Wednesday, March 31, 2010

NAK KAWEN DAH

Sapa baca paper ari ni angkat tangan! tak.. aku tak nak cakap pasal politik ke, pasal buang bayi ke, tu semer aku dah cakap. Aku nak cakap pasal budak umur 15 tahun keluar dari rumah, pegi umah boipren umur 19 tahun sebab nak kawen ngan boipren tu. Family boipren ni pun setuju derang kawen. APAKAH!

Tak.. aku tak kata derang tak boleh kawen. Cuma sesuai ke kawen dalam usia begitu? Tinggalkan persekolahan (budak ni pelajar pintar tau), tinggalkan keluarga sebab cinta sangat kat boipren. "walau apa pun saya tetap nak kawen ngan dia" kata budak tu.

Family lelaki tu pun sokong plak tindakan anak ngan bakal menantu tu. Bukan patut nasihat ke, hantar balik umah ke? sebab kan budak tu bawah umur.

Persoalan yang bermain kat kepala aku ni, bebudak ni tau ke perkahwinan tu apa? tanggungjawab selepas perkahwinan tu bagaimana. Zaman sekarang ni bukan zaman atuk nenek kita dulu. Aku umur 15 tahun dulu tgh sibuk meloncat kesana sini, huha huha ngan kengkawan.

Berkenalan, bercinta ni memang la lumrah dan naluri manusia. Cuma kena la disekalikan dengan akal yang waras. Nak bercinta tu bercinta la, asalkan tahu jaga maruah diri dan keluarga. (untuk yg bujang sahaja, yang becinta ngan laki orang tak kira hehe) Umur 15 dan 19 tu terlalu muda pada aku. Tak tengok dunia lagi. Tak kenal orang lagi.

Apalah salahnya tunggu sampai habis belajar. Sekurang-kurangnya ada bekal untuk kemajuan diri walaupun dah berumah tangga.

Sebagai family pun takkan tak boleh nasihat budak2 ni, dahulukan mana yang patut dalam hidup yang mentah macam tu.

Ntah la.. aku nak tengok kesudahan cerita ni. Oh dunia... camne la aku tak risau nak membesarkan anak-anak aku dalam dunia yang camni. Yang aku boleh buat ialah berusaha sebaik mungkin untuk didik mereka jadi insan yang berguna, dan berdoa pada Allah agar hidup kami sekeluarga sentiasa dalam lindunganNya.

4 comments:

Dinas Aldi said...

Baca! (angkat tangan tinggi nih!) Memang tk puas hati sgt budak umur tu dah nak kawin, pelajar pintar plak tu, adoi. Memang la boleh mengelakkan maksiat tapi kalau ya pun tkkn la tk boleh sabar sampai sekurang2nya lepas SPM kot (sebenarnya saya rasa lps SPM pun masih muda sgt). Yg family si bf pun, isy, tk faham betul la..Mesti susah hati sgt family girl tu. Kesian dema.

Pnut said...

Angah-kami pernah lalui situasi macam ni ada saudara belah emak akak gini le kes nya..

sedara akak ni lelaki, umo 20 tahun aweks dia umo 16 thn. dua-dua sangat gediks nak kawen.. jenuh nasihat,

masalah budak lelaki dah kerja, budak pompuan ni kekadang kata kelaur pegi belajar, tp dok deting, kritikal.. jadi dari mengelak dari terjadinya bukan-bukan, berbincang dua keluarga, bila nasihat dan nasihat, mulanya kata setuju tunggu abeh SPM...

Tak lama kemudian.. terlanjur sudah... bial dah 'robek' nanges2 citer dah robek, takut mengandung.. macam nak terajang...

maka kawen la juga.. terpaksa berhenti sekolah kerajaan, dan dimasukkan ke sekolah swasta. jenuh emak bapak dok supply kondom..ahhahaha

adoii tatau le..

Angah said...

Kak dinas
sama-sama la kita tak paham. Ni semua nafsu la ni. nampak yang best2 je.

Kak Pnut
Supply kondom yg tak tahan tu hahaha

oren said...

aku lmbt komen nih, tapi mmg nak komen gak..

aku yg kawen umo 25 nih pun rasa banyaaaaaakkkkkk la benda yg aku tak tahu psl suami sendiri, camana nak jaga rumahtangga blaa..blaa..blaa..dh kawen baru tau susahnya kawen nih..

kalo budak tu dekat ngan umah aku, mau jek aku luku sorang sebijik..(luku sekali ngan family bakal mertua tuh)

nak bahagia dlm perkahwinan saja tak cukup ngan cinta-cinta-cinta..cinta tak leh bagi kita kenyang tahu..nak kena pikir mana nak dpt duit..dah la sijil/ijazah semua takde, ko nak hidup makan apa kan???