Wednesday, April 28, 2010

ADNEEN HUMAIRA IS 3 YEARS OLD



Hari ni 3 tahun yang lepas, aku selamat melahirkan anak dara aku ni. Alhamdulillah, kelahirannya sangat mudah. Terasa contraction lebih kurang pukul 5.30 pagi. 7.30 pagi aku masuk ward sekejap, masa tu bukaan dah 4cm. Tak berapa lama lepas tu aku rasa contraction makin kuat, ada darah sikit, bila cek bukaan dah 9cm. But ketuban masih intact. Masuk labour room, doktor pecahkan ketuban dan terus push, baby seberat 3.4kg pun selamat lahir. Very fast indeed. Nurse yang sorong aku masuk labour room, masuk semula cakap "aik...dah bersalin? saya baru tolak katil keluar" Abang pun tak sempat nak rasa suspen.

Pregnant with her memang menguji aku. Sorang2 kat Putrajaya, ayahnya di Kuantan dan abangnya di Klang. Most often than not aku bermalam kat Putrajaya sebab tak larat nak drive ulang alik dari Klang tiap hari. Dengan tol dan minyak, dengan kesihatan lagi. Tapi orang kata rezeki anak kan, masa tunggu hari aku dapat kenaikan pangkat dan dipindahkan ke Selangor. Lepas 4 hari lapor diri aku pun bersalin.

Membesarkan anak ini amat mudah. Exclusively breastfeed selama 2 tahun mcm abangnya. Kerenah budak2 biasalah.. kalau ada yang kata baby girl ni tak lasak, amat la silap sebab anak ni lasak ngalahkan abangnya. Suka buli abang. Mujur anak bujang aku tu mengalah.

Ni dah 3 tahun. Kejap sangat masa berlalu. Sekarang ni mulut dah macam bertih jagung. lagi2 dah duduk Taska. Memacam lagu yang dihafalnya. Kadang2 tak terlayan keletah dia. Tapi kalau takde rasa sunyi pulak. Kat Taska pun cikgu2 panggil dia Kakak.

Sangat la minat ngan barbie, sampai semuanya pun kalau boleh nak barbie hatta pemadam pensil pun. Sangat la minat mengacau abang buat kerja sekolah. Taman permainan dia ialah kedai basikal, trek basikal dan acara2 basikal. Dah terkenal dah anak dara aku ni dikalangan pengayuh2 tegar.. esok dah besar sure kayuh mcm ibu dan ayah juga.

Untuk Kakak...

Ibu sangat bangga dapat jadi ibu kakak. Ibu sentiasa doakan agar kakak membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah, yang dapat doakan kesejahteraan ibu dan ayah. Ibu hanya cuba buat yang termampu oleh ibu untuk jadi ibu yang terbaik untuk kakak. Sayang kakak...

Selamat ulangtahun kelahiran yang ketiga Adneen Humaira..

p/s : birthday kakak ibu tangguh dulu sampai ayah balik dari lumba basikal ok..

Tuesday, April 27, 2010

BROWSING

Pernah tak sesekali kita baca balik entry2 kita yang dah lepas, yang dah kita tulis berminggu2, berbulan2 dan bertahun2 dulu bersekali dengan komen2 yang ditulis oleh pembaca?

Sesekali aku buat camtu sekadar untuk tengok semula apa yang terjadi dalam hidup aku at that particular moment. Dan aku fikir kalau jadi masa ni agak2 sama ke reaksi aku. Mungkin sama mungkin beza la kan..

Aku baca jugak komen-komen pembaca pada setiap entry aku. Aku dapat tengok sejauh mana blog ni sebenarnya banyak tolong aku keeping my sanity in check.

TAPI ada gak komen2 yang buat aku lagi panas, biasanya oleh Anonymous atau penama identiti yang sengaja dicipta lepas aku set yang komen oleh Anonymous takkan dilayan.

Yang bestnya dalam beberapa entry yang cuma aku dan sekerat dua manusia saja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi dan tersirat dalam hati ni, ada la cik/encik anon dan cik/encik created identity yg bagi komen. Yang memang terlibat dengan perkara tu. Aku pernah dare dia/mereka ni, guna la genuine identity kan..tak payah la menyorok.

Perasan tak.. manusia2 anon dan created identity ni selalu sentap dengan entry2 kita. Memang betul la. Siapa makan cili dia la rasa pedas. Ada la beberapa yang aku dapat rasa sebenarnya orang yang sama...tapi biarla. Aku tunggu masa yang sesuai je untuk berhadapan dengan dia/mereka ni.

