Wednesday, March 03, 2010

LE TOUR DE LANGKAWI DI KUANTAN

Semalam LTdL bermalam di Kuantan. Aku anak beranak seronok la sebab abang balik kan. Sengaja aku suruh abang amik anak2 dari nursery biar derang happy sebab dah 4 hari tak jumpa ayah.

Lepas maghrib kami ke Swiss Garden Hotel, sembang2 dengan member2 yg bertugas. Sempat beli 2 helai t-shirt utk anak2. Ibu tak payah sebab boleh kongsi dengan ayah. Yang ayah dapat free pun banyak.

Hari ni race start kat pekan dan habis kat Mersing. Aku join stage 6 kat Putrajaya je la Sabtu ni. Ada cyclefest macam biasa tapi tak join la. Lepak ngan anak2 kat rumah lagi best hehe..

Oh..aku tengok Astro Supersport untuk Highlights LTdL. Memang hampeh! Coverage ok cuma comentatornya sangat la sloppy. Cuba la cari comentator yang tahu pasal perlumbaan basikal. baik lagi Hasbullah Awang. Terasa jugak suspen bila pelumba dah nak sampai garisan penamat. Ini macam tengok telecast pengebumian je.

Itu satu hal, Geografi pun fail. Ada ke Chukai kat Pahang? Chukai kat Terengganu la wei! nama rider pun asyik salah. Aku rasa la mereka ni mesti dibekalkan dengan Race Manual yang tebal tu, mesti ada senarai pelumba dan team, mesti study sedikit sebanyak pasal perlumbaan baru la boleh jadi comentator kan. Tak buat homework ke? Frust la aku..

Bring back Hasbullah Awang please..


SAKIT MATA

Mata Adneen dah ok. Pagi ni aku bangun tapi susah nak bukak mata. Sah laaa.. aku plak kena jangkitan. Alahai...


JAHIL?

Aku tengok AXN minggu lepas. Cerita Cyril yang buat magik, yang datang ke Malaysia tu la. So dia pun pegi la open house raya satu kumpulan nyanyi popular ni. So dia tanya apa sebenarnya Raya Aidilfitri ni..bagus la dia tanya tu, boleh kenalkan budaya kita pada masyarakat dunia kan..

Yang tak best tu, jawapan daripada salah sorang anggota kumpulan nyanyi tu. dia beragama Islam. Lebih kurang camni la kalau aku translate " raya ni perayaan orang Islam untuk SAMBUT TAHUN BARU selepas sebulan berpuasa"

So soalan aku pulak, APAKAH?

7 comments:

al-mankaraqi said...

Hasbullah Awang best.....

pB said...

kena byk buat research untuk jadi pengulas sukan yang baik ...

Hambali ® said...

hasbulah awang ..... hurmmmmmmmm

"Sayang sekali ...bola hanya keluar 2 sentimeter sahaja melepasi palang gol"

Tu antara komen standard dia masa bola liga malaysia. Tah bila dia p sukat aku pun tatau.

Lagi prefer Rahim Razali. Tapi untuk sukan lumba beskal ni tak pasti la. Maybe hasbullah sesuai kot. Hehe

Tok Janggut Aur said...

Nice Blog…
Program-latihan-Motivasi-Dato’-fadzilah-kamsah
http://superkidexcel.com/

Arena said...

Sis,

Aku tengok jugak ulasan LTDL kat astro tuh, giler banyak salah pasal geografi kat Malaysia. Terok giler, kat saper nak komplen tuh? comentator tu ingat orang tak tengok ke dan notice incompetency dia tuh? Hampes kuasa 3.

Tang raya punya komen tu pon budusss..jahil ya amats..kasi penampor sepuloh kali.. hahahaha emosi aku dibuatnya..

frankie zhao said...

Hello
I'm creating a new concept of blog,which is teaching people how to make and save money for free.

this is a public service blog.

My purpose is just to let more people share my money making,money saving Information.

Please visit My Site:
http://waysmakingmoneyonline.blogspot.com/

cheers!

frankie zhao said...

Hello
I'm creating a new concept of blog,which is teaching people how to make and save money for free.

this is a public service blog.

My purpose is just to let more people share my money making,money saving Information.

Please visit My Site:
http://waysmakingmoneyonline.blogspot.com/

cheers!