Tuesday, April 06, 2010
PRODUCT OF LOVE
Baby's image at 13 weeks
Sebenarnya aku trauma sejak keguguran bulan Julai tahun lepas. Mana taknya, first scan nampak heartbeat baby tapi second scan masa 12 minggu dah takde heartbeat tu. Doktor diagnos sebagai miss miscariage.
Pregnant kali ni, ada la jugak morning sickness, at 10 weeks onwards aku selalu sakit belakang. At 12 weeks bila aku timbang berat aku tak naik walau setengah kilo pun! Mau aku tak risau. macam2 benda dalam kepala otak aku ni, ye la, 2 kali keguguran cukup buat aku untuk fikir benda bukan-bukan. Abang cakap mungkin sebab aku eksesais jadi berat tak naik. Mungkin aku penat sangat sebab tu sakit belakang, atau mungkin sebab masa buat D&C dulu doktor bagi epidural.
Abang ajak pegi scan tapi aku macam takut. Ye.. sangat bodoh haha..trauma siut! takut benda sama berlaku lagi. Tapi khamis ngan jumaat lepas aku bebetul lethargic, sakit belakang, sakit kepala semua cukup.. pegi jugak la ke klinik. Kena jugak la scan. Alhamdulillah.. kebimbangan aku memang tak berasas pun. Baby sihat Alhamdulillah.
"Ya Allah, peliharalah kandunganku sehingga saat aku melahirkan, permudahkanlah kelahirannya, jadikanlah dia pengikat kasih keluarga kami Ya Allah. Amin."
KAHWIN
Banyak undangan kahwin yang aku terima.
11 April : Syakilawati kat kampung Melayu Subang.
1 Mei : Suhaini kat Kampung Medan
Abang cakap member dia kawen gak 1 Mei ni. Aku nak tengok kalau-kalau dia bagi undangan. Kalau betul la...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
trauma kan angah, :(
akak yang keguguran lima kali ini setiap minggu ke pergi check up dan di scan. masa doc scan tu takut aje, takut doc cakap yang negative2 aje, Alhamdullilah dah lahir dah damya, dah masuk 2 tahun :)
next :)
Ummi
Memang trauma kak..macam2 benda main dlm kepala. Semoga dipermudahkan perjalanan kali ni InsyaAllah
Subhanallah, saya tumpang gembira. Semoga semuanya selamat kali ni, insyaallah!
insyaAllah selamat semenya..bykkan doa ok.
Post a Comment