Monday, September 06, 2010

RENCAM

Entry cacamerba, campur2 kekdahnya..

Iklan Raya TV*3

Terkejut aku tengok iklan raya tahun ni. Raya ke Krismas? Siap terbang2 Pak Aji tu..Rasanya dah heboh pun satu Malaysia kan. Aku pelik gak, untuk stesen Tv yang dah bertapak berpuluh tahun takkan banda kecik camtu pun tak terfikir kan. Sensitiviti masyarakat kena jaga. Aku suka iklan Petro*nas. Kreatif macam biasa. Iklan Ma*xis buat aku sebak. Tapi kenapa iklan tibi tiga camtu? alahaiiii

KEK


Semalam aku berbuka kat umah adik ipar. Asyik buat creme caramel je, macam boring plak eh..jadi aku pun buat chocolate moist cake. Disebabkan aku malas buat versi bakar, maka aku buat versi kukus dalam cup yang comel2. sekali tak cukup cup laaa..lebihan adunan tu aku buat dalam loyang je. Alhamdulillah licin. Seronok bila makanan yang kita masak tu habis dimakan.

Lepas buka aku lepak ngan mak mertua aku sambil adik2 basuh pinggan mangkuk. Hahaha derang ni baik ta, bagi can kat mak buyung ni. So aku lepak la ngan ummi sambil dia buka daun palas nak buat ketupat. Aku order dah 3 kilo. So Rabu ni aku bawak balik pulut yang dah siap dikukus. Aku cuma perlu bungkus je dalam daun palas tu dan masak kejap. Walla..ketupat yang superb. Ummi punya ketupat tahan lama. Setakat 3 hari masih elok tak berlendir.

Dalam pukul 10.30 mlm baru gerak balik rumah, lepas bebudak puas main bunga api ngan sepupu2 derang. Aku ngan abang..kejar tengok Astro Super Sport, ada Tour De Spain. Oh cakap pasal basikal ni kan..kasut roadbike aku dah sampai yeahooo.. Bontrager women specific design. Harga RM740. Early birthday present la kiranya hehe...tak sabo aku weh nak kayuh..

Rumah

Perabot dah masuk sikit2 ikut kemampuan la. Langsir pun dah beli, yang ready made je dari Kam*dar. Ni bahagian depan bila masuk je rumah. Tempat abang ngan member2 dia lepak. Kerusi tu aku beli clearance stock RM300 je. Divider + console tu pun sama, buat tutup ruang bawah tangga tempat simpan basikal. Konsep minimalis kan.. Bunga tu ihsan adik ipar aku hehe..

Nanti aku snap gambar ruang tamu maha simple aku plak..pun dapat set sofa promotional price. Memang berbaloi.

6 comments:

Biarlah rahsia said...

Angah...minta resepi moist coklat tuh..sedap sgt nmpk...

Angah said...

kakbie
boleh..nnt angah tepek dlm entry.

oren said...

aku jenis yg tak berseni..nak kata minimalis pun, tak tau la..tapi mmg tak reti sungguh nak hias rumah..

yg pasti, rumah aku mmg sepah-byk-mainan..beli la bakul besar rumah tu pun, tetap la bebudak nih suka sepah merata..saja jek la tu nak bagi aku jadik tarzan..hahaha..

Angah said...

oren
aku pun lebih kurang gak, asal berfungsi perabot2 tu dah le..

permainan pun sepah2 gak oren.tapi tingkat atas la haha..tv pun aku letak tingkat atas.

fuzz said...

Angah dapat kasut rodie ye... mesti ada beskal baru ni. SL3 ker?

Angah said...

fuzz
haha mcm tau2 jer kan..BETULLLL!!!