Friday, August 12, 2011

PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN

Sejak beberapa tahun yang lalu sahabat gengjurnal aku yang seorang ini akan menganjurkan satu bentuk tabung amal untuk disalurkan pada anak-anak yatim di institusi yang memerlukan. Tahun ini beliau anjurkan sekali lagi dan bakal penerimanya ialah anak-anak yatim yang bersekolah di SK Masjid, Temoh Perak.

Jika ada kesudian kalian sila lah melawat blog Bluehikari untuk maklumat lanjut. Berilah dan kemudian lupakanlah..

Aku pernah menulis dulu tentang anak2 yang aku tampung yuran dan belanja persekolahan mereka. Tak ramai. Cuma 2 orang saja. Anak dari golongan susah tapi ibu bapa sangat rajin usaha untuk pastikan anak2 mereka terus ke sekolah. Anak2 ni pun prestasi pembelajarannya samada sangat bagus ataupun punya potensi untuk bagus cuma kekangan keluarga membuatkan anak2 ni tak boleh nak beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. 2 anak ini dah sekolah menengah pun. Mereka tak kenal siapa aku. Itu syarat yang aku beri pada cikgu yang aku beri kepercayaan untuk uruskan duit yang aku salurkan tu.

Kali ini aku menulis lagi. Bukan maksud aku untuk menunjuk2 atau membangga diri, jauh sekali untuk khabarkan pada semua apa yang aku buat. Tidak sama sekali. Aku menulis sekali lagi sebab aku nak share cara mudah untuk kita bersedekah, cara mudah untuk kita bantu sesama kita secara direct. Menderma melalui akaun ke tabung2 amanah pun bagus, ke mana2 pun bagus tapi personally aku nak tengok impak pada penerima tu. Aku nak anak2 ini dapat pelajaran, berjaya dan boleh ubah nasib keluarga satu hari nanti. InsyaAllah..

Aku dengan rendah diri mengajak kawan-kawan untuk ikut serta. Aku boleh share cara aku buat. InsyaAllah kalau setahun kita boleh tolong seorang pelajar, kalau ada 100 orang buat kita dah boleh tolong 100 pelajar yang nanti akan ubah nasib 100 keluarga. Kita beri mereka pancing supaya mereka boleh makan seumur hidup.

Aku bekerjasama dengan seorang guru dari sebuah sekolah. Minta jasabaik untuk dia cari pelajar yang ada potensi dari darjah 5 atau 6 yang datang dari keluarga susah, yang mak ayahnya jenis berusaha sungguh2 untuk pastikan anak terus belajar. Aku tak nak yang susah sebab malas. Nanti lagi malas pulak dia.

Kemudian aku tampung perbelanjaan persekolahannya untuk tempoh setahun. nampak macam banyak? Tak banyak pun! Yuran persekolahan dalam RM100++ dan sepasang baju/ kasut dalam RM 50. Kemudian setiap bulan aku kirimkan duit belanja sekolah RM50 melalui cikgu tu. Terpulang pada cikgu tu nak beri camne pada anak ni. Untuk anak2 aku ni, cikgu tu bagi RM1 sehari dan lebihnya digunakan untuk hal2 lain yang diperlukan lah. kengkadang beli susu untuk adik pun.

Matlamat aku cuma 1, sekurang-kurangnya mak ayah dia boleh tumpukan perhatian pada keperluan anak yang lain. Ringankan sikit beban mereka. RM50 tu nampak sikit pada kita, ye la makan KFC satu famili pun dah lebih dari tu. Tapi RM 50 pada mereka adalah peruntukan untuk makan 2 minggu!

Tahun ni aku ambil seorang saja. tahun depan tak tau lagi. kalau ada rezeki lebih mungkin lebih la anak2 aku nanti. InsyaAllah. Dan sejak dulu juga memang aku minta sangat cikgu tu untuk tak bagitau siapa aku kepada anak2 ini ataupun mak ayah mereka. Walaupun mereka nak tahu. Biarlah..aku tak nak mereka rasa terhutang apa2. Aku nak tolong dengan ikhlas. Aku nak tengok nasib anak2 seagama dengan aku berubah dengan sedikit pertolongan yang mampu aku bagi.

Ayuh kawan-kawan..kita mula memberi dan kemudian lupakan lah..disamping kita menabung saham dunia, mari la kita menabung saham akhirat juga..InsyaAllah..

8 comments:

Hambali ® said...

amin.
murah rezeki ko ngah.
terpikir nak buat camtu gak pasni.

jojoe said...

I agree angah. I applaud ur effort!

peacenownhereafter said...

alhamdulillah.
tahniah :)

Dinas Aldi said...

Akak masih ingat lagi pernah baca Angah cerita pasal hal ni dulu, memang jadi inspirasi pada akak gitu :)

Aida Manap said...

bagus angah...sekurang-kurangnya takdelah budak-budak ni dpt bantuan dari yang tidak sepatutnya. Yelah, nak harapkan zakat semua, berlakulah masalah terlepas pandang pemberian zakat kan? Kalau kat tmp aku, mungkin susah nak buat cenggini, tp cara aku tolong adalah dgn potongan gaji ke badan kebajikan tertentu. Harap2 itu pun dpt membantu, insyaallah...

Arena said...

Ngah,

Sorry lambat respond..
Aku nak join..count me in.. nanti kasi tau cemana and when to start..

oren said...

yerp, masa ko cerita benda nih last year, aku pon terpikir nak buat benda yg sama..so, camana nk mulakan? nk approach cikgu yg mana? aku ngan skolah, tak le kamceng sgt pon..

ko bagi jln, sket?

hari tu, sbb terinspirasi ngan kisah ko nih, aku bagi la zakat utk sorang kawan mira..anak yatim..bapak takde..tapi last2, mak dia call, katanya tak layak dpt zakat..eh? then aku tukar niat as sedekah jek lah..huhuhu....

mamalisa said...

ha Ngah..cemana nak join tu?