Wednesday, June 08, 2011

KAYUH SEMULA

Aku akan mula balik kayuh basikal secara serious minggu depan. dah bincang schedule ngan abang and he agreed. Ye la..anak dah 3 dengan baby kecik tu kan, harus ada give and take. Mana adil dia je kayuh, aku ngepam badan kat umah ngan anak2. Hish sangat la tak produktif kan..

Jadi aku akan kayuh dalam 1 1/2 jam setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari pukul 5.30 sampai pkl 7 ptg dari kedai ke Taman Bandar-layan offroad sikit dan balik kedai semula. Abang akan amik anak2 sementara aku kayuh tu. Lepas kayuh aku bawak bebudak baliklah. Biasa tutup kedai pukul 8 lebih.

Aku plan kayuh ke pejabat setiap Jumaat dan petangnya kayuh dari pejabat ke Taman Bandar dan habis kat kedai. So Jumaat abang kena hantar dan amik anak2 jugak. Kira adil la sebab tiap hari dia dapat kayuh waktu pagi kan.

Ada bunyi mcm nak wakil Malaysia kan hahaha..tak la, aku dah gian nak kayuh balik. Aku nak fit balik mcm sblm pregnant dulu. Aku takkan kurus langsing tapi aku nak fit. Aku nak join jamboree dan funride semula dan mana tau boleh  masuk race kecik2 kan...

Oh hujung minggu ni ada Kuantan Jamboree. Aku jaga checkpoint je. Tu pun sebab checkpoint kat tepi umah aku. (memag trek offroaad basikal pun)

Sabtu ni nak bake 200 chocolate chips muffin dan 5 biji carrot cake. Rezeki tu..kayuh ngah..kayuhhhh

7 comments:

Ummi said...

rezeki tu angah, seronok buat kek untuk order orang kan :)

kayuh angah kayuh :)

Jojoe said...

ko kayuh basikal gi opis.. pastu ko mandi balik ke camne beb? saje curious.camne korg buat eh

Angah said...

Ummi
Haah..berbaloi buat bila orang order dan re-order..ye kayuh jgn tak kayuh

Joe
mandi la kat opis, Aku kan banyak pakai pakaian korporat je. Hari Khamis tu dah bawak dah letak opis. jgn tak tau, basikal pun aku hangkot masuk opis. Tingkat 4 kauuuu

Dinas Aldi said...

seronok la kayuh beskal, penat jugak tapi takla penat macam jogging, ka sama ja Angah?

oren said...

hari tu, org2 kat tmn aku nih, ada buat program kayuh2 nih la..semenjak drai hari itu, ramai la mak2 yg berkayuhan keliling taman..

aku wonder, anak2 depa pi mana?

oo..laki tlg jaga kut?

aku?? takdaklah..lupakan saja niat itu..

paling2, aku pinjam basikal mira, buat bunag tebiat skit, aku kayuh kat area belakang..jd takle buruk nampaknya mak budak kayuh basikal kecit..seriyes punya kecit, lutut berlanggar ngan handle...MUAHAHAHAHA..........

mamalisa said...

huiyo..productive betui la Angah ni..tabik sping weh org active cam ko nih.

Angah said...

Kdinas
Penat bergantung pada kayuh laju or slow kot eh..cuma berbasikal ni antara low impact workout, jogging tekanan kat lutut..sakit huhu

Oren
kahkahkah..aku pun skrg ni kena a buat pembahagian tugas amik anak kan..

mawar
nak dengan tak nak je sebenarnya..tapi faktor persekitaran pun main peranan jugak la..