Camne aku buat? Tak susah. Kita track IP Address, pastu pancing2 sikit guna medium lain. Internet ni macam open book. Buat la camne pun somehow kita akan dapat juga. Mcm ada sorang pengkomen cakap dlm entry pasal aku nak pindah Kuantan"dan kebenaran pun akan semakin dekat" Ya.. memang dah dekat sangat ni..

TUNGGUUUU

Monday, April 26, 2010

MENGHITUNG

Minggu ni sorang2 je. Abang pegi Jelajah Malaysia sampai 2 Mei. Takpe.. dah biasa.

Minggu ke 16. Berat aku masih tak naik2. Tapi baby sihat alhamdulillah. Itu yang penting pun kan.

Aku menunggu tarikh 1 Mei untuk merungkai masalah. Harapnya semua akan selesai selepas tu. Selesai cara mana aku tak kisah la janji boleh selesai. InsyaAllah..

Thursday, April 22, 2010

NERVOUS

Tadi aku chair meeting pemantauan peringkat negeri yg melibatkan semua agensi pelaksana projek2 Kementerian di Pahang. Patutnya big boss chair tapi sebab dia kena ke Putrajaya untuk meeting pemeriksaan bajet mengurus 2011, maka aku la kena ganti. Dah lama tak chair meeting rasa nervous plak haha.. Alhamdulillah everything went well.

Lama aku tak cerita kisah kerja kat sini. Kerja tempat baru, masih belajar sebenarnya. Banyak yang aku tak tau sebab sebelum ni aku buat urusan tanah, tokei tanah kedaung katanya haha..kali ni aku buat pembangunan menjurus pada pemantauan kemajuan fizikal dan kewangan semua projek kementerian dalam negeri Pahang. Memang menduga betul sebab bila dah duduk level ni kita dianggap tahu semua benda. Alasan "saya baru sebulan kerja kat sini" tak boleh pakai dah. So kena ada extra effort untuk absorb banyak benda macam sponge.

Aku rasa benda yang paling tak best ialah kalau dapat surat panggilan mesyuarat atau kena lawat tapak yang jauh nun kat kawasan pedalaman. Bukan sebab kerjanya tapi sebab perjalanannya. Opis kat Kuantan meeting kat Lipis. Perjalanan pergi balik je dekat 7 jam ikut jalan kampung. Ikut highway lagi lama kan. Meeting plak 2 jam je.

Kalau lawat tapak pun sama la.. dapatnya kena pergi nun di Kampung Mat Daling kat Kuala Tahan lalu jalan balak atau jalan sungai..nak nengok tapak tu ada la 3 -4 jam je tapi makan masa 2 hari untuk perjalanan. Aku ingat kalau bawak basikal pun lagi best daripada melompat2 dalam hilux tu hahaha..lagi laju pun agaknya.

Tapi ada jugak seronoknya. Kalau tak kerana kerja ni takde la aku lalu semua jalan dan pergi semua tempat tu. Harap kenal nama je la. Aku dapat jugak tengok kehidupan yang asing dari kehidupan aku selama ni. Bersyukur sangat aku ni banding dengan mereka yang tinggal kat pedalaman tu. Kita ni takde air kejap, blackout sejam pun dah tak senang duduk. Mereka ni bertahun2 takde kemudahan tu semua.

Cuma yang kengkadang aku rasa nak sepak sesetengah manusia ni sebab mereka ni cuma tau menganga tunggu disuap. Miskin relatif (miskin carik sendiri) sebab MALAS KERJA. Bayang la umur 35 tahun, isteri suri rumah, anak ada la 3 ke 4 orang dan tak bekerja. Bukannya tak de kerja tapi malas. Bukan sakit pun. Nak tolong pun rasa menyampah.

Ada yang minta bantuan awal utk berniaga.. ok la kita pun bagi ikut apa yang sesuai. Lepas 6 bulan kita pun buat pemantauan. Mesin jahit jadi tempat letak pasu bunga hiasan, motor roda tiga dijual ke org lain.. eh memacam lah..aku tak kata semua camtu. Ada yang dah berjaya bukak kedai jahit pun. Eh.. bukan bagi suka2 tau, siap ada kursus kemahiran lagi. Dan semua ni PERCUMA! dah tu celah mana lagi yang kita tak tolong. Tak ke ko rasa nak sepak?

Aku urut dada je la.. Chobaan...Chobaan... kena fikir cara untuk ubah mentaliti mereka nih la.. sapa2 ada idea sila angkat tangan!

Tu la kerja aku...pening pun pening, seronok pun seronok.

