Wednesday, September 25, 2002

Cuti-Cuti Angah : part I (20 Sept-23 Sept)



Selepas bercuti panjang aku dapat cari semula ketenangan yang lama tertimbus dalam kesibukan kerja. Aku balik kampung berjumpa ibu dan saudara mara. Kebetulan ada kenduri kahwin pakcik aku, sempatlah kenalkan abang pada mereka. Dah hampir 4 bulan aku kahwin, baru ada kesempatan melawat saudara mara. Nak buat camne..tuntutan kerja. Dalam perjalanan balik ke Klang, tOKSIK sms plak…ada gathering Geng Jernel kat Pyramid, aku excited ler tapi mikir perjalanan yang jauh, dan aku mungkin akan sampai lewat maka aku terpaksa tolak ler jemputan tuh. Tapi terima kasihler bebanyak….memandangkan aku nih muka baru jemputan tuh amat besar nilainya.

Kami singgah makan di restoran kegemaran abang, Papa Seafood di Jalan Kapar depan rumah anak-anak yatim, Selera dia makan….penat campur lapar, semuapun jadi sedap. Lepas makan aku drive sampai rumah. Sampai jer umah aku meluru carik emak…dia di dapur membakar ikan terubuk..ikan kegemaran aku. Aku salam dia, aku peluk dia, aku cium dia…
“mak bau ikan nih”
“tak pe mak…bau ikan pun wangi jugak”
Aku terlupa pada abang sekejap. Sorry abang….J Memang aku anak yang paling manja dengan ibu. Aku tak pandai berahsia dengannya hatta selepas berumah tangga.

Masa aku nak kuarkan bembarang dari dalam bonet, ada sebuah kotak berbalut, ada kad juga… aku amik…aku baca kad tuh..
“Thank you for being you and being mine….love….L”
Aku bukak kotak tuh, wah! Ada mini jubah. Abang senyum jer tengok muka aku yang surprised tuh. Patutlah dia beriya tak bagi aku tolong angkat barang masuk bonet masa nak bertolak. Terima kasih Abang, Cuma kasih saying yang ikhlas jer yang *** boleh beri untuk abang. J

Kami makan satu keluarga walaupun aku ngan abang dah makan tadi. Abang kuarkan ole-ole dari Sabah…hadiahkan pada emak dan adik beradik aku
“ ha..camni ler menantu mak”
“Abang Lan…Noni nak bawak pegi sekolah lah”
“Kak…abang bagi ko apa? Adik aku soal.
Aku senyum jer……

Lepas makan, abang solat dan tidur. Aku masih dengan emak, bercerita….sedar tak sedar dah pukul 1 pagi….kena tidur sbb esok nak pergi rewang.

No comments: