Sabtu lepas bertolak balik lepas sarapan yang superb kat Restoran Zaman. The journey was fun. Berenti kejap kat RnR Maran beli buah. tetiba je kan haha..
Sampai KL singgah Wangsa Maju. Saja pegi kedai basikal baru buka kat sebelah Wangsa Walk Mall. Kedai ni branch JBS Bike dari Kuantan. Dah puas lepak, terus balik Klang. Anak2 aku turun je kereta terus jerit "Makkkkkkkkk abang balik dah nii..mak manaaaaaaa" Ye.. anak2 aku panggil nenek derang mak.
Aku sangat penat. Nampak bantal atas pangkin kat belakang rumah, kipas plak dah terpasang, terus tido. Abang pun tido kat ruang tamu. Anak2 aku kalau dah balik Klang tak payah aku nak risau sebab aku memang tak laku.
Malam pegi pasar malam kat Meru cari popia basah. alhamdulillah ada rezeki aku walaupun tak sedap sangat. Ikut nafsu nak je aku ajak abang pegi Seksyen 14 PJ cari popia haha..
Cerita yang tak best plak, prosiding mahkamah yang aku patut hadir tu ditangguhkan ke satu tarikh yang belum diberitahu. Sebab aku cuma isi borang kerja luar kawasan maka Isnin kena kerja la kan. Bagitau kat mak, dah lain dah muka dia sebab rindu pada cucu tak ilang lagi kan. So bincang ngan abang, kami tinggalkan anak2 kat Klang seminggu ni.
Ahad balik Kuantan. Sedih plak aku nak tinggalkan anak2. Takpe la seminggu je. betul la orang cakap kan, anak ada memang sibuk la mak ayah ni nak kontrol, nak layan kerenah mereka, tapi bila takde sunyi plak.
MISTAKES AND CHOICES
Semalam tengok Hallmark Channel. Ada gazzete cerita tajuknya "Tricks of a Woman" kalau tak silap la. Aku suka dengan satu dialog yang aku rasa sangat la betul, sangat la relevan dalam hidup kita ni. Boleh buat quotable quotes..
"We make mistakes"
"No we dont.. we make choices"
Betul kan..
1 comment:
aahh..betui...
last weekend kami keluar kejap..sebab the boys dh tdo, aku tinggalkan jugak kakak mira ngan mak tok..aku bawak bb awatif jek..memang terasa lain lah jln bertiga jek..sebab tak kalut dah nak kepung the boys, blaa..blaa..
rasa seronot nak carik barang tu kejap jek..sbb lps tu memasing rindukan anak2 (pdhal kuar pun tak sampai 3 jam..huhuhu)..mesti ada jek benda nak beli utk depa walopun depa tak ikut sekali..
Post a Comment