Wednesday, April 21, 2010

BUSTED

For the upteenth time..You are so BUSTED missy! Tak nak tukar nombor lagi ke?

Monday, April 19, 2010

MERENUNG

Isnin yang lemau to begin with. Semalam sampai dari Klang dalam pukul 3.30 ptg. Ambil anak2 lepas seminggu bermanja ngan nenek.

Bukak paper baca pasal kematian Achik Spin. Tak la.. aku bukan peminat dia. Lagu-lagu dia satu pun aku tak tau. Cuma kematian dia tu membuat aku terfikir banyak benda. Yang janji Allah ni benar, kematian itu pun benar. Tak kira tua ke muda, sihat ke sakit kalau dah sampai ajal, tetap akan dijemput Allah. Cara kematian tu sebagai sebab saja kan. Ingat2 balik, cukup ke amalan aku kalau dah sampai janji aku nanti?

Tengok wajah isteri dan anak dia pun buat aku berfikir juga. Isterinya suri rumah, tentu agak susah nak memulakan hidup tanpa suami, dengan anak-anak yang masih kecil kan. Besar sungguh dugaan dia, kehilangan anak kemudian suami pulak. Aku fikir beruntungnya aku sebab aku bekerja. Walaupun selalu sangat aku merungut sebab kepenatan, sebab beban kerja, sebab banyak outstation. Kan sepatutnya aku bersyukur sebab kalau jadi apa2 pada suami aku, aku tak perlu mulakan dari kosong untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Banyaknya iktibar yang boleh aku ambil daripada kejadian sekeliling aku kan. Aku je yang lupa nak bersyukur. Sepenat2 aku kerja, aku patut bersyukur sebab aku ada kerja. Seletih2 aku melayan kerenah anak, aku patut bersyukur sebab aku ada anak2 yang sihat. Ramai yang aku kenal yang berusaha bertahun2 untuk dapatkan anak tapi belum berhasil, ramai yang aku kenal dikurniakan anak yang istimewa, mereka tak berkeluh kesah pun, tetap redha dengan kurniaan dan ujian Allah.

Aku tak ingat aku baca kat mana tapi pasal anak2 juga la..ibu tu risau sebab anaknya masih tak dapat bezakan huruf B dan D. Kerisauan yang biasa la untuk parents. Penulis tu pula cakap kenapa kita asyik melihat pada ketidakbolehan budak tu untuk kenal 2 huruf B dan D, sedangkan dia dah berjaya kenal dan hafal 24 huruf yang lain?

Wah! sangat buat aku tersedar banyak sangat benda aku bagi salah tumpuan. Kita selalu tengok kesalahan dan lupakan semua kebaikan lain kan. Kena ubah sikap ni..kena banyak tengok dan belajar untuk appreciate benda2 baik yang berlaku dikeliling aku.


WEB JURNAL, WEB LOG, BLOG

Aku start tulis blog tahun 2001 kat Tripod, pastu lompat ke blogspot sampai sekarang. Aku pernah menulis kat Kepompom dan jadi ahli Gengjurnal juga walaupun jarang2 dapat ikut gathering. Kiranya dah 9 tahun la..

Aku pun kenal ramai Gejuis yang dah start tulis blog sejak tahun 1999 lagik. Sampai sekarang pun kalau bersapa dan berhubung masih pakai nama blog mcm Daun, Kak Pnut, Mat Jan, Spyz, Tok Rimau, Rudy, ramai lagi la. Ingat lagi blog Kak Pnut ada gambar kacang hihi..

Zaman2 tu blog ni takde la kaler2 macam sekarang, template pun simple gila. Majoriti menulis pasal sosio pilitik semasa dan jurnal harian. Kurang sangat blog yang berbau perkauman dan politik.

Sekarang ni blog macam2 dah.. orang guna blog untuk macam2 benda, bercerita, berniaga, iklan, memacam la..yang kena saman sebab blog pun ramai..

Adala bebaru ni muncul kat akhbar pasal blogger yang dah berjaya buat RM ribu2 guna blog. Antara yang tertulis ialah "saya antara pelopor blog" dan penulis tu cuma mula tulis blog tahun 2005.

Sekali baca memang sentap la sebab ramai yang dah tulis bertahun-tahun awal. Tapi lepas aku baca dan baca.. aku rasa ni mesti wartawan tu punya kerja. Lain yang dicakap lain yang ditulis. Tapi (berapa banyak tapi daaaa) sepatutnya ada sesi proof reading oleh orang yang diwawancara sebelum artikel disiarkan untuk elak salah faham pembaca.

