Thursday, January 21, 2010

RED TAPE

Aku cuti 2 hari sebab anak bujang ada appointment kat Klinik Ortopedik, lepas tu anak dara plak demam selsema. Kalau dah namanya ibu ni, cuti tahun memang habis sbb anak2 jer la.

Nak cerita pasal redtape yang dah sinonim dengan hospital kerajaan. Aku antara golongan yang setia ke hospital kerajaan sebab kos yang rendah (free pun haha..bawak GL jer) dan aku tengok peralatan/doktor/ubat-ubatan pun way better. CUma yang aku masih terkilan ialah sistem.

Ok aku bagi contoh masa anak aku kena x-ray. Lepas dah siap xray, bila aku tengok filem tu yang di x-ray ialah wrist bukan elbow. Aku bagitau tukang x-ray tu tapi dia kata kena refer doktor sbb order untuk wrist. Fine..lepas ambil nombor giliran (yang ni aku puji sebab cepat dan beri keutamaan utk kanak2) masuk la jumpa doktor. Dan doktor pun akui memang silap bg order. That means aku kena repear x-ray ok..

Pegi la balik tempat x-ray. Aku kena ambil nombor lagi! Masa tu 1025 dan nombor aku 1049! Logik yang aku fikir, kenapa aku kena ambil nombor lagi sedangkan yang silap tu bukan aku. Kerani kat situ kata dah prosedur kak...My point is simple, kita buat prosedur ke, prosedur buat kita. Kenapa takde pengecualian bagi kes2 tertentu?

Aku yang dah hangen jumpa balik doktor tu mintak cepat. Ye la.. kata rakyat didahulukan kan kan kan..memula macam reluctant tapi last2 dia pegi jugak cakap kat tukang x-ray tu. So dapat la buat terus.

Masuk balik bilik doktor, tak nampak plak ikut kedudukan yang doktor tu nak. Adoyai.. kena repeat lagi x-ray. Kali ni aku mintak doktor tu sendiri masuk bilik x-ray cakap kat tukang x-ray kedudukan camne dia nak. Aku kesian kat anak aku. Kali ni ambil nombor utk syarat prosedur je.. aku kan sangat persistent kan haha..

Kali ketiga masuk bilik doktor, lepas cerita sikit2 sejarah perubatan anak aku, kes dia terus direfer pada Pakar Kanak2, doktor Kamariah namanya. Such a nice doktor. Seems like tulang anak aku ada sikit masalah, masih tak allign betul lagi. Tapi kesan patah dah semakin sembuh.

So from there on, kes anak aku akan terus under her supervision. Dalam sebulan ni tengok dulu samada the bones will allign naturally. If not then another operation will be done to correct it la.

Aku doa jangan la sampai kena operation pulak. Aku doa biar tangan dia sembuh sepenuhnya. Ni aku suruh dia berlatih bengkok luruskan tangan. Aku perasa masa dia tidur tangannya dah boleh lurus. Bila jaga je dia takut2. Hope things will be fine lah ya..