Monday, January 11, 2010

PELIK BIN AJAIB

Mungkin aku sorang je yang rasa pelik bila tengok berita kenaikan harga minuman disebabkan harga gula naik. Tek Tarik sampai RM2 secawan. Soalan aku.. Teh Tarik guna gula ke? Setahu aku cuma guna susu pekat.

Kalau harga air yang guna gula naik pun memang tak patut la. Sekilo gula cuma naik 20sen, tapi segelas naik sampai 20sen. Kalau sekilo gula boleh buat 20 gelas dah untung RM4. Memang kurang ajar betul.

Yang lagi pelik, benda yang tak pakai gula pun naik harga apahal? Nasi lauk pauk semer naik harga. Kalau pakai gula pun ada la sesudu dua dalam masakan tu. Memang la cekik darah.

Aku rasa dah sampai masa kita sebagai pengguna gunakan kuasa kita. Cuba 3 hari kita boikot. Jangan menebeng kat restoran, sure harga turun. Setakat air secawan tu boleh buat je kat pantry ofis atau tahan la sikit buat kat rumah.


BERKELAH DI HUTAN LIPUR BERKELAH

Semalam aku ngan seluruh family mertua pergi piknik kat Hutan Lipur Berkelah. Dari pagi santak ke petang. Naik kecut la main air. Siap main bola tampar ngan bola baling haha..

Abang je takde sbb pegi recce trek kat Taman Negara untuk Ekspedisi Rentas Belentara Lepar-Taman Negara bulan 6 nanti.

We had so much fun! Lama tak berenang, bermandi manda. Dapat peluang camni memang kalah bebudak.

Petang semalam sampai rumah dalam pukul 6 petang. Masing2 dah lembik so masak nasi goreng je la bekal menonton AJL 24.


ANUGERAH JUARA LAGU 24..

Aku memang terer haha.. tekaan aku benar belaka cuma kedudukan je salah. Aku agak Yuna nombor 1, Aizat nombor 2, Faizal Tahir nombor 3. Keputusan yang baik la pada aku. Dah nampak trend memilih pemenang sejak bertahun yang lepas. Melodi lagu yang lain dari yang lain akan menang. So memang pemenang mlm tadi layak untuk menang.

Yang tak berapa tahu format pertandingan memang akan kata macam2. Pada aku senang, yang dipertandingkan tu lagu bukan nyanyian. So lagu yang melodinya segar ofcourse akan menang.


MONSOON RIDE MASUK PAPER

Aku sangat happy sebab Monsoon Ride yang Arineen Event Management anjurkan bulan lepas dapat liputan yang baik dalam paper.

1. Sinar Harian selama 3 hari (29 Disember, 31 Disember dan 1 Januari)
2. " Cabaran Tengkujuh di Hutan Pahang" Utusan Malaysia (Sabtu 9 Januari)
3. "Funride for Cycling Enthusiasts" The Star (Isnin 11 Januari)

Berbaloi rasa panggil press datang. Millage dan publisiti yang bagus untuk Arineen Event Management. Yang di interview tu sebenarnya aku tapi aku mintak reporter letak nama abang. Aku kan isteri cerdik dan solehah (mati la perasan)... jaga je la Lin ni elok2 bang hahaha

2 comments:

Pnut said...

angah oiii betul dan tepat la...
mmg kurang ajar peniaga malaysia ni..
bagi akak mmg melampau sangat, gula naik 20 sen, sekilo gula katakan depa boleh bancuh 20 gelas teh o..katakan dia naik seposen, jadi sekilor gula dia dah untung balik 2 rggt, mmg tongong la.benci betul org amek kesempatan...

oren said...

aku tak komplen pasai harga gula naik, sbb kat umah ada la dlm 4-5 peket gula (disedekahkan org masa masuk umah hari tu)..

harga lauk pauk lak, aku rasa masih ok lagi (kat sini la..)

hari2 memang bancuh teh kat umah jek..tak pernah lak menebeng kat kedai/restoren..sbb tu tak komplen..hihihi...

ajl? aku layan sorang2, ditemani bb awatif yg semedang aku kena enjut dlm buai..the rest dh masuk tido..efeknya, sampai hari nih kepala dok ting-tong..lenkali, tv3 tulung la buat hari sabtu.jgn buat hari ahad..anak mau sekolah la esok harinya (mak dia pun nk p keja pepagi tau)