Isnin yang lemau to begin with. Semalam sampai dari Klang dalam pukul 3.30 ptg. Ambil anak2 lepas seminggu bermanja ngan nenek.
Bukak paper baca pasal kematian Achik Spin. Tak la.. aku bukan peminat dia. Lagu-lagu dia satu pun aku tak tau. Cuma kematian dia tu membuat aku terfikir banyak benda. Yang janji Allah ni benar, kematian itu pun benar. Tak kira tua ke muda, sihat ke sakit kalau dah sampai ajal, tetap akan dijemput Allah. Cara kematian tu sebagai sebab saja kan. Ingat2 balik, cukup ke amalan aku kalau dah sampai janji aku nanti?
Tengok wajah isteri dan anak dia pun buat aku berfikir juga. Isterinya suri rumah, tentu agak susah nak memulakan hidup tanpa suami, dengan anak-anak yang masih kecil kan. Besar sungguh dugaan dia, kehilangan anak kemudian suami pulak. Aku fikir beruntungnya aku sebab aku bekerja. Walaupun selalu sangat aku merungut sebab kepenatan, sebab beban kerja, sebab banyak outstation. Kan sepatutnya aku bersyukur sebab kalau jadi apa2 pada suami aku, aku tak perlu mulakan dari kosong untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Banyaknya iktibar yang boleh aku ambil daripada kejadian sekeliling aku kan. Aku je yang lupa nak bersyukur. Sepenat2 aku kerja, aku patut bersyukur sebab aku ada kerja. Seletih2 aku melayan kerenah anak, aku patut bersyukur sebab aku ada anak2 yang sihat. Ramai yang aku kenal yang berusaha bertahun2 untuk dapatkan anak tapi belum berhasil, ramai yang aku kenal dikurniakan anak yang istimewa, mereka tak berkeluh kesah pun, tetap redha dengan kurniaan dan ujian Allah.
Aku tak ingat aku baca kat mana tapi pasal anak2 juga la..ibu tu risau sebab anaknya masih tak dapat bezakan huruf B dan D. Kerisauan yang biasa la untuk parents. Penulis tu pula cakap kenapa kita asyik melihat pada ketidakbolehan budak tu untuk kenal 2 huruf B dan D, sedangkan dia dah berjaya kenal dan hafal 24 huruf yang lain?
Wah! sangat buat aku tersedar banyak sangat benda aku bagi salah tumpuan. Kita selalu tengok kesalahan dan lupakan semua kebaikan lain kan. Kena ubah sikap ni..kena banyak tengok dan belajar untuk appreciate benda2 baik yang berlaku dikeliling aku.
WEB JURNAL, WEB LOG, BLOG
Aku start tulis blog tahun 2001 kat Tripod, pastu lompat ke blogspot sampai sekarang. Aku pernah menulis kat Kepompom dan jadi ahli Gengjurnal juga walaupun jarang2 dapat ikut gathering. Kiranya dah 9 tahun la..
Aku pun kenal ramai Gejuis yang dah start tulis blog sejak tahun 1999 lagik. Sampai sekarang pun kalau bersapa dan berhubung masih pakai nama blog mcm Daun, Kak Pnut, Mat Jan, Spyz, Tok Rimau, Rudy, ramai lagi la. Ingat lagi blog Kak Pnut ada gambar kacang hihi..
Zaman2 tu blog ni takde la kaler2 macam sekarang, template pun simple gila. Majoriti menulis pasal sosio pilitik semasa dan jurnal harian. Kurang sangat blog yang berbau perkauman dan politik.
Sekarang ni blog macam2 dah.. orang guna blog untuk macam2 benda, bercerita, berniaga, iklan, memacam la..yang kena saman sebab blog pun ramai..
Adala bebaru ni muncul kat akhbar pasal blogger yang dah berjaya buat RM ribu2 guna blog. Antara yang tertulis ialah "saya antara pelopor blog" dan penulis tu cuma mula tulis blog tahun 2005.
Sekali baca memang sentap la sebab ramai yang dah tulis bertahun-tahun awal. Tapi lepas aku baca dan baca.. aku rasa ni mesti wartawan tu punya kerja. Lain yang dicakap lain yang ditulis. Tapi (berapa banyak tapi daaaa) sepatutnya ada sesi proof reading oleh orang yang diwawancara sebelum artikel disiarkan untuk elak salah faham pembaca.
Tau je la berapa besar punya kesan tulisan pada orang dalam cerita tu. Macam kes rasuah la..baru sebut kes kat mahkamah je, belum hearing pun, Kalau dah hearing pun kalau hakim kata takde kes, tak perlu bela diri, takde la trial kan.. Baru sebut kes dah pampang kat muka depan, muka tertuduh ngan tajuk yang menghukum. Bagus ke camtu? mengaibkan orang...
Donia oh Donia..
4 comments:
aku pun marah-marah kat mak merah tu.. ahahaha.. wartawan tu patut betulkan fakta.. kalau la betul dia misquote seperti yang didakwa oleh mak merah itu.. :)
Ye aku pun ingat zaman tu. Semua blogging ikhlas tanpa memikirkan $$ pon.
Walaupun adala 2-3 kerat yg buat onar, tp zaman itu komuniti blogger kecik dan rapat. AKu tukang tgk je lah..
ya, seharusnya perlu ada persoalan untuk setiap tulisan pada akhbar / media.
berita yang ditulis kadang terlalu jauh dengan apa yang asal.
isu hangat..
jom daftar percuma di sini..
http://www.aqura2u.com/?ref=2409
terbukti lumayan...
tQ;)
Post a Comment