Tuesday, January 25, 2011

BEG

Start kerja ni aku berperang dengan beg setiap hari. Banyak beg tau. Tiap petang unpack dan repack lepas tu susun tepi pintu, mudah nak angkut masuk kereta tiap pagi. Mujur tak terus sumbat dalam kereta waktu malam kan haha..Ok meh aku senaraikan semua beg tu..aku rasa makcik oren pun sama je ngan aku kot ye..

1. Beg sekolah Arief
2. Beg KAFA Arief
3. Beg Tadika Adneen
4, Beg Taska Riefqi
5. Cooler bag susu Riefqi
6. Tote bag aku
7. Cooler bag aku
8. Beg baju abang
9. Botol air 2 liter aku.

Sebelah petang ada tambah 1 lagi beg iaitu beg CD kotor. Penuh kereta ngan beg je la haha..

Rutin hujung minggu pun dah bertambah. Memang kena bajet masa betul2. Masa Riefqi tidur la aku nak setel semua benda. Mujur part menyapu ngan mengemop lantai abang dah ambil alih. Hujung minggu aku iron baju dan tudung kerja, uniform Arief utk seminggu, sterile semua botol susu, buat kuih/daging burger dan bekukan untuk bekal kerja ngan sekolah. Aku bahagikan stok basah ikut hari dan menu mingguan. Siap blend bawang/potong sayur/siang ikan ayam dan simpan, senang nak masak masa balik kerja. Amik dan campak dalam periuk/kuali. Buat semua ni supaya during weekdays aku tak la terkejar2 nak buat dan boleh rileks sket.

Sangat la berbaloi beli wrapper plastik tu kan, untuk simpan sayur yg dah dipotong. Mujur juga ada microwave, senang aku nak defrost benda nak masak. Huih..santan beku pun aku main campak je dalam masakan. takdenye nak nunggu cair dulu haha..asal rasa tak berubah sudah la. Janji aku boleh memasak setiap hari untuk family kecik aku.

Alhamdulillah dalam 1 jam aku dah boleh siap cuci baju (sampai rumah terus basuh), masak nasi dan at least 2 lauk la. Lps maghrib tu dinner, packing beg anak2 sambil tengok kerja sekolah Arief. Tengok TV kejap sambil lipat kain/susukan Riefqi. Pastu sidai baju. Tapi rutin ni kadang2 tersekat jugak, tengok la kadar rengekan Riefqi juga kan hehe..by 11.00 pm aku setel semua, aku basuh CD plak dan rilek menikmati secawan horlick sblm sidai CD dan tidur. Anak2 dah dilatih tidur pukul 10.00pm.

Dengan kadar kesibukan aku ni, aku pelik kenapa aku tak kurus lagi..adehhh.. Dan walaupun nampak aku tak perlukan maid, aku sebenarnya tengah mencari maid sebab aku banyak outstesen dan balik lambat dari tapak projek/pemantauan dan senang aku nak tinggal anak bila nak pi kayuh..

6 comments:

oren said...

haha..beg aku lagi kurang lah..

1 beg skolah mira
1 beg pasti muhd
1 beg nuseri muhd
1 beg nurseri naufal
1 beg nuseri awatif
1 henbeg ibu
1 cooler bag..

7 beg jek..hikhikhik..wetbag CD sumbat dlm beg nurseri awatif..pam spectra mmg tinggal kat opis..kalo tak, mmg ada extra lagi 1 beg lah..

bila rajin dan takde rengekan awatif, buleh la aku masukkan beg2 tu semua sebelum masuk tido..kalo tak, esok pagi bleh dengar suara makcik bagi arahan kat semua kanak2, bawak beg sendiri..

yg failed, tang masaklah..ke peti ais aku nih kecik, sbb takleh nak buat portion2 kecik tuh?? huhuhu..

aku mmg tak amik maid..sbb keja aku tak le sgt memerlukan aku outstesen..

Dinas Aldi said...

Banyak beg tuh! & baca saja pun dah rasa letih, apa lagi Angah yg kena buat semua tu!

mamalisa said...

eeee..naik rimas dan letih aku baca taw! semput weh..angah dan oren ni mmg super duper mak2 hebat lah..korang ni makan ape weh? habaq mai sikit cemana nak tingkatkan stamina tu?aku nak sediakan beg nurseri yaya 1 dan angkut beg laptop n handbag masuk keta pun mulut dah muncung weh. adehhh

Nik Ha said...

Wah mantap organisation neh.Kena tiru neh ;)
Nak list gaklah:
1 beg KAFA Qaiyum
1 beg sekolah kebangsaan
1 beg taska Adnin
(cooler bag & wetbag CD buh dlm beg je, beli beg taska yg bsr, senang nak angkut)
1 beg pam + cooler bag
1 beg kecik ummi (kalau nak bwk bekal/dll ke ofis)

Yg angkut beg Qaiyum abahnya sbb abah htr sekolah.Ku angkut beg sendiri & Adnin je
Failed bab msk2 tu :P

Angah said...

Oren
sejak beranak kecik ni kalau aku penat sngat aku mesti ingat kat ko, jadikan ko penguat semangat aku. Ala encik suami walau duduk serumah macam pahat ngan penukul kan..sekali suruh sekali buat haha..

Kak dinas
tengah membiasakan diri.dah jadi rutin ok la..

Mawar
practice katanya..aku makan nasik jugak haha..bila dah terpaksa, dah depan mata nak tak nak kena adjust juga kan..camtu lah.

Nik Ha
masak memasak pun prektis jugak, lama2 ok. nnt nak masuk jadual baru masak bila riefqi 6 bulan plak kan..

Aida Manap said...

Aku ingat zaman aku kekecik dulu, mak aku bangun kol 4.30 pagi masak lauk lunch untuk kitaorg, at the same time sempat pastikan kitaorg sarapan setiap hari before naik bas sekolah. And mak aku pun kerja jugak, kiteorg membesar tanpa bantuan maid pun..

Harap2, kalau aku dah ada anak, dapat aku buat macam ko...aammmiinnn