Wednesday, August 10, 2011

RAMADHAN DAY 10

Ramai kengkawan aku tepon/sms/email/message tanya apsal ngan entry aku sblm ni. Hish takde apa2 lah..bengang ngan cencurut sebenarnya. Kotor, busuk dan menyusahkan..susah la wei nak halau. Korang ni semua speku la haha..

Hujung minggu yang super best di rumah mak. Semua adik beradik berkumpul. Biasa la bila aku balik mesti aku yang jadi Chef. So malam pertama aku masak gulai nenas ikan masin / ayam goreng / sotong paprik. malam kedua masak soto dan telur ikan tumis kuning. Seronok tengok orang makan dan enjoy the food. pakcik aku pulak datang moreh lepas terawih. Meriah!

Malam Isnin tu aku ngan adik aku buat jem nenas. 50biji nenas ngkauuu..1 periuk besar tapi leas masak tinggal suku periuk jek. sebab dia ni dapat tempahan dekat 3000 biji thn ni. Aku amik la sebekas sebab cadang nak buat juga sikit. tak beli pun nenas tu, amik kat kebun pakcik aku jek. Hish tahun ni kan aku nekad nak buat kuih sendiri. dapat 6 jenis ngam2 bekas kuih aku cukup lah.

Kan aku cakap nak makan popia kan..hambek tiap hari memang ada. Kenyang makan popia je aku.

Dan bila dah duduk adik beradik dekat2 nak raya ni, sayu la bila teringat arwah ayah. Sempat la menitik air mata huhu..sedih untuk adik bongsu kami sebab sempat 7 tahun je ngan ayah. Itu pun 2 tahun akhir tu ayah dah sakit. So tak banyak memori dia. Hargai la mak ayah sementara derang ada. Esok2 dah takde nak menyesal pun tak guna *pesanan khidmat masyarakat*

Anyway, semalam bertolak balik Kuantan lepas habis mesyuarat kat MIECC, The Mines. Sampai Kuantan pukul 7. Berbuka kat kedai je la...

Masuk rumah dengan hati yang sangat lega sebab rumah sangat bersih dan kemas. Sinki pun bersih. Bilik pun teratur. Baju pun dah berbasuh, tinggal lipat je. Terima kasih abang sebab rajin tolong sekarang ni. Ringan sikit beban kerja rumah. Harap sampai bebila la ye. Nanti boleh bagi upah spek Oakley satu.

Riefqi buat perangai plak mlm tadi. Meragam, menangis tak tau punca. Buat apa semua tak kena. Pagi ni aku pergi pejabat macam zombie!

Feeling2 pemain bowling negara haha

3 comments:

Aida Manap said...

mak aaiiii...50 biji nenas ko!!!! dah blh buat kilang tart dah tu!!

jojoe said...

tah.. sampai 50 bijik. meriah laa.. ee rindunye aku kumpul ramai2 camni. tapi tu sume susah nak dapat skrg.. zaman dah berubah.

mamalisa said...

uishhh ko nih meriah betul bab masakan!

Nanti raya bolehla jemput aku beraya di Klang yer :))