Wednesday, April 28, 2010

ADNEEN HUMAIRA IS 3 YEARS OLD



Hari ni 3 tahun yang lepas, aku selamat melahirkan anak dara aku ni. Alhamdulillah, kelahirannya sangat mudah. Terasa contraction lebih kurang pukul 5.30 pagi. 7.30 pagi aku masuk ward sekejap, masa tu bukaan dah 4cm. Tak berapa lama lepas tu aku rasa contraction makin kuat, ada darah sikit, bila cek bukaan dah 9cm. But ketuban masih intact. Masuk labour room, doktor pecahkan ketuban dan terus push, baby seberat 3.4kg pun selamat lahir. Very fast indeed. Nurse yang sorong aku masuk labour room, masuk semula cakap "aik...dah bersalin? saya baru tolak katil keluar" Abang pun tak sempat nak rasa suspen.

Pregnant with her memang menguji aku. Sorang2 kat Putrajaya, ayahnya di Kuantan dan abangnya di Klang. Most often than not aku bermalam kat Putrajaya sebab tak larat nak drive ulang alik dari Klang tiap hari. Dengan tol dan minyak, dengan kesihatan lagi. Tapi orang kata rezeki anak kan, masa tunggu hari aku dapat kenaikan pangkat dan dipindahkan ke Selangor. Lepas 4 hari lapor diri aku pun bersalin.

Membesarkan anak ini amat mudah. Exclusively breastfeed selama 2 tahun mcm abangnya. Kerenah budak2 biasalah.. kalau ada yang kata baby girl ni tak lasak, amat la silap sebab anak ni lasak ngalahkan abangnya. Suka buli abang. Mujur anak bujang aku tu mengalah.

Ni dah 3 tahun. Kejap sangat masa berlalu. Sekarang ni mulut dah macam bertih jagung. lagi2 dah duduk Taska. Memacam lagu yang dihafalnya. Kadang2 tak terlayan keletah dia. Tapi kalau takde rasa sunyi pulak. Kat Taska pun cikgu2 panggil dia Kakak.

Sangat la minat ngan barbie, sampai semuanya pun kalau boleh nak barbie hatta pemadam pensil pun. Sangat la minat mengacau abang buat kerja sekolah. Taman permainan dia ialah kedai basikal, trek basikal dan acara2 basikal. Dah terkenal dah anak dara aku ni dikalangan pengayuh2 tegar.. esok dah besar sure kayuh mcm ibu dan ayah juga.

Untuk Kakak...

Ibu sangat bangga dapat jadi ibu kakak. Ibu sentiasa doakan agar kakak membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah, yang dapat doakan kesejahteraan ibu dan ayah. Ibu hanya cuba buat yang termampu oleh ibu untuk jadi ibu yang terbaik untuk kakak. Sayang kakak...

Selamat ulangtahun kelahiran yang ketiga Adneen Humaira..

p/s : birthday kakak ibu tangguh dulu sampai ayah balik dari lumba basikal ok..

9 comments:

oren said...

hepi besday humaira..

yer, anak lelaki dan pompuan mmg sama jek lasak dan ligat (kalo kena gayanya..hihihi..)

tapi mebi sbb dia anak ke 2..anak ke 2 nih lain skit Ngah..anak aku yg no. 2 tuh, lelaki..tapi mcm semua org kena beralah ngan dia, hatta bb awatif pun kadang jadik mangsa..huhuhu..

Ummi batrisya dan damya said...

selamat hari lahir Adneen Humaira, smeoga berjaya di dunia dan akhirat :)

Pnut said...

epi besday adneen
adneen suppose to be Alesya punya..ahhaha tp mak adneen keluar dulu dikala Alesya belum jadi...

tak boleh blah la mak adneen..amek gambar anak dara pakai gaun dalam kedai basikal...
haruuu

Angah said...

Oren
Sangat betul. Sama je lasaknya. Eh aku suka sangat nama awatif tu..

Ummi
Terima kasih auntie

Kak Pnut
Hihi.. sapa beranak dulu la. Nak buat camne kak, dah mak pak adneen hantu basikal haha

Dinas Aldi said...

Happy birthday Adneen Humaira, semoga jadi anak yg solehah.

Cik Lynn said...

Selamat Hari Lahir Adneen Humaira..
semoga menjadi anak yg solehah!

adk said...

hppy bday kakak adneen...

sama bln dgn damia 040407...
mmg sgt lasak kan girls ni..aku sampai pening dgn karenah damia...semua bende akan ditanya dari A sampai tak terjawab soklan dia...

;)

bola2api said...

Happy bday, kakak. Semoga menjadi anak yg solehah kpd ayah dan ibu..

ibuVouge said...

Salam
selamat menyambut hari lahir dear


psst
ibu adneen. aunty Iv kata, first time tengok kakak pakai skirt (LOL)