Thursday, September 19, 2002

Mungkinkah ada penyelesaian

Aku sedang cuba menyelesaikan masalah. Masalah yang bukan besar tapi cukup menyenakkan. Doakan aku berjaya melerai belenggu permasalahan ini. Orang kata bila ada masalah barulah hidup dinamakan hidup. Tapi aku separuh setuju pulak. Aku letih bila ada masalah. Aku bukan orang yang boleh take things easy..itu kelemahan aku. Aku kan fikir sampai dah tak terfikir. Tapi aku tak citer pulak kat orang yang aku tau boleh tolong selesaikan masalah aku. Nak kata aku ego...ermm entahlah. Cuma aku tak nak membebankan kepala orang. Itu yang sebenarnya.

Aku selalu gak pegi dengar ceramah motivasi nih. Kita kena share kata mereka. Tapi sejauh mana kita boleh share aku tak pernah explore pulak. Aku ada anak2 angkat (mentee), mereka selalu datang mengadu hal atau sekadar bertanya khabar. Aku boleh mendengar dan aku boleh memberi cadangan. Tapi kalau aku yang bermasalah aku tak pernah cuba pun nak share ngan orang. Itu kelemahan aku. Hipokrit ke aku nih? kalau ada aku bercerita pun sekadar keluhan yang terkeluar daripada mulut nih. Selalunya pada Kak di sebelah meja aku. Tima kacih kak sbb selalu dengar keluhan angah :)

Aku selalu senyum, selalu gelak...cam tak de masalah jer. Semua aku pendam dalam diri. Tapi aku bukan introvert. bagi aku mikrofon dan aku akan bercakap like there's no tomorrow. Tapi tu lah....bila sampai nak sharing nih..aku selalu kalah. Boleh digelar hipokrit ke aku? Entahlah. Aku adalah aku. Aku tak kacau orang selagi orang tak kacau aku. Tapi bila orang kacau...aku tak kacau balik pun orang tuh....kelemahan ke namanya? Aku cuma akan mengeluh. Tak pernah aku jumpa orang2 nih dan cakap yang mereka salah. Aku cuma tak mahu menyamakan aku dengan mereka. Aku tak mahu menjatuhkan air muka mereka. Tapi adil ke?

Aku hanya berserah pada Allah untuk membuka jalan untuk aku. Buka hati aku untuk jadi lebih baik daripada semalam. Abang selalu pesan dia sentiasa ada untuk aku. "I'll be your crying shoulder" katanya. Terima kasih abang.

No comments: