan hospital pasal anak aku patah tangan kan, dah tertulis kanak2 dan warga tua akan diberi keutamaan, aku tanya camne prosedurnya. Dia cakap nombor untuk warga emas dan kanak2 start ngan specific number. Aku tengok nombor yang aku dapat, bukan untuk kanak2 pun. So aku bagi balik kat kerani kaunter tu dan minta dia tukarkan sebab anak aku umurnya 5 tahun.
Rupa-rupanya dia refer pada nombor kad pengenalan pada rekod perubatan. Yang dicatatkan kat situ nombor KP aku. Mungkin dia tak perasan ada huruf M (mother) kat depan no KP yang tertulis. Aku tak salahkan dia sebab ramai sangat pesakit kan. Aku dapat tukar nombor giliran dan anak aku masuk jumpa doktor 15 minit lepas tu.
My point is, kita sendiri kena proaktif dalam keadaan-keadaan tertentu yang membolehkan. Jangan duduk dan tunggu saja sebab takde yang akan berubah. Kalau rasa ada salahnya dan boleh diperbetulkan, tegur dengan berhemah. Jangan la tengking2, jerit2 tak tentu pasal. Kita kan sama2 ada perasaan. Yang ditegur pula kena ambil teguran tu secara serius la. Jangan macam angin lalu je.
PROGRES RUMAH
Lepas asar petang semalam, pergi ukur langsir. Cadangnya beli railing kayu tu je, murah dan simple. Aku tak minat langsir berscallop berjurai2 ni. Sebab utama aku malas nak handle haha.. dasar pemalas! Tak la, sebab kos la. Lenkali ada duit lebih aku buat la, tak pun beli jer. Buat masa sekarang ni, asalkan tertutup segala tingkap dan sliding door tu dah kira ok lah.
Ada yang tanya nak buat konsep apa dalam rumah. Konsep aku senang je.. KONSEP IKUT BAJET. Asal ada barang asas untuk tinggal dalam rumah tu cukup la buat masa ni. Lain tahun ada rezeki boleh upgrade.
Yang best, jiran sebelah rumah dah moved in. Tak la aku rasa macam duduk dalam gua haha.. anak2 derang pun lebih kurang sebaya ngan anak2 aku jer. Boleh la datang umah aku petang2 main bola ke masin beskal ke. laman rumah aku kan luas (mati la propa..)
House warming? errr.. aku buat doa selamat sikit jer la.. bajet yilek.
6 comments:
aku plak, kiri kanan takde org duduk..selang 2-3 bijik umah baru ada jiran..mmg terkena betui..
langsir pun, smpai sekarang main sidai jek (reel tak pasang lagi..taruk dawai dan sidaikan sahaja langsir..tu pun pinjam langsir mak)..tgk rumah org, dh la gril cantik, langsir pun elok jek terletak..alahai...
mmg umah aku pun, konsep ikut bajet ciput jek..
takpe oren.. kalau ikut orang mati kita hahaha..
i miss u angah huhu
aini
i miss u too la dear.. nnt aku cuti balik KL aku singgah rumah ko ya..pinjam cervelo bleh?
Angah, ko jumpa mel tak? dia kan ke kat pejabat daerah bera?
Ayunie
Mel dah tukar ke Pej Daerah Temerloh la.. aku jumpa Fakhriah ngan Rushdi.. meeting sekali.
Post a Comment