Thursday, March 18, 2010

SAPU SAWANG

Memula kena sapu sawang.

2 minggu aku MC sebab sakit mata. Sangat teruk sampai kena buang selaput mata yang menghalang ubat daripada berfungsi. Prosedur yang sangat sakit. Sekarang ni dah ok sikit. Aku pun dah mula kerja, tapi vision ada sikit blur dan rasa berpasir sikit mata ni. Masih dalam pemantauan Pakar Mata. Ada 4 jenis ubat titik ngan ubat sapu yang aku kena pakai tiap hari.

Takpe la, sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil kan. Jadi aku redha je la.


LE TOUR DE LANGKAWI

Aku sempat pegi masa stage Putrajaya-Genting je. Jumpa abang kejap. terus balik rumah. Mata pun makin teruk masa tu. Hari isnin balik Kuantan terus ke hospital. The rest is histoy lah.

Tahniah pada Anuar Manan. Sempat la borak kejap masa sign on sheet pagi tu. Teringat plak masa dia budak2, tak terkenal lagi. Rambut pun masih pesen GQ haha.. but you have proved your ability dik! Proud of you.


PLANNING

Minggu ni patutnya aku ke Kuala Lipis untuk sambutan 50 tahun Kementerian. Tapi terpaksa lupakan hasrat sebab mata aku masih sensitif pada cahaya. Silau dan pedih.

Sungai Lembing MTB Challenge pun aku pegi jadi mem besar je. Alhamdulillah dapat hampir 500 penyertaan seluruh Malaysia. harapnya semua berjalan lancar. Sepatutnya aku jadi komisar tapi dengan keadaan morning sickness yang baru nak ok, dengan mata yang masih tak ok. Lupakan la niat suci murni tu.


KERAJAAN V/S SWASTA

Aku memang dapatkan rawatan kat hospital kerajaan je. Seriously mmg tak pernah ke hospital swasta. Klinik swasta ada la. Ramai yang tanya aku kenapa tak pergi hospital swasta je. Senang tak payah menunggu. Jawapan aku yang standard..sakit pun sama, doktor dan kepakaran pun sama, prosedur pun sama, ubat pun sama. kena tunggu sikit tu adat la, pesakit ramai. Disebabkan aku kerja gomen dan kemudahan dah diberikan untuk aku, maka aku gunakan lah. Jimat pun jimat jugak.

Tapi terpulang la pada preference masing2. There is no right and wrong.


BABY

12 weeks and counting.. how time flies..

3 comments:

oren said...

patutlah bersawang..tak sihat rupanya...

take care eh..cepat jek mas aberlalu, bb dh 12 wks..sok2 dah bersalin pulak :)

ibuVouge said...

angah
alhamdullillah dah sihat
ngeri jugak dengar kena buang dulu selaput tu.

dh invite tau!

bola2api said...

Wah.. 12 wks n counting... U can do it! Baca surah yusuf, lokman n maryam for the baby.. Insya allah