Tau je la berapa besar punya kesan tulisan pada orang dalam cerita tu. Macam kes rasuah la..baru sebut kes kat mahkamah je, belum hearing pun, Kalau dah hearing pun kalau hakim kata takde kes, tak perlu bela diri, takde la trial kan.. Baru sebut kes dah pampang kat muka depan, muka tertuduh ngan tajuk yang menghukum. Bagus ke camtu? mengaibkan orang...

Donia oh Donia..

Tuesday, April 13, 2010

BALIK KAMPUNG II

Sabtu lepas bertolak balik lepas sarapan yang superb kat Restoran Zaman. The journey was fun. Berenti kejap kat RnR Maran beli buah. tetiba je kan haha..

Sampai KL singgah Wangsa Maju. Saja pegi kedai basikal baru buka kat sebelah Wangsa Walk Mall. Kedai ni branch JBS Bike dari Kuantan. Dah puas lepak, terus balik Klang. Anak2 aku turun je kereta terus jerit "Makkkkkkkkk abang balik dah nii..mak manaaaaaaa" Ye.. anak2 aku panggil nenek derang mak.

Aku sangat penat. Nampak bantal atas pangkin kat belakang rumah, kipas plak dah terpasang, terus tido. Abang pun tido kat ruang tamu. Anak2 aku kalau dah balik Klang tak payah aku nak risau sebab aku memang tak laku.

Malam pegi pasar malam kat Meru cari popia basah. alhamdulillah ada rezeki aku walaupun tak sedap sangat. Ikut nafsu nak je aku ajak abang pegi Seksyen 14 PJ cari popia haha..

Cerita yang tak best plak, prosiding mahkamah yang aku patut hadir tu ditangguhkan ke satu tarikh yang belum diberitahu. Sebab aku cuma isi borang kerja luar kawasan maka Isnin kena kerja la kan. Bagitau kat mak, dah lain dah muka dia sebab rindu pada cucu tak ilang lagi kan. So bincang ngan abang, kami tinggalkan anak2 kat Klang seminggu ni.

Ahad balik Kuantan. Sedih plak aku nak tinggalkan anak2. Takpe la seminggu je. betul la orang cakap kan, anak ada memang sibuk la mak ayah ni nak kontrol, nak layan kerenah mereka, tapi bila takde sunyi plak.


MISTAKES AND CHOICES

Semalam tengok Hallmark Channel. Ada gazzete cerita tajuknya "Tricks of a Woman" kalau tak silap la. Aku suka dengan satu dialog yang aku rasa sangat la betul, sangat la relevan dalam hidup kita ni. Boleh buat quotable quotes..

"We make mistakes"
"No we dont.. we make choices"

Betul kan..

Friday, April 09, 2010

BALIK KAMPUNG

Esok balik Klang seminggu. Tak lah, bukan bercuti. Aku dapat saman saksi untuk kes penipuan tanah kat mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Prosiding dari Isnin sampai Jumaat. Ini bukan kali pertama jadi saksi perbicaraan. Jadi takde apa yang menarik atau suspen lah. Sambil menyelam minum air katanya. Jadi bawak sekali anak2 balik lepak rumah nenek. Lagi satu, impian aku nak makan popia basah akan terlaksana esok.


SAKIT HATI

Kadang-kadang bila terimbau perkara lama terutamanya yang melibatkan hati dan perasaan, sakit betul hati ni. Walaupun bukan salah kita jadi benda tu. Kita ni sebenarnya yang jadi mangsa.

Tapi bila difikirkan balik, buang masa je rasa sakit hati ni, sedih2 ni sebab benda tu dah berlaku. Benda dah lepas yang kita tak boleh nak ubah.

So better for us to stop living in the past and move forward. Doa pada Allah agar beri ketenangan pada kita, beri apa yang terbaik untuk kita. sebab kalau kita minta apa yang kita nak, tak tentu kita dapat sebab mungkin benda tu kita tak perlu pun.

Tapi bila sekali sekala terimbau perkara lama tu memang sakit hati kan. Dah camne tak sakit hati, dia yang buat hidup kita porak peranda, boleh la plak cerita ngan kita pasal balasan la, karma la..APAKAH? rasa nak je curah cuka getah atas muka haha..

Tapi kalau kita balas kejahatan dia dengan kejahatan jugak, apa beza kita dengan dia?


Kawan aku selalu cakap " Ala ngah, jangan dilayan manusia bengong camtu, nanti kita pun ikut bengong" Betul jugak kan.

Teringat cerita Merlin. "When someone is forgotten, he cease to exist" Aku ignore je la senang ye tak. Sorang buat aku huru hara, ada ramai lagi yang buat aku bahagia.


