Thursday, September 26, 2002

Cuti Cuti angah : Part II



Hari Sabtu aku terlewat bangun ler plaks. takper...dimaafkan. Bersiap untuk pergi rewang. Emak gi awal lagik. Aku sampai kat sana..sedara mara dah ramai. Aku salam sorang demi sorang pakcik makcik sepupu sepapat aku. Aku kenalkan abang pada mereka. bukan tak kenal...cuma nak mesrakan jer.

Sehari suntuk menolong menjayakan kenduri kahwin aku teringat kenduri aku 4 bulan lepas. Agaknya macamni sibuk mereka. Tak menang tangan membuat kerja. Kenduri masyarakat Jawa ni unik..cam kata Rudy Bluehikari. Kenduri 3 hari 3 malam tuh biasa jer...tak kalah nak dibanding ngan kenduri orang-orang besar.

Pagi aku masuk department potong sayur, potong kentang, masa potong bawang aku jadi mandur hehehe tak larat nak menangis Abang di department kesukaannya, department basuh pinggan mangkuk. Tapi tak lama bila sedara mara aku jadikan dia kuli department goreng ayam...kuning tangan berlumur kunyit. Aku nak gelak pun ada..kesian pun ada bila dia disapa..cuma senyum sbb tak faham bahasa Jawa.

Tengahari makan beramai ramai..cukup seronok. Aku bersyukur sebab ikatan kekeluargaan dan kejiranan masih tebal di sini. Kalau di bandar, semua dah pakai catering..buat camtu di kampung maka akan kena pulau ler kenduri tuh. masa makan nih aku dapat soalan cepu emas yang bertalu talu...
"dah ada isi ker?"
"Dah bertiga ker masih berdua?"
"Wes enek opo orong?"
Aku senyum jer....belum rezeki kami.

Pas makan aku masuk department masak memasak..tolong kacau jerk hehe..pastu balikler sbb malam kena datang lagik.

Aku dapat tengok perbezaan dua budaya masa buat kenduri. Walau adat membezakan tapi semangatnya tetap sama. Kalau di tempat aku nih kat jemputan pihak lelaki masih 'Undangan ke Majlis Perkahwinan' tapi di tempat abang 'Undangan ke Majils Menyambut Menantu' Aku masih tunggupeluang untuk menolong majlis kenduri di sebelah abang

Lepas solat maghrib aku ke sana lagi. Malam nih pakai cantik sikit...jubah mini hadiah abang heheh. Aku jadi penyambut tetamu, bagi bunga telur, kemas meja etc. Abang...department basuh pinggan mangkuk ler. Emak kenalkan aku pada sedara mara yang jauh, yang masih tak kenal aku nih anak emak. dara pingitan gituh ahaks.
"La..dah besar dah..dulu kecik jer...belajar kat mana?"
Aku senyum jer.. masih nampak muda aku nih agaknya, ke sebab aku ni pendek?

Balik rumah dah hampir tengah malam..walau penat dan besok masih kena pergi lagi tapi aku puas. aku puas dapat jumpa sanak saudara, aku puas dapat beri sumbangan tenaga, aku puas dapat tengok emak senyum..Esok aku nak tengok pengantin..camnerlah rupa makcik baru aku..heheh teringat plak masa aku raja sehari...seronok? memang seronok tapi penatnya tuhan jer yang tau...

Citer Hari nih

Harini aku balik tumpang kawan sbb abang gi Kuala Lumpur amik basikal yang baru dibelinya. Nampaknya aku mesti belajar untuk lebih sabar...abang dah dilantik jadi Assistant Coach lumba basikal Pahang. maknanya kesibukan dia akan bertambah...tapi aku yakin dia akan tetap ada masa untuk aku

1 comment:

dghnfgj said...

However mean your gold in wow life is,buy wow gold meet it and live it ;wow gold cheap do not shun it and call it hard names.It is not so bad as you are.It looks poorest when you are richest.The fault-finder will find faults in paradise.wow gold kaufen love your life,poor as it is.maple meso You may perhaps have some pleasant,thrilling,maplestory power leveling glorious hourss,even in a poor-house.The setting sun is reflected from the windows of the alms-house as brightly as from the rich man's abode;the snow melts before its door as early in the spring.sell wow gold I do not see but a quiet mind may live as contentedly there,cheap mesos and have as cheering thoughts,as in a palace.The town's poor seem to me often to live the most independent lives of any.May be they are simply great enough to billig wow gold receive without misgiving.Most think that they are above being supported by the town;powerlevel but it often happens that buy maplestory mesos they are not above supporting themselves by dishonest means.which should be more disreputable.Cultivate poverty like a garden herb,like sage.Do not trouble wow powerleveln yourself much to get new things,maple mesos whether clothes or friends,Turn the old,archlord power leveling return to them.Things do not change;we change.Sell your clothes and keep your thoughts.