Saturday, September 28, 2002

Cuti Cuti Angah : Part III



'Selamat Pengantin baru' teng teng teng teng teng...
'Selamat Berbahgiaaaaa' teng teng teng teng teng...
'Selamat ke anak cucu'
'Selamat sejahtera......'

Lagu yang mengimbau sejarah ahaks...masa aku dulu ada live band lagik....group cempuling (musik tradisional masyarakat Jawa). Aku sampai ke rumah pakcik aku lewat sbb ngambik Noni kat sekolah. Ada hari kantin.

Mak aiii...ramainyer tetamu, aku mulakan tugasler jadi waitress. Abang basuh pinggan lagik..apa best sangat basuh pinggan pun aku tak tau. Anyway..kenduri kat kampung aku sekarang dah banyak modennya. Dulu hidangan diangkat sedulang demi sedulang, tapi sekarang dah makan ala buffet. Cuma makanan masih dimasak secara gotong royong. Dalam pada melayan tuh aku jumpa gaks ler kengkawan lama...dulu masa belajar tukar alamat..maju sket tukar no phone...zaman cyber nih tukar e-mail pulak. Sempat aku promote web jurnal...(tepuk tangan) rata rata dah bekerjaya. Yang pompuan majoritinya dah bergelar isteri. Yang lelaki cuma segelintir suami orang...biasalah tuh.

Aku seronok tengok sedara mara yang datang dengan keluarga masing masing walau nama atas kad jemputan tuh nama ketua keluarga. Yang tak sempat diberi kad tetap datang walau jemputan melalui telefon atau orang perantaraan. yang tak dapat hadir tetap mengirim sumbangan..biasanya duitlah. Aku tak nampak semua nih di bandar. Makin sedih bila aku tengok jemputan yang dihantar ada kad balasan samada nak datang atau tidak...cam tak ikhlas jek...

"Pengantin dah sampai" bebudak menjerit..
Aku tak lepas peluang tengok makcik aku yang baru. Cute jer dia. Pas depa dok atas pelamin, makan etc aku pun gi salamler memandangkan abang ada urusan kat KL. Mereka tak bersanding cam aku dulu, bertepung tawar dekat 2 jam...sakit pinggang aku. Wah...bunga telur hasil tangan aku diberi pada rombongan pengantin pompuan, diameter lubang hidung bertambah kejap ahaks...Pas sensalam semer sedara mara aku balik. Banyak sungguh bekalan yang diberi. Orang Jawa kata berkat. Bawakler balik walaupun aku tau aku takkan makan dah...hormat tuan rumah.

Kenduri masih belum selesai masa aku balik. Bila lagi akan datang masa untuk aku berkumpul balik dengan sedara mara?

Citer Hari nih

Semalam tak sempat update sbb kelas penuh ditambah laks ngan meeting sebelah petang...alasan ler tuh Pengarah cakap pasal cuti staff..janganler amik cuti masa ada kelas. Kalau boleh amikler cuti masa cuti semester. Untuk lecturer satu alam mungkin takde masalah tapi lecturer 2 3 alam cam aku nih mana ada cuti semester. Course yang ni cuti, course yang tu ada...bersambung jerlah kelas. Aku mintak pengecualian..aku dapat..alhamdulillah.

1 comment:

dghnfgj said...

welcome to the wow power leveling cheap Wow gold service site, buy cheap wow gold,wow gold,world of warcraft power leveling buy wow gold