Wednesday, August 03, 2011

RAMADHAN DAY 3

Semalam berbuka dengan nasi beriani. Abang makan nasi kukus, Arief makan kueytiaw, Adneen makan semua, amik sikit2 dari plate ibu dan ayah. Riefqi aku dah suap makan sementara tunggu berbuka. Dah kata nak masak?

Aku masak lepas isyak. Masak nasi, sotong goreng kunyit, telur goreng dan sayur air. Derang la makan. Aku banyak minum jer pun.

Kat Pasar Ramadhan semalam takde apa yang menarik perhatian. Oh cuma aku singgah gerai yang jual kuih tradisional. Abang beli kuih seri muka yang guna pulut hitam. Sedap juga.

Esok aku kena ke Rompin untuk pelarasan peruntukan bina baru dan baikpulih gerai dan bengkel. Malasnyeeee laaaaaa..tapi dah kerja aku tak perlu la komplen. Boleh singgah Pekan beli murtabak mengkasar untuk berbuka.

Oh petang semalam aku tengok tv sementara nak nunggu waktu berbuka, program Ch00p kat tibisemilan tu. Ada la pasal pemenang yang ditaja acara cukur jambul anak dia. Cuma aku sikit terkilan dengan bebelan pengacara tu pasal aqiqah. Aku rasa dia ingat majlis cukur jambul ngan aqiqah tu sama kot eh?

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi. ---MIA MAHAN FACEBOOK

"...Sabda Nabi "Al-Ghulam murtahin bi 'aqiqatihi" maksudnya "setiap anak itu terbayar cagarannya(kpd allah) dgn aqiqah".Aqiqah ni kena buat sbg tanda syukur kita kpd Allah dpt anak." --- FIRDAUS AZIZAN FACEBOOK

Ok adat cukur jambul tu.Bolehla utk bagi tetamu feeling2 potong rambut baby sikit2.Tapi yg lebih baik cukur habis rambut baby,ditimbang dan dinilaikan dgn emas dan duit tu disedekahkan kpd fakir miskin. --- FIRDAUS AZIZAN FACEBOOK

Dah jadi amalan parents sekarang untuk buat majlis cukur jambul secara besar besaran tapi tak buat aqiqah. Walhal Aqiqah tu yang penting. Aku tak kondem pun, sebab Aqiqah kan amalan sunat. Ini cuma pandangan aku. Kan lebih bagus buat secara sederhana dan laksanakan Aqiqah serentak. Pun dah ramai yang buat cara camni. Ramai sahabat2 aku yang duduk jauh dari parents ambil pendekatan yang mudah. Pergi tempat ternakan yang buat Aqiqah dan hantar semua daging tu ke rumah anak-anak yatim.

Setakat 3 anak ni alhamdulillah memang aku buat Aqiqah sekali dengan majlis cukur jambul. Yang cukur rambut habis dan timbang setara emas dan derma tu aku tak buat lagi.

Personally sebagai ibu bapa yang beragama Islam, perkara2 macam ni kita perlu ambil berat. Niatkan dari awal kandungan untuk buat Aqiqah. InsyaAllah akan mudah. Aku pun kumpul duit sikit2 untuk beli 2 ekor kambing. Kalau kita boleh berhabis untuk bayar Astro, beli telefon mahal, beli produk baby berjenama, apa salahnya kita berhabis sekali untuk setiap anak dengan laksanakan Aqiqah untuk menunjukkan betapa bersyukurnya kita kepada Allah sebab kurniakan kita ni anak kan..

Apapun kena la juga tengok kemampuan kita. kalau ada kekangan kewangan takpe. Kalau mampu laksanakanlah.

Renung renungkan dan selamat beramal..


7 comments:

jojoe said...

kitorg buat cukur botak hari ke 7 dan timbang rambut tu. aqiqah buat masa bday pertama.

Papa, Mama & Azra said...

Aku pun tengok dan agak terkilan la dengan jawapan dia....huhu...tak buat research kot cara jawapan macam buat baby shower je...adeih...budak muda lagi belum pernah beranak kot.

Papa, Mama & Azra said...

Kitorang cukur rambut Azra masa dia dah nak 2 bulan kot. Tak jumpa orang yang berani time tu. Rambut tu ada sampai sekarang tak timbang....hihihi...maknanya belum sedekah ler.

nonie said...

Dua2 anak dara nonie dibuat majlis aqiqah & cukur rambut masa dalam pantang. Ayah derang sendiri cukur kepala derang botak licin lepas aqiqah tu. Tapi masa afifah tak tau pasal kena timbang rambut tu, masa asyfa dok simpan rambut yg dah cukur tu pastu terlupa... dah baper bulan baru tingat nak timbang & sedekah ikut nilai timbangan. Baru terbaca dalam satu buku pasal kelahiran bayi ni rupanya tak boleh potong/cukur sikit2 @ dipanggil Qaza, sabda Nabi saw: 'Cukurlah semua atau tinggalkan seluruhnya.' Sebab ada sesetengah parents dok sayang rambut baby @ seriau nak cukur esp kalau baby girl, so biar je rambut baby tu kena potong sikit2 dek org2 marhaban time majlis aqiqah pastu biar je tak cukur the rest.

Syafiq Salim said...

salam abg... boleh... contact sy tak.. email sy kat syafsal90@yahoo.com no fone abg ea..tq :)

Luna said...

firdaus azizan tu junior aku tu..hehehe

hmm bab pengacara ni mmg kdg2 aku pun risau sgt kalau dorg nk ulas2 bab agama ni..wpun bertudung tp kdg2 ilmu agama pun x dlm (bkn cetek sgt,cuma x dalam..x peka..)

mcm rancangan senario yg dialognya A 'kami dtg ni berhadas besar' pastu B jawab 'eh bkn hadas besar la..tapi hajat besar' ..pastu si A tanya blk 'abis tu hadas besar tu apa?' B jawab 'hadas besar tu buang air besar'..kalau budak2 tgk, kan dh terpesong dh maksudnya tu.?

mummy-aulia' said...

salam puan..
terima kasih tinggalkan komen kat blog saya.. salam perkenalan..
wah, dah 3 org yer..tahniah puan.. =)