AYAH MERTUA

Semalam lepak ngan pak mertua aku kat kedai makan. Kebetulan ternampak dia duduk sorang2 kat kedai makan yang aku memang nak singgah, sementara abang amik anak2 kat Taska. Aku baru balik meeting kat Lipis. Ye.. meeting kat Lipis...giler jauh! Borak2 la ngan dia pasal benda yang menyenakkan kepala aku, pasal yang sakit2 hati tu la. Pak mertua aku cakap "takpe...ayah ada, jangan risau la...Lin jaga je cucu ayah dalam perut tu" Aku cakap aku tak risau.. aku menyampah haha...Ayah gelak je la..

Aku tak rapat ngan ayah aku. jadi bila dapat pak mertua yang sporting giler camtu, memang aku seronok. Macam2 benda aku boleh borak or mengadu ngan dia. So Abang sayang... kalau tak jaga Lin ni elok2 sila la jawab ngan ayah ye hehe... (pesanan khidmat masyarakat nih)

Anyway.. happy weekend people! Aku tak sabar nak balik Klang esok. Mlm esok nak tengok midnight ngan abang. Anak2 aku swastakan ngan makcik derang.

Wednesday, April 07, 2010

CHOOSE TO BE HAPPY

Aku dapat forwarded email dari Ummikusayang. Aku suka sangat poem ni. sangat la betulnya apa yang tertulis. So tulis kat sini supaya aku boleh selalu baca. Takde tajuk tapi aku ingat nak letak tajuk kat atas tu je la..


never cry for any relation in life
because for the one whom you cry
does not deserve your tears
and the one who deserves
will never let you cry

treat everyone with politeness
even those who are rude to you
not because they are not nice
but because you are nice

never search your happiness
in others
which will make you
feel alone
rather search it in yourself
you will feel happy
even if you are left alone

always have
a positive attitude in life
there is something positive
in every person
even a stopped watch is right
twice a day

happiness always looks small
when we hold it in our hands
but when we learn to share it
we realise how big and precious it is

live life a daya at a time
CHOOSE TO BE HAPPY
it's a daily task that's easy to make

Tuesday, April 06, 2010

PRODUCT OF LOVE


Baby's image at 13 weeks

Sebenarnya aku trauma sejak keguguran bulan Julai tahun lepas. Mana taknya, first scan nampak heartbeat baby tapi second scan masa 12 minggu dah takde heartbeat tu. Doktor diagnos sebagai miss miscariage.

Pregnant kali ni, ada la jugak morning sickness, at 10 weeks onwards aku selalu sakit belakang. At 12 weeks bila aku timbang berat aku tak naik walau setengah kilo pun! Mau aku tak risau. macam2 benda dalam kepala otak aku ni, ye la, 2 kali keguguran cukup buat aku untuk fikir benda bukan-bukan. Abang cakap mungkin sebab aku eksesais jadi berat tak naik. Mungkin aku penat sangat sebab tu sakit belakang, atau mungkin sebab masa buat D&C dulu doktor bagi epidural.

Abang ajak pegi scan tapi aku macam takut. Ye.. sangat bodoh haha..trauma siut! takut benda sama berlaku lagi. Tapi khamis ngan jumaat lepas aku bebetul lethargic, sakit belakang, sakit kepala semua cukup.. pegi jugak la ke klinik. Kena jugak la scan. Alhamdulillah.. kebimbangan aku memang tak berasas pun. Baby sihat Alhamdulillah.

"Ya Allah, peliharalah kandunganku sehingga saat aku melahirkan, permudahkanlah kelahirannya, jadikanlah dia pengikat kasih keluarga kami Ya Allah. Amin."


KAHWIN

Banyak undangan kahwin yang aku terima.

11 April : Syakilawati kat kampung Melayu Subang.
1 Mei : Suhaini kat Kampung Medan

Abang cakap member dia kawen gak 1 Mei ni. Aku nak tengok kalau-kalau dia bagi undangan. Kalau betul la...

Thursday, April 01, 2010

AKU NAK POPIA


(gambar ihsan pakcik google)

Dah dekat 2 minggu aku nak makan popia basah. Puas la aku pusing pasar malam sana sini kat Kuantan ni mencari popia basah. Namun masih tidak berjumpa. Kalaulah aku ada kat Klang sekarang ni, uishhh.. melambak2 kan kat pasar malam.

Tapi tu la, kalau kita nak sangat benda tu sure susah nak dapat. Masa tak nak, melambak plak depan mata.

Oh popia basah....