Monday, March 01, 2010

ANAK2 DAN ARIANI

Minggu lepas sangat la lemau. Aku tak berapa sihat, tambah pulak dengan Arief yang kena pegi temujanji orthopaedics ngan fisioterapi. Adneen plak demam, muntah2 dan sakit mata. Makanya ibu pun bercuti la. Keja sehari je minggu lepas.

Jumaat tu lepas solat Jumaat, kami pergi la ke Giant membeli ratio untuk beberapa hari ni. Lepas tu ke bandar beli tiket bas abang dan aku masuk Butik Ariani. Sale gila2 dan aku berjaya menyambar 7 helai tudung yang cantik. Pada aku la.. Kalau tak sale takdenya aku nak masuk.

Malam Sabtu abang bertolak ke Kota Bharu untuk lapor diri Le Tour De Langkawi. Tahun ni motor judge. Kerja senang tu haha. Jadinya aku di rumah terus la jadi nurse.

Sabtu birthday Abang. Aku wish tepat 12 mlm. Dia dalam bas ke KB masa tu. Hadiah nanti2 la. Seriously aku tak tau nak bagi apa dah.

Birthday Arief sepatutnya hari ni tapi budak tu kan takde birthday tahun ni. Takpe la, tetap celebrate kecil kecilan bila ayah balik dari Le Tour De Langkawi nanti.

Plan aku minggu ni..Jumaat balik Klang, Sabtu pegi Putrajaya tengok starting stage 6 LTdL. Ahad lepak umah emak sementara tunggu abang balik. Shoot balik Kuantan sebab Isnin Arief kena pegi sesi fisio lagi.

Oh.. esok stage Kuala Terengganu-Kemaman. Tapi sebab tidur kat Kuantan so boleh la aku beronggeng ngan geng2 komisar. Lama tak jumpa.

No comments: