Friday, June 17, 2011

Sweet Bun dan Muffins

Sangat letih balik dari Cameron semalam. Sampai Kuantan dekat pukul 10 dah. Amik Riefqi kat Taska, bagi cikgu2 buah tangan sikit pastu balik lah. Lepas mandi terus tidur. Takdenya aku nak mengemas bagai. Letihhhhh..
Sweet bun yang sedap..
Sekarang ni aku banyak buat roti sendiri. Tak kisah la roti jenis apa pun. Disamping dapat banyak sekali buat, aku rasa mcm lebih sedap plak roti buat sendiri nih. Mungkin sebab tak letak pengawet kot ye..anak2 ngan abang pun suka makan jadi aku lagi suka buat.Kengkadang aku buat letak sosej, ataupun letak inti jem/coklat. Ataupun aku buat je bun perasa apa2 lah ikut tekak haha..basic ingredients kan sama, jadi kita improvise la ikut selera kan..

Aku takde breadmaker walaupun hati sangat meronta2 nak haha..ye boleh amsuk wishlist jugak ni sempena birthday *kelip2 mata kat encik suami* Aku uli peringkat awal dalam mixer dan uli manual lepas tu. Setakat ni ok la..order pun ada la sikit2 dari jiran2..lepas pada aku bagi rasa tu kan. Nak sampai jadi towkay bakery mcm Jojoe bila ntah ye...pasang angan2 dulu, mana tau ada rezeki kan.

blueberry muffin
Ini blueberry muffin aku letak choc chips sket. saja buat untuk makan petang. Yang ni pesen muffin betul, bukan pesen guna mixer tuh. Senang dan cepat dan sedap jugak. Anak aku kelebet chips tu jer hadoiii..

Banana Crumb Muffin
Ini order 2 minggu lepas. Semuanya 300  biji. Individually packed untuk goodies bags.

Ada potential customers tanya aku apsal tak jual cupcakes. Jawapan aku..malas nak main butter cream dan tangan aku tak berseni. Baik la aku buat roti, kek dan muffin yang jarang orang buat kan..

Berbaloi abang bagi aku oven besar kan....

5 comments:

jojoe said...

good job well done! muffin2 ni mmg banyak org nak.. esp home made

oren said...

sikit hari nnti, bleh bukak kedai kat kuantan..hikhik..kira oklah tu, yg penting anak2 mau mkn..

Angah said...

jojoe
betul..cupcakes tu kang org cedok buttercream pastu buang haha

oren
amiinnnnn..doa tuh.

Arena said...

Whoaaa cayalah ko..hebatla. Ada anak kecik.maid takde, selalu outstation, tapi leh amek tempahan lagi..suspect, respect la sis..

Angah said...

Arena
Its all in the mind..its all in the mind..antara nak dgn tak nak je..