Thursday, April 22, 2010

NERVOUS

Tadi aku chair meeting pemantauan peringkat negeri yg melibatkan semua agensi pelaksana projek2 Kementerian di Pahang. Patutnya big boss chair tapi sebab dia kena ke Putrajaya untuk meeting pemeriksaan bajet mengurus 2011, maka aku la kena ganti. Dah lama tak chair meeting rasa nervous plak haha.. Alhamdulillah everything went well.

Lama aku tak cerita kisah kerja kat sini. Kerja tempat baru, masih belajar sebenarnya. Banyak yang aku tak tau sebab sebelum ni aku buat urusan tanah, tokei tanah kedaung katanya haha..kali ni aku buat pembangunan menjurus pada pemantauan kemajuan fizikal dan kewangan semua projek kementerian dalam negeri Pahang. Memang menduga betul sebab bila dah duduk level ni kita dianggap tahu semua benda. Alasan "saya baru sebulan kerja kat sini" tak boleh pakai dah. So kena ada extra effort untuk absorb banyak benda macam sponge.

Aku rasa benda yang paling tak best ialah kalau dapat surat panggilan mesyuarat atau kena lawat tapak yang jauh nun kat kawasan pedalaman. Bukan sebab kerjanya tapi sebab perjalanannya. Opis kat Kuantan meeting kat Lipis. Perjalanan pergi balik je dekat 7 jam ikut jalan kampung. Ikut highway lagi lama kan. Meeting plak 2 jam je.

Kalau lawat tapak pun sama la.. dapatnya kena pergi nun di Kampung Mat Daling kat Kuala Tahan lalu jalan balak atau jalan sungai..nak nengok tapak tu ada la 3 -4 jam je tapi makan masa 2 hari untuk perjalanan. Aku ingat kalau bawak basikal pun lagi best daripada melompat2 dalam hilux tu hahaha..lagi laju pun agaknya.

Tapi ada jugak seronoknya. Kalau tak kerana kerja ni takde la aku lalu semua jalan dan pergi semua tempat tu. Harap kenal nama je la. Aku dapat jugak tengok kehidupan yang asing dari kehidupan aku selama ni. Bersyukur sangat aku ni banding dengan mereka yang tinggal kat pedalaman tu. Kita ni takde air kejap, blackout sejam pun dah tak senang duduk. Mereka ni bertahun2 takde kemudahan tu semua.

Cuma yang kengkadang aku rasa nak sepak sesetengah manusia ni sebab mereka ni cuma tau menganga tunggu disuap. Miskin relatif (miskin carik sendiri) sebab MALAS KERJA. Bayang la umur 35 tahun, isteri suri rumah, anak ada la 3 ke 4 orang dan tak bekerja. Bukannya tak de kerja tapi malas. Bukan sakit pun. Nak tolong pun rasa menyampah.

Ada yang minta bantuan awal utk berniaga.. ok la kita pun bagi ikut apa yang sesuai. Lepas 6 bulan kita pun buat pemantauan. Mesin jahit jadi tempat letak pasu bunga hiasan, motor roda tiga dijual ke org lain.. eh memacam lah..aku tak kata semua camtu. Ada yang dah berjaya bukak kedai jahit pun. Eh.. bukan bagi suka2 tau, siap ada kursus kemahiran lagi. Dan semua ni PERCUMA! dah tu celah mana lagi yang kita tak tolong. Tak ke ko rasa nak sepak?

Aku urut dada je la.. Chobaan...Chobaan... kena fikir cara untuk ubah mentaliti mereka nih la.. sapa2 ada idea sila angkat tangan!

Tu la kerja aku...pening pun pening, seronok pun seronok.

